sambungan Rinjani.....
19 November 2013
Alhamdulillah..... kami telah berjaya menjejakkan kaki di puncak Gunung Rinjani. Kami akan merindui detik-detik indah sepanjang pendakian tersebut. Tak per, yang lepas, biarkan ia menjadi kenangan. Apapun, tetap kecewa sedikit sebab tak pergi ke tasik dan keluar melalui Senaru. Huhuhuhu.....ok, pasni target nak repeat.... hihihihi.....
Kami menaiki transport menuju ke Gili Trawangan. For information, jalan-jalan ke Gili Trawangan tidak ada dalam tentatif asal. Tapi disebabkan kami turun awal dari jadual, maka kami isi dengan aktiviti ke pulau tersebut sementara menunggu hari ke Bali. Bermakna, ada pertambahan kos bagi trip ke gili ini.
Dalam perjalanan, kami melalui kawasan perkampungan yang penuh dengan tanaman pokok-pokok gajus. Di Lombok, buah tersebut dikenali sebagai 'jambu mente'. Penduduk sini mengusahakan biji gajus tersebut sebagai snek.
Langit tidak selalunya cerah. Dalam perjalanan, hujan beberapa kali turun membasahi bumi.
Perjalanan kami juga tidak sunyi dengan pelbagai cerita-cerita perihal masyarakat dan Pulau Lombok. Pak supir kami yg muka iras-iras Tokey Jambu ni tak putus-putus bercerita. Antara cerita yang paling menarik untuk di kongsi ialah mengenai Masjid Kuno Bayan.
Kebetulan masa itu kami memasuki perkampungan Bayan tersebut. Menurut supir, imam di sini boleh sembahyangkan untuk orang lain. Dalam ayat lain, solat boleh diwakilkan kepada imam. Haaaaaaa....macam terkejutkan? Selain itu, terdapat sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid Kuno Bayan Beleq. Masjid tu tepi jalan utama jer. Pintu pagar la tepi jalan tapi masjid dia agak dalam sikit. Semasa kami melaluinya, hanya nampak sikit-sikit jer sebab dilindungi pokok-pokok dan pagar. Memang kuno.
Menurut supir lagi, sambutan MaulidurRasul di sini turut disajikan dengan tuak. Aku tidak selidiki dengan mendalam erti tuak tersebut. Adakah tuak tu merujuk kepada arak? Haaaaa......
Ini hanya cerita lisan jer ok. Korang boleh cari lagi maklumat dalam internet. Google jer. Aku tak der gambar masjid tu sebab tak berhenti untuk snap pun. Menurut supir, masjid tersebut tidak boleh dimasuki sebarangan orang. Tentang kesahihan fakta lisan ini, janganlah diambil serius. Kang ada yang nak bawa ke Kedutaan Indonesia tuk siasat. Silap-silap aku kena saman. No...no...no.... ini cuma cerita jer ok.
Uncle Saidin ada bertanya tentang tindakan oleh majlis agama Indonesia, namun jawapan oleh supir adalah tidak tahu. Katanya pihak majlis tidak boleh berbuat apa-apa. Supir juga menambah bahwa, amalan ini hanya di Bayan sahaja. Tidak melibatkan tempat-tempat lain.
Info tambahan, tidak ada orang India di Pulau Lombok. Oooooooo....... Menurut supir lagi, orang bukan Islam dihalau keluar dari pulau tersebut semasa zaman pemerintahan ___________ . Ok tak ingat. Betul ke Bohong? Wallah hualam.....
Meneruskan lagi perjalanan di pesisir pantai. Keindahan lautnya tidak membiru kerana langit diselubungi awan hitam yang membuatkan suasana menjadi mendung. Laut juga kelihatan sedikit bergelora.
Tiba di kawasan yang lain, di tanya oleh Uncle Saidin tentang hiasan yang di pacak di tepi jalan. Supir menjelaskan bahawa itu menandakan ada majlis kenduri kahwin. Pengantin perlu berarak sejauh 2km menuju ke rumah pengantin perempuan. Menariknya untuk dikongsi tentang tradisi perkahwinan di sini ialah, lelaki perlu melarikan atau menyembunyikan atau menculik perempuan yang bakal dikahwininya selama 2 atau 3 hari. Kemudian lelaki tersebut barulah pergi menjumpai keluarga perempuan dan menyampaikan hajat tersebut.
