Selamat pagi wahai teman-teman.
Berusaha bangun seawal pagi kerna mau lihat suasana dan yang paling penting puncak Gunung Kinabalu. Alhamdulillah....berhasil....
Dari bawah, aku berlari pula ke roof top untuk ambil gambar.
Kelihatan beberapa orang remaja sedang berjogging. Mmmmmm....baek gak ek jogging-jogging. Memandangkan masa yang terbatas, ini sahaja yang boleh layan. Hotel ni jika ada basikal, pasti ku sewa untuk pusing-pusing dan mencari port-port terbaik.
Siap-siap untuk turun sarapan. Turun sarapan sekali dengan check out. Tidak perlu lagi naik. Masih banyak agenda katanya.
Destinasi pertama pada hari dan pagi ini adalah Ladang Ternakan Lembu Kundasang (Desa Dairy Farm). Jika kita Google, pasti ayat "...tidak lengkap percutian ke Sabah jika ke ladang lembu Kundasang.....". Ladang ini mendapat jolokkan The Little New Zealand. Ouch...!!!
Dua kali datang sini, belum sekeping gambar aku berjaya snap ala-ala New Zealand. Hahahahahahahahaha...... Tapi tidak apa-apa. Korang jangan salah faham yang aku nak kondem tempat perlancongan di negara sendiri. Cuma.....mmmmmm......
Ayoh....kita ke sana aja.
Next destinasi ialah Tagal Marakau. Hmmmm......sebut nama pun dah gerunkan? Tempat apakah ini? Ok, Tagal Marakau ni tempat ikan. Bagi makan ikan. Rendam kaki dalam kolam ikan bla...bla...bla.... Selepas itu rencananya ke Air Panas Poring.
Dalam perjalanan ke sana, berbaris kereta di atas jalan menuju arah sama. Masing-masing dah berbincang samada untuk teruskan atau balik ke Kota Kinabalu sahaja. Jika layan jem ini juga, takut masa ke airport terjejas.
Maka kami ambil keputusan itu kembali ke Kota Kinabalu. Hmmmm....... Terus buat u-turn
Tiba di KK. Hujan lebat. Singgah makan tengah hari. Terus ke lapangan terbang.
Kami terus fly balik ke Lapangan Terbang Senai. BACK TO NORMAL. Esok kerja......
.....end......
Kesimpulannya, aku tertanya-tanya. Kenapa bayaran pakej tidak dipulangkan apabila tempat-tempat yang dipersetujui untuk pergi tapi tidak pergi. Boleh ea macam tu? #solehahtravel
pergi sekejap sahaja... x banyak tempat pun..
ReplyDeletebukan percutiam sebenar...sebab pergi dengan opis.......hahahahaha
Delete