17.10.15

--- Gunung Lambak ---

Terletak di Kluang, Johor, Gunung Lambak ini berketinggian 510 meter dari paras laut. Di kaki gunung ini terdapat taman tema air dan kawasan rekreasi bagi masyarakat awam amnya dan penduduk Kluang khususnya.

Sedang mencari aktiviti mingguan yang ingin dijalankan, seorang teman mencadangkan Gunung Lambak. Aku pun ok selalu. Kemudian aku terfikir yang di Kluang ini ada 1 lagi gunung iaitu Gunung Belumut. So, aku macam kompius skit sebab salah satu gunung tu aku pernah naik tapi tak ingat. Maka aku berharap Gunung Lambak ini gunung yang satu lagi yang aku belum naik.

Sekitar jam 7 pagi, aku dan member bersarapan di Kluang Railway Coffee. Yup…merupakan antara kedai yang popular di Kluang ini. Firstime aku datang. Sambil sarapan, my friend pun story la tentang gunung yang nak di naiki ini. So, aku pun rasa Gunung Lambak ini pernah aku daki dulu. Layan jer lah.

Aku sempat bertanya, Lin dah sampai mana? Kata Azizah, dia on the way. Dia tak bersarapan ngan kita. Nanti dia bungkus nasi lemak tuk kita. Wow…!!!

Gogo yang akan mengetuai pendakian ini ialah Cik Na. Bersama-sama ini juga terdapat satu group yang dikenali Mukmin Bakcpackers. Ahli group ini terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ada peguam, engineer, juruteknik, bank dan macam-macam.

DSC04369

DSC04371 copy

DSC04373

DSC04374

Semua pendaki dah sampai. Bersalaman dan berkenalan secara ringkas. Kami pun memulakan pendakian.

Owh… Rasanya ramai kot pendaki-pendaki kenal Cik Na kan. So tak perlu diperkenalkan lagi.

Selain daripada mendaki, gunung ini juga dijadikan tempat berjogging bagi masyarakat setempat. Kelihatan begitu ramai orang-orang beriadah di sini. Kami melalui trek berturap sebelum memasuki trek hutan.

16.10.15

--- Hari Terakhir di Tioman ---

Hari Pertama   Hari Kedua

Hmmmm….dah nak balik. Tuan punya chalet tak buka kaunter lagi. Nak check-out dah ni. Aku balut kunci bilik dengan balance duit bilik. Kemudian, aku selit kat dinding kaunter. Aku berjalan ke Taman Laut sebab guide aku tunggu situ. Sambil tu, aku sms owner. Settle.

Breakfast di Tekek sambil menunggu ketibaan feri. Kelihatan ramai penumpang-penumpang sedang menuju ke jeti.

Semalam masa beli tiket, katanya penumpang boleh pilih samada nak naik jam 7.30 pagi atau 9.00 pagi.

Owh…ada cerita lawak semalam masa aku beli tiket.

Aku : Abang, nak beli tiket. Esok…

Bro tiket : Owh…ada. Tapi kenapa nak balik esok?

Aku : Sebab tak balik hari ni. Jawab saku sambil tersengih.

Bro tiket : Ok…

Aku : Mamat ni buat lawak ka?

Feri pun dah sampai. Salam dan ucap terima kasih pada tour guide aku.

Situasi dalam feri macam berlebihan penumpang. Ada yang berdiri. Kenapa ini berlaku? Sebab pengusaha feri tidak menetapkan waktu perjalanan secara ketat.

Ada 2 waktu. Jam 7.30 dan 9.00 pagi. Penumpang boleh pilih waktu sendiri. Ok, that time secara berlebihan penumpang pilih jam 9.00 pagi. Maka berlaku lebihan. Nak tak nak, mereka masukkan juga. Andai kata berlaku sesuatu. Feri karam ker. Kan…

Di sini nampak bahawa penguatkuasaan sangat lemah. Hmmm…..

DSC04367

DSC04368

Alhamdulillah….sekitar jam 11.30 pagi, aku selamat sampai di jeti Mersing. Nextime nak ke Kg. Salang pula. Orang kata sana best. Hahahahahaha….

Hari Pertama   Hari Kedua

15.10.15

--- Kg. Juara, Pulau Tioman ---

Hari Pertama   Hari Terakhir

DSC04263

Ok…naper datang Pulau Tioman? Naper tak pergi London ke? Paris ke? India ke? Whyyyyyyyyyyyy….!!!

Niat sebenar datang Tioman ni adalah nak naik ke Puncak Nenek Semukut. Hasil siasatan dan bertanya pada otai-otai, katanya ada espek teknikal sikit untuk sampai ke puncak tersebut. Maka aku pun macam cannot go lah.

Next is Gunung Kajang. Kata guide, untuk ke situ perlu turun di jeti Kg. Paya. Selain itu, pendakian mengambil masa yang agak lama. Satu lagi, bayarannya juga dikatakan agak mahal. Mmmmm….berfikir-fikir.

