23.4.20

--- Hari Ke Tiga Puluh Tujuh Perintah Kawalan Pergerakan ---

Baru siapkan travel loq Jepun hari ke 5. Boleh baca guys..... klik di sini.

Esok dah nak puasa. Samada PKP bersambung atau tidak, tunggu esok.

21.4.20

--- Hari Ke Tiga Puluh Lima Perintah Kawalan Pergerakan ---

Pagi ini pergi ke klinik untuk rawatan susulan. Hasilnya doktor suruh sambung lagi ubat. Hummm..... dengar suruh sambung ubat jer, terus rasa lemah.

Tapi kalau ikutkan, kondisi aku pun memang dah berkurang sikit. Perasaan takut dan resah tu dah kurang.

Diffuser yang dibeli plak tak boleh digunakan. Hummmm.......

5.4.20

--- Hari Ke Sembilan Belas Perintah Kawalan Pergerakan ---

Baru siapakan travel log ke Jepun tahun lepas punya. Time ni baru ada masa nak settlekan. Tu baru hari ke 3 travel. Hummmm...... Boleh klik sini.....

31.3.20

--- Hari Ke Empat Belas Perintah Kawalan Pergerakan ---

Hari ini hari ke empat belas. Tarikh PKP #covid-19 tamat sebelum dianjak ke 14 April. Sejak semalam ada pengumuman beberapa kawasan telah diperketatkan PKP ini (PKPD). Mersing tidak termasuk dalam PKPD. Berikut adalah RED ZONE #covid-19 :

01. Lembah Pantai
02. Petaling
03. Hulu Langat
04. Seremban
05. Kluang
06. Johor Bahru
07. Kuching
08. Kota Bharu
09. Kinta
10. Gombak
11. Tawau
12. Hilir Perak
13. Titiwangsa

Lebih kurang jam 12 tengah hari, aku ke pejabat sekejap. Nak tukar penghawa dingin di bilik server dan ict.

Baliknya singgah kedai beli epal.

Kemudian lanjut ke Klinik Rakyat di Taman Tun. Kelihatannya hanya aku seorang sahaja waktu itu. Daftar dan menunggu panggilan. Kurang 3 minit, MA datang minta aku duduk untuk buat pemeriksaan sikit. Beliau juga buat ujian kandungan darah. Alhamdulillah, semuanya normal dan baik. Next is jumpa doktor. Berharap doktor yang sebelumnya tapi kata MA, hari ini hanya pelatih sahaja.

Doktor:
   Apa masalah En. Fitri?

Aku:
   Saya ada masalah dengan bahu dan belakang kepala yang rasa berat dan kadang-kadang kebas. Bukan sakit kepala, cuma rasa tak selesa.

Doktor :
   Umur berapa?

Aku :
   38

Doktor :
   Sudah berkahwin?

Aku :
   Belum.

Doktor :
   Ada pasangan?

Aku :
   Belum.

Doktor :
   Kenapa?

Aku :
   Entah. Malas fikir. Tak tahu.

Doktor :
   Hummm... Maaf soalan peribadi sedikit. Awak lebih tertarik kepada lelaki atau perempuan? 

Aku :
   ... Perempuan.

Doktor :
   Yakin?

Aku :
   Iyaa...

Doktor :
   Ok...! Maka sejak bila rasa?

Aku :
   Dah 5 hari. Saya datang sebab nak dapatkan pengesahan. Mana tahu ada penyakit serius dari kepala saya ini. Kanser mungkin.

Doktor :
   Jauhnya fikir. Kalau kanser, kondisi encik tidak macam ini. Encik kena sentisa fikir yang positif-positif. Dekakan diri dengan Allah. Bla...bla...bla...bla.... So, nanti datang semula bila?

Aku :
   Seminggu lagi. Terima kasih doktor.

28.3.20

--- Hari Ke Sebelas Perintah Kawalan Pergerakan ---

Tak ada idea nak update apa... Hari-hari benda yang sama jer aku buat. Cuma lately ni aku dah malas masak. Aku order food panda jer. Kurang semangat dah nak masak walaupun ada jer bahan-bahan kat dapur.

Tadi berita ada khabar yang kemuncak pertambahan bilangan Covid 19 adalah pada pertengahan bulan April. Korang rasa? Mungkin tempoh ini akan berlanjutan. Mati la mak nak.

Semalam dalam group whatsapps gunung, ada satu group mendaki yang aku kenal. NEX, mohon kerajaan Malaysia membawa mereka pulang. Sekarang mereka di Nepal. Trip EBC kalau tak salah. Dalam gambar tu tak nampak Abang Shariman. Kita menjangkakan konpom kena kecam dengan netizen. Tapi harap-harap netizen insaf la kot musim Covid 19 ni.

Setiap kali selepas solat fardhu, buat solat hajat. Mohon Allah kuatkan semangat manusia-manusia menghadapi ujian ini.

Sejak semalam pula, trending #makkiahjualgorengpisang. Ini berikutan daripada contoh yang YAB PM kita memberi contoh pakej ransangan ekonomi terbaru. Tahniah Makcik Kiah.


Paling tak tahan, ada statement orang tanya, mana pergi kerja rumah boleh untung ribu-ribu tu? Mana dia? Waktu ni kenapa hilang? Waktu ni la orang semua dok rumah nak berniaga.... Mana haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...