Aku suka camera sejak dari sekolah rendah lagi. Mak aku sendiri memilik camera SLR. Aku pernah menggunakan camera tersebut. Mak aku sendiri pernah mengajar menggunakan SLR tersebut. Kemudian datang pula zaman camera filem compact. Ada yang murah dan ader yang mahal. Pernah menggunakan camera yang jenis fully manual di mana filemnya perlu dipusing selepas disnap. Kamera pakai buang pun ada. Next is kamera lebih canggih iaitu digital compact.
Sekarang dan kini aku memiliki DSLR - Digital Single Lens Reflect. Walaupun Canon dan Nikon merupakan brand paling terkenal, namun tidak mampu menghalang aku untuk meminati SONY Alpha. DSLR pertama aku ialah A200 pada tahun 2009. 2010, aku membeli pula body A550 sebagai langkah mencanggihkan gajet2 aku. Hihihihi...
First job aku as official wedding photographer is di Sungai Petani. Salah seorg mmber masa di maktab. That time aku hanya menerima harga RM300 untuk job sehinggalah siap sticky album. Why RM300? Kerna itulah penilaian dari seorang costumer. Aku tidak berasa kecewa atau sebagainya, malah berkata, costumer always right. Selepas itu, aku menerima lagi job2 lain dgn pakej yang sama dan harga di upgrade. Tapi aku masih lagi berkata pada costumers, 'kalu u all puas hati, bayar seperti herga yang telah dipersetujui. Tapi jika xpuashati, boleh bayar ikut suka'.
Alhamdulillah, aku dibayar seperti yang telah dipersetujui.
Sehingga kini aku masih dengan pakej yang lama, cuma harga di upgrade dengan kos perjalanan. Ye lah sebab ada customer tu jauh2. Dari sticky, aku beralih kepada album custom. First costum album ialah sepasang teman sepergunungan semasa study dulu. Pelajaran yang aku belajar that time ialah saiz fail untuk costum. First printing, album tersebut semua pix nya blur. Aku heran la naper semua pix nya blur. Aku bertanya pada salah sorang mmber masa tu, dia kata sbb saiz dan pixel gambar terlalu kecil. Oleh itu, aku buat editing semula dan reprint. Alhamdulillah berjaya. Job itu juga merupakan job pertama aku dengan harga melebihi 1K. 2 album sticky dan satu costum. Rasa happy sangat kerna ia merupakan satu kejayaan.
Sepanjang pengalaman tersebut mengajar aku bahwa penghasilan sesebuah album wedding bukanlah seratus peratus terletak pada photographer. Untuk hasil yang terbaik pasangan pengantin juga perlu memberi kerjasama yang sehabis baik. Anda bayar kami dengan harapan ianya terbaik sepadan dengan harga yang telah dipersetujui. Namun andai anda tidak bekerjasama, plssss jgn salahkan juruphoto kerna album anda tidak cantik.
Aku pernah di mana pasangan pengantinnya malu2, tak larat, rushing, kekok dan sebagainya. Aku selalu briefing pada setiap pangantin sebelum wedding bermula bahwa anda membayar saya untuk menangkap gambar dan menghasilkan album yang cantik. So saya berharap u all dapat memberi kerjasama yang baik. Biar segah mana pun seseorang pengarah filem, kalau pelakonnya tidak pandai berlakon, filem tersebut akan hancur. So u all mesti berlakon sehabis baik. Saya tidak mengaharapkan anda mcm Erra Fazira dan Awei dalam filem Sembilu, tapi cukup hanya sekadar Sitcom Pi Mai Pi Mai Tangtu. Lakonan komedi yang ringan sahaja.
Seterusnya, aku dapat kesan bahwa kebanyakkan pengantin ni akan lemah dan tidak bertenaga bila buat outdoor lewat petang. Oleh itu, untuk beberapa job seterusnya aku selalu mencadangkan pada pengantin agar outdoor dibuat berasingan samada sehari awal atau esoknya selepas majlis resepsi. Pakaian? boleh pilih ikut suka. Outdoor tidak semestinya pakaian pengantin. Boleh juga baju akad nikah, pertunangan atau costum2 lain yang difikirkan sesuai.
'Photographer, boleh tak kita habiskan cepat?', 'Photographer, boleh laju sikit tak? Dah nak malam la', dan sebagainya. Aku as juruphoto kadang2 rasa mcm, alahaiiiii..... Dalam hati,'nak album cantik tapi mcm2 la plak'. Anda rasa macam mana situasi tu. Siapa yang salah? Photographer selalunya dah setting time. Cuma jarang pengantin yang nak ikut. Pastu bila sesi outdoor, dah macam2. Muka tak bermaya. Bukan semua pengantin k. Tak salahkan pengantin sbb adat la kenduri. Ramai saudara mara dan kawan datang. Tapi jgnlah dijadikan alasan untuk tidak bermaya masa outdoor.
Sesuatu masakan menjadi sedap bukan semata2 kerna tukang masak tetapi bahan2 yang dipilih juga perlu berkualiti. Begitu juga album yang cantik bukan semata2 kerna juruphoto tersebut tetapi pengantinnya juga perlu memberi yang terbaik. Alhamdulillah, setakat sekarang semua costumer aku tidak banyak memberi masalah yang ketara. Kecil2 tu biasa la. Nama pun manusia kan. Aku terima seadanya. Terima kaseh kepada pengantin yg begitu bersemangat sehingga sanggup mendaki Bukit Broga semata2 untuk sesi outdoor. Hahahaha...
Aku menerima job wedding bukan semata2 kerna bayaran tapi lebih kepada my passion dan hobi aku terhadap setiap gambar yang aku hasilkan. Akhir kata I LOVE PHOTOGRAPHY....
No comments:
Post a Comment