25.2.23

--- "Awak Jangan Cakap Saya 5 Minit", Gunung GAP dan Ulu Semangkok ---

Ini tarikh baru yang telah dipinda. Tarikh yang sama hari ini ada juga program lain. Tapi lebih memilih untuk mendaki gunung ini. Dalam wishlist katanya.

Dalam group, gogo dah bagi lokasi untuk berkumpul. Korang boleh google jer. Sebab dah femes. So Google Map pun dah marking lokasi tu.

Aku bergerak dari Putrajaya pada jam 1 pagi menuju ke Masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Baru. Tiba di depan masjid pada jam 2.30 pagi. Sepi dan terus sepi. Nak tidur dalam kereta kat situ takut nanti kena kacau hantu. So aku ambil keputusan ke Dataran Kuala Kubu Baru. Parking dan tidur. 2 kali juga terjaga. Jam 5 pagi, aku gerak terus ke masjid. Eh....! Masih belum buka pagarnya. Tunggu sekejap dalam 15 minit, Pak Guard buka gate masjid. Perlahan-lahan aku gerak masuk. Buat pengurusan diri sementara azan Subuh.

Dalam group, gogo minta semua tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi. Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........

Tapi takperlah. Solat dululah sebab dah ada kat masjid. Tetapi, untuk info rakan-rakan, kat pintu rimba sana ada surau dan tandas. Benda tu kat simpang naik ke Fraser Hill. Lihat gambar di bawah. Pintu rimba dengan surau tu xtak jauh pun. Berjalan kaki jer.


Back to story, aku plan nak solat Subuh tanpa berjemaah sebab takut lambat. Tapi perancangan Allah itu Maha Agong. Tiba pula Dr Hafiz dan Ustaz Eizan kat masjid tu. Maka takkan la aku nak cabut. Maka berjemaah juga. Alhamdulillah......

Tanpa membuang masa kami lincah memandu menuju ke lokasi. Makanan seperti nasi pun tak sempat nak beli. Makan roti and biskut je lah. Lunch pack memang tidak disediakan. Nextime korang boleh sediakan pack Kembara. 

Jam 7.35 pagi kami tiba di lokasi. Dari masjid ke pintu rimba ni lebih kurang sejam jer. Kalau bawa laju boleh sampai kurang sejam. Tapi hati kena kental. Hahahahahahahaha.....

Terus parking dan bersiap sedia. Mujur kami bukan orang terakhir. Hihihihihi......

7.1.23

--- Pahang Close 10s ---

Kebiasaannya untuk segmen ragbi, aku selalu shot game under KPM jer. Sangat-sangat jarang game bukan KPM. Untuk kali ini tak banyak shot sebab aku tak boleh predict team mana kuat. Aku hanya random shoot jer. Semoga terhibur guys.....





22.12.22

--- xxx ---

Jangan berusaha untuk senangkan hati semua orang.
Sebab kita tidak akan mampu.

Jangan terlalu memikirkan pendapat orang lain kepada kita.
Yang baik kita ambil, yang tidak baik kita abaikan.

Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain.
Jadi diri sendiri dan sentiasa bersyukur.

Jangan tipu diri sendiri.
Kalau sedih, cakap dan luahkan. Kalau nak nangis, nangislah.

20.11.22

--- Bukit Mok Cun ---

Jom balik ngundi guyssss..... Undi apa bukan lagi rahsia tapi lokasi mengundi yang rahsia. Hahahahaha....

Dikesempatan balik mengundi aku dengan Zizi mengambil peluang untuk mendaki Bukit Mok Cun, Kodiang. Ni kira antara wish list beberapa tahun dulu. Masa mula-mula viral dulu macam tak teringin sangat nak pi. Tapi bila dah tak viral sangat, baru nak pergi. Hahahahahaha....

Thanks to Zizi Kirana kerana beliau sanggup temani insan ini untuk mendaki. Kami plan masa keluar kopi-kopi pada malam sebelum itu.



Jam 6.30 pagi, aku memandu menuju ke rumah Zizi. Siap sesat lagi. Akhirnya dah cerah baru sampai umah Zizi. Tapi its ok.

Parking kereta. Naik kereta dengan Zizi menuju ke kaki Bukit Mok Cun. Waaahhhh....!!! Tak ada kereta dooowwwww........ Baik gak ek.

Warm up dan memulakan pendakian.

5.11.22

--- Piala Agong Ragbi, Negeri Sembilan vs Pahang ---

Baek gak ek sukan ragbi. Tak habis-habis tournsment. Satu persatu berganti. Kali ini Piala Agong pula. Mendatang is Mersing Monsoon Cup.

Takpe.......untuk ini aku cuba try test.

Aku dah sampai awal 15 minit kat SMK King George V ni. Pusing-pusing tak jumpa padang. Aku pun ringankan mulut bertanya pada murid yang ada di situ. Katanya padang sekolah kat bawah sana. Laaaahhhhh...!!!

Padang SMK KGV ni rupanya di luar kawasan sekolah. Maka aku kena keluar dan pusing untuk sampai ke padang tersebut. So aku tiba lewat sedikit jer. Masih sempat. Lagi pun game  40 minit. Lama doooowwww..... Maka banyak masa untuk shoot. Cuma satu jer. Satu team ada 15 pemain. Bermakna dalam padang tersebut ada 30 pemain. How nak shoot gambar kalau ramai macam tu. Hahahahahaha.....

Ini je lah yang mampu aku snap mengikut kemampuan aku.

Akhir sekali....aku tak tahu pun siapa yang menang. Hahahahahaha..... Tak ada scoreboard. Juruacara pun aku tidak kedengaran. Hahahahahahaha........



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...