Guide mencadangkan ke Kampung Juara sahaja. Jungle trekking. Walaupun ia tidak sehebat pendakian Batu Nenek Semukut dan Gunung Kajang, boleh la sekadar melepas rindu pada alam dan pendakian. Aku pun ON.

Jam 07.30 pagi, aku mula bergerak menuju ke Taman Laut. Guide pick up dan kami sarapan di Kg. Tekek. Sambil sarapan, usha launter tiket sebab nak beli tiket balik esok. Kemudian, menuju ke tangki air. Ambil kanan dan follow jer signboard ke Kg. Juara.

Owh…berdekatan dengan Taman Laut tu, satu projek chalet or resort ala-ala kat Sg Lembing tu sedang rancak berjalan. Lihat gambar.

DSC04264

DSC04265

Sedang menunggu tour guide aku datang, aku sembunyi-sembunyi snap pic mmber aku yang tengah camping kat Taman Laut. Niat hati nak up kat insta. Surprise la kunun-kunun.

DSC04266

DSC04269

DSC04270

DSC04273

DSC04276

Kata guide aku ni, laluan jungle trekking ni mat salleh jer yang lalu. Orang-orang kita tak lalu. Orang kita lebih suka naik kereta sejak laluan baru Tekek – Juara siap dibina.

Yes…sepanjang trekking ni, kami hanya berjumpa dengan pelancong asing jer termasuklah aku. Hahahahhahahhahaha….

Tip untuk trekking ni, follow jer trek bersimen dan kabel elektrik. In Shaa Allah tak sesat. Pada peringkat awal tu ada banyak lorong. So make sure to be careful. Trek bersimen tu bertangga. Menaik jer perjalanannya. Korang tau sendiri la trek bertangga kan.

Terjadinya lorong-lorong ni sebab ada aktiviti marathon. Laluan-laluan tu boleh tembus ke Kg. Mukut. 3 hari perjalanan. Hahahahaha…..

Ada cerita misteri. Ada kes di mana 3 orang lelaki remaja sesat selama 3 hari semasa melalui trek ini untuk menuju ke Kg. Juara. Menurut cerita ada seorang nenek muncul bertanyakan, “nak ke mana?”. Kemudian dia menunjukkan jalan yang salah. Hmmmm….. nape la nenek tu buat macam tu kan.

14.10.15

--- Kg Tekek dan Kg Air Batang, Pulau Tioman ---

Hari Kedua   Hari Terakhir

Selesai sarapan, terus menuju ke Jeti Mersing. Ke kaunter untuk mendapatkan tiket. Selain tiket feri, pelancong juga wajib membayar tiket Taman Laut Sultan Iskandar.

Tiket feri berharga RM35/sehala. Caj taman laut bagi dewasa WARGANEGARA adalah RM 10.

dav

DSC04191

DSC04192

DSC04193

DSC04194

DSC04196

DSC04198

DSC04200

Katanya jam 10.00 pagi. Tapi like always…….lebih dari itu. Hahahahaha….

Kampung pertama disinggahi feri ialah Kampung Genting (12.13 tengah hari). So sesiapa yang nak ke sini, boleh la turun sekarang.

3.10.15

--- Gunung Senyum, bergua-guaan jer ---

Jam 4 pagi lebih, kami mula bergerak menuju ke RnR Temerloh dari Gombak. RnR Temerloh adalah meeting point yang telah ditetapkan. Kami membuat pengurusan diri dan solat Subuh sambil menunggu yang lain.

Ketidakcukupan tidur sangat-sangat dirasai. Ye lah dari Pontian seawal jam 4. Naik Gunung Datuk. Turun….terus ke Gombak. Lepak-lepak sampai jam 12. Jam 3 dah bangun tuk ke Temerloh. Hmmmmmm…….what the gigih kan.

Kelihatan juga jerebu masih tebal di sini. Jam 6.30 pagi lebih, kami mula bergerak menuju ke destinasi. Dalam perjalanan, kami singgah kedai makan untuk sarapan. Sedang enak menjamu selera, tiba lagi 3 orang rakan pendaki. 3 orang guru. Hihihihi…

Nak tahu tak naper aku xbanyak sebut pasal nama-nama line up ni? Sebab aku memang belum mengenali mereka. Hahahahaha…. Ok….nanti bila dah kenai, cheq habaq naaa…

dav

DSC02786 copy

DSC02787 copy

DSC02790 copy

DSC02795 copy

DSC02800 copy

DSC02801 copy

Jam 8.30 pagi, kami tiba di Hutan Lipur Gunung Senyum. Tersenyum lebar la aku sebab sampai juga kat sini. Di hutan lipur ini lengkap dengan pelbagai kemudahan asas dan kemudahan perkhemahan. Di sini juga menempatkan kuarters jabatan perhutanan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...