Assalamualaikum dan selamat pagi guysssss.....
Macam mana tidur semalam? Ok tak? Rasanya semua ok sebab cuaca pun cantik.
Kedengaran suara sejenis burung yang berkicauan berirama. Bukan kicauan biasa. Kicauannya seakan-akan burung dalam cerita Hunger Game tu. Serius.... Layan beb.
Namun begitu tidak bagi dua orang yang memiliki master dalam kos environmental. Dari semalam kita banyak mendengar taklimat berkaitan perkara tersebut. Dari tumbuh-tumbuhan sehingga ke haiwan iaitu katak dan biawak.
Semalam ada yang bertanya pada aku, Areb tu, "betul ke apa yang dia cakap?" Aku kata, "....dia memang belajar dalam bidang tu dan kerja dalam bidang tu. So apa yang dia cakap adalah benar." Mereka memuji yang Areb tu kelakar la. Apa yang di cakap semua lucu. Aku hanya mampu pandang ke atas je. Hahahahahahaha........ 😆😆😆
Sarapan pagi sedang disiapkan oleh master chef terkenal, aku berjalan-jalan untuk shoot beberapa keping gambar alam. Sebenarnya buntu dan tiada idea tapi sedang usaha.
Destinasi hari ini adalah Air Terjun Jaang. Pada mulanya aku ingatkan hanya ada satu jer air terjun. Rupa-rupanya ada satu lagi iaitu Jaang ini. Tak tahu kenapa ia tak viral. Padang Batu sahaja yang berlegar-legar di media sosial.






