10.7.22

--- Air Terjun Jaang ---

Assalamualaikum dan selamat pagi guysssss.....

Macam mana tidur semalam? Ok tak? Rasanya semua ok sebab cuaca pun cantik.

Kedengaran suara sejenis burung yang berkicauan berirama. Bukan kicauan biasa. Kicauannya seakan-akan burung dalam cerita Hunger Game tu. Serius.... Layan beb.

Namun begitu tidak bagi dua orang yang memiliki master dalam kos environmental. Dari semalam kita banyak mendengar taklimat berkaitan perkara tersebut. Dari tumbuh-tumbuhan sehingga ke haiwan iaitu katak dan biawak.

Semalam ada yang bertanya pada aku, Areb tu, "betul ke apa yang dia cakap?" Aku kata, "....dia memang belajar dalam bidang tu dan kerja dalam bidang tu. So apa yang dia cakap adalah benar." Mereka memuji yang Areb tu kelakar la. Apa yang di cakap semua lucu. Aku hanya mampu pandang ke atas je. Hahahahahahaha........ 😆😆😆

Sarapan pagi sedang disiapkan oleh master chef terkenal, aku berjalan-jalan untuk shoot beberapa keping gambar alam. Sebenarnya buntu dan tiada idea tapi sedang usaha.

Destinasi hari ini adalah Air Terjun Jaang. Pada mulanya aku ingatkan hanya ada satu jer air terjun. Rupa-rupanya ada satu lagi iaitu Jaang ini. Tak tahu kenapa ia tak viral. Padang Batu sahaja yang berlegar-legar di media sosial.



Terbaik yang ini

Sarapan ala-ala western

7.7.22

--- Air Terjun Padang Batu ---

Info pertama tentang trip air terjun ini adalah daripada seseorang yang aku dah lupa. Kemudian di add masuk dalam group. Tahun berganti tahun....... pastu terbaca pula kekosongan trip ke air terjun ini daripada status Labu (@labuusayong). Terkenal di ig. Pastu adjust dengan Azam (@azamhatha). Aku punya la comfuse Azam yang mana. Last last berjaya juga ingat apabila wifenya pm ingatkan aku Azam yang Trans Jerging tu. Kikikiki........

Sebelum meneruskan catatan, dua perkataan tentang trip ini iaitu TERBAIK, BEST dan #envirement. Paling penting mengembalikan keyakinan aku semula (healing session).

Aku pm beberapa member ajak join. Akhirnya berjaya ajak Areb (@sikerdilbertatih) yang juga antara orang famous dalam hiking-hiking ni. Omg......rasa senang dengan mereka semua. Eh!......

Persiapan memang tak rileks. Nerves macam nak mendaki Gunung Tahan. Nak cari itu ini. Beg yang dah dua tahun lebih dalam stor tak tahu masih ok ke tak? Mana la tahu Cik T dah gigit. Dengan bos tetiba tak nak bagi cuti. Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....... Tidaaaakkkkkkkkkkkkkkkkk. 

Nak tidur pun takut sebab takut tak jaga. Walhal Mersing dan Rompin tidaklah jauh.

Plastik membalut pun dah mereput

Pada mulanya, aku ingatkan air terjun ni kena masuk melalui Kahang dan terus ke Kg. Peta. Rupa-rupanya salah. Hahahahahaha....... Aku tak baca tentatif dalam group. Baget-baget tau. Hihihihihi.....

19.5.22

--- Mount Pulag, T-shirt Yang Masih Ada ---

Kemas-kemas bilik, jumpa pula t-shirt pink ini. Masih dalam keadaan baik. Kenangan..... Log pendakian boleh klik mengikut episod yang berlainan, Episod 1, Episod 2 dan Episod 3.




4.5.22

--- Raya Terkejut ---

Permainan media memang macam tu. Yang baik sedikit jer dipamerkan berbanding yang sensasi, fitnah, tak betul, kontroversi dan lain-lain. Dia claim dapat informasi. Tapi mana bukti sumbernya? Semuanya hanya andaian dan juga ambil dari sosial media.

Aku tak rasa ramai orang terkejut atau kelam-kabut raya Isnin. Terkejut tu ada la cuma tidaklah seperti yang digembar-gemburkan. Hakikatnya orang ramai lebih banyak yang layan sahaja. Tak kisah raya bila pun. Tapi media menunjukkan bahawa satu Malaysia panik. Adakah itu cara mendidik generasi?

Nak tanya, kalau raya jatuh Selasa, adakah semua orang bersedia? Hmmm...sama jer. Jem tetap jem. Barang tetap mahal. Baju tetap tak siap 100%. So why bother..... Hahahahahahahahaha......



--- Gerah, T-shit Yang Masih Ada ----

#tshirt...
Masih ada t-shirt ni dan masih muat. Antara kenangan trip ini ialah Bukit Bongok. Mmmmmm...... Catatan log trip ni dah tak ada sebab masa tu aku buat catatan dalam multiply.com. That time antara platfom yang in-trend. So bila nak cari semula memang tak ada. Gambar in shaa Allah masih ada. Nanti aku cuba up semula. Ada Gerah ke dua aku join bersama student MSU.

Catatan yang masih ada pun sedikit. Boleh klik di sini.



PPost Before “read more” And here is the rest of it
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...