Kebiasaannya untuk segmen ragbi, aku selalu shot game under KPM jer. Sangat-sangat jarang game bukan KPM. Untuk kali ini tak banyak shot sebab aku tak boleh predict team mana kuat. Aku hanya random shoot jer. Semoga terhibur guys.....
7.1.23
22.12.22
--- xxx ---
Jangan berusaha untuk senangkan hati semua orang.
Sebab kita tidak akan mampu.
Jangan terlalu memikirkan pendapat orang lain kepada kita.
Yang baik kita ambil, yang tidak baik kita abaikan.
Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain.
Jadi diri sendiri dan sentiasa bersyukur.
Jangan tipu diri sendiri.
Kalau sedih, cakap dan luahkan. Kalau nak nangis, nangislah.
20.11.22
--- Bukit Mok Cun ---
Jom balik ngundi guyssss..... Undi apa bukan lagi rahsia tapi lokasi mengundi yang rahsia. Hahahahaha....
Dikesempatan balik mengundi aku dengan Zizi mengambil peluang untuk mendaki Bukit Mok Cun, Kodiang. Ni kira antara wish list beberapa tahun dulu. Masa mula-mula viral dulu macam tak teringin sangat nak pi. Tapi bila dah tak viral sangat, baru nak pergi. Hahahahahaha....
Thanks to Zizi Kirana kerana beliau sanggup temani insan ini untuk mendaki. Kami plan masa keluar kopi-kopi pada malam sebelum itu.
Jam 6.30 pagi, aku memandu menuju ke rumah Zizi. Siap sesat lagi. Akhirnya dah cerah baru sampai umah Zizi. Tapi its ok.
Parking kereta. Naik kereta dengan Zizi menuju ke kaki Bukit Mok Cun. Waaahhhh....!!! Tak ada kereta dooowwwww........ Baik gak ek.
Warm up dan memulakan pendakian.
5.11.22
--- Piala Agong Ragbi, Negeri Sembilan vs Pahang ---
Baek gak ek sukan ragbi. Tak habis-habis tournsment. Satu persatu berganti. Kali ini Piala Agong pula. Mendatang is Mersing Monsoon Cup.
Takpe.......untuk ini aku cuba try test.
Aku dah sampai awal 15 minit kat SMK King George V ni. Pusing-pusing tak jumpa padang. Aku pun ringankan mulut bertanya pada murid yang ada di situ. Katanya padang sekolah kat bawah sana. Laaaahhhhh...!!!
Padang SMK KGV ni rupanya di luar kawasan sekolah. Maka aku kena keluar dan pusing untuk sampai ke padang tersebut. So aku tiba lewat sedikit jer. Masih sempat. Lagi pun game 40 minit. Lama doooowwww..... Maka banyak masa untuk shoot. Cuma satu jer. Satu team ada 15 pemain. Bermakna dalam padang tersebut ada 30 pemain. How nak shoot gambar kalau ramai macam tu. Hahahahahaha.....
Ini je lah yang mampu aku snap mengikut kemampuan aku.
Akhir sekali....aku tak tahu pun siapa yang menang. Hahahahahaha..... Tak ada scoreboard. Juruacara pun aku tidak kedengaran. Hahahahahahaha........
22.10.22
--- Percutian Singkat Ke Sabah, Hari 3 ---
Selamat pagi wahai teman-teman.
Berusaha bangun seawal pagi kerna mau lihat suasana dan yang paling penting puncak Gunung Kinabalu. Alhamdulillah....berhasil....
Dari bawah, aku berlari pula ke roof top untuk ambil gambar.
Kelihatan beberapa orang remaja sedang berjogging. Mmmmmm....baek gak ek jogging-jogging. Memandangkan masa yang terbatas, ini sahaja yang boleh layan. Hotel ni jika ada basikal, pasti ku sewa untuk pusing-pusing dan mencari port-port terbaik.
Siap-siap untuk turun sarapan. Turun sarapan sekali dengan check out. Tidak perlu lagi naik. Masih banyak agenda katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)