Ditanya mengapa amalan tersebut dilakukan, ini melambangkan kesungguhan lelaki tersebut. Dalam perkataan lain, HERO laaaaa. Kami juga bertanya kepada supir, adakah beliau juga melakukan demikian? Jawapannya, ya. Bapa kepada lelaki akan marah jika anak lelakinya tidak melakukan demikian jika ingin berkahwin.
Selain itu, bagi mana-mana wanita yang ingin dikahwini, tetapi tidak dilarikan, harga wanita tersebut akan jatuh. Ia juga melambangkan maruah yang rendah. Nilai seseorang wanita menjadi rendah juga boleh terjadi kepada mana-mana wanita yang dilarikan, tetapi tiba-tiba si lelaki tidak jadi mengahwininya. Selalunya, wanita tersebut akan lambat jodohnya kerana tidak ada lelaki yang mahu perempuan sedemikian. Bukan la tak kawin langsung, cuma selepas kejadian tu, makan bertahun-tahun la nak bertemu jodoh semula. Gi tuuuuu.....
Haaaaaaaa....pelikkan adat di sini. Sebab itulah, kita pernah mendengar kes-kes lelaki Lombok yang melarikan anak dara Malaysia tu. Bukan niat tidak baik, tetapi ia merupakan amalan budaya di sini.
Sekitar jam 5.30 petang, kami tiba di Bangsal Habour ( 8°23'36.89"S 116° 5'58.09"E ). Ketibaan kami boleh dikatakan agak lewat. Kena ingat bahawa gelap di Lombok adalah lebih cepat dari Malaysia. Hari dah semakin gelap. Cuaca pula agak berangin dan laut bergelora. Maka agak berisiko bot penambang untuk ke Pulau Gili Trawangan. Di sini kami mengalami sedikit masalah di mana tekong bot mengenakan bayaran mahal. Abang Juan macam tak puas hati. Perbincangan terus diadakan. Bagi meredakan ketegangan, Abg Juan ajak makan bakso dulu. Yeaahhhh.....!!!
Bakso petang itu dibelanja oleh Abang Lan. Ucap terima kasih pada beliau. Semangkuk, Rp 10000 jer.
Atas kegigihan Abg Juan dan Abg Jack, harga bot yang munasabah dipersetujui iaitu Rp 70000/seorang. Ok, jom2....... Perjalanan bot mengambil masa hampir sejam. Tapi kalau naik bot laju, rasanya kurang 30 minit dah sampai. Hihihihi..... Yang hairan tu, masa kami naik tu, tekong tu kasi plak orang awan lain naik dengan harga normal. Kenapa kami dikenakan harga mahal. Hmmmmm........
Terdapat 3 pulau berdekatan situ iaitu Gili Air, Gili Meno dan Gili Trawangan. Dikatakan Gili Trawangan paling cantik pantai dan airnya. Cantik ker?
Hari dah pun malam ketika kami menghampiri pantai Gili Trawangan. Rakan-rakan yang lain begitu teruja melihat kejernihan air pantainya. Nampak ikan-ikan katanya. Bot terus rapat ke pasir dan menurutkan penumpangnya. Ingatkan ada jeti. Hihihihi.....
Kami terus bergerak dengan membawa haversack mengikut Abg Juan ke penginapan. Masuk satu lorong dan tiba. Menurut Abg Juan, ini rest house rakannya. So mungkin dia boleh deal dengan harga kawan-kawan. 3 bilik di sewa.
Pengurusan diri.................................................
Kami keluar mencari makan malam. Lapar sangat dah ni. Kami makan di sebuah medan makan ala-ala pasar malam. Ramai pelancong antarabangsa. Bermacam-macam warna, macam-macam saiz dan macam-macam ragam. Abg Jack order macam tak makan seminggu. Akibatnya tak habis. Nafsu...nafsu...nafsu...
Selesai makan, kami berjalan-jalan sampai menuju ke hujung. Dalam perjalanan tu kami melalui bermacam-macam kedai. Paling banyak berkonsepkan pub dan club. Lebih kepada konsep Inggeris sebab pelancong banyak dari kalangan mat salleh. Bunyi muzik yang kuat....bla...bla....bla.... bosan tahap......
Kami berpatah balik dan aku akhirnya pulang ke penginapan. Yang lain masih ingan menikmati 'keseronokan' di Trawangan ini. Zzzzzzz.........