3.11.13

--- Jalan2 Cameron Highland Yang Singkat dan Tidak Habis ---

Bersempena hujung minggu dan cuti Deepavali. Pada awalnya plan nak gi Genting Highland tapi diakhir-akhir waktu, destinasi diubah kepada Cameron Highland. Perkataan belakang sama, depan jer yang lain.....hihihihihi......

Secara peribadinya, aku suka ke Cameron Highland adalah kerna mengimbau banyak kenangan semasa zaman2 mendaki gunung. Acap kali pendakian akan berakhir di kawasan sekitar Cameron. Tak kurang juga pintu rimba di Cameron sendiri seperti Trans Gopeng, Brinchang, Irau, Trans Titiwangsa dan banyak lagi program2 yang diberi nama.

Perjalanan bermula dari Salak Tinggi (Arkmey), kemudian mengambil aku di Putrajaya. Terakhir, Amir di Mid Valley. Masuk ikut Tol Jalan Duta dan exit di Tapah. Pick stop pertama ialah Lata Iskandar.
Kami tiba sekitar jam 12.30 tengah hari. Cuaca tak panas sangat sbb mendung dengan hujan sekali sekala.

Lata Iskandar mengingatkan aku pada XPDC Lata 2 Lata, Lata Kijang to Lata Iskandar, 24~26 Mac 2006. Haaaa....masa tu ada Chepul, Rashid, Teng, Huda, Mino, Yan, Fida, Abg Yen Carlos (guider) dan banyak lagi lah......


Sehingga sekarang, Lata Iskandar menjadi antara lokasi perkhelahan bagi keluarga2, couple2, dan sebagainya. Ini termasuklah mereka yang ingin ke Cameron Highland, pasti akan singgah. Macam kami lah..... hihihii.....




Driver untuk jalan2 kali ini

Alhamdulillah selamat sampai di ladang teh. Lokasi ni kira lokasi yang always la org singgah kan. Cantik.....






Macam cantik jer....macam comel jer......



Ok, masa untuk makan tengah hari. Dalam dok cari-cari tu, jumpa la satu kedai ni. Last aku pergi tak lama dulu, bangunan ni masih pembinaan. Kali ni dah siap. Nama kedai makan ni, Restoran Erra Cameron Highlands. Style makan di sini ialah buffe. Untuk buffe sarapan, RM5/person. Lunch, RM10/person. Tutup jam 4 dan buka semula jam 6 hingga malam.

Paling menarik, tokey nya, ramah giler. Orang Penang kata habaq mai. Kak Liza owner nya. Kak Liza juga ada menyediakan ala2 cathering bagi kumpulan2 yang ramai. Di luar kedai tu ada canopy k. 2 canopy lagi untuk menampung tempahan-tempahan. Haaaaa...... Ops, lupa nak mention di sini, Kak Liza masak sedap ok. Hihihihihi........ So, kalu nak tahu sendiri, singgah-singgahlah di kedai beliau.

Hujan turun agak lebat that time.....



Bergambar bersama Chef (owner)




Selesai makan, kami menuju ke Lembah Bertam pula. Haaaaaa.....what so interesting at Lembah Bertam? Jika korang ikuti berita, baru-baru ini, lembah ini dibanjiri air yang dilepaskan oleh pihak bertanggungjawab terhadap empangan tersebut (sebenarnya xtahu nama empangan tersebut). Air empangan tersebut terpaksa dilepaskan kerna kapasiti takungan sudah sampai tahap yang membahaya akibat hujan yang turun mencurah-curah. 


Ketika kami sampai di sini, suasana lokasi dah agak ok. So tak nampak la kesan teruk tu. Yang dapat dilihat, hanya kesan-kesan kejadian sahaja.

Wartawan lokasi katanyeeee....




SJK(C) Bertam Valley





Giyomi pulaaakkkk....

Seterusnya, kami menghala pula ke area Brinchang. Plannya, aku nak bawa diaorg ni ke Puncak Brincang dan airport kecil tu, tapi sayang skali, gate dah tutup. Seriusly, hampa gilerrr....

Oleh itu kami turun semula dan singgah solat dan beli sedikit cenderahati. Kami turun Cameron Highland melalui Simpang Pulai.










Kami exit di Trolak untuk layan Piala Malaysia, Pahang vs Kelantan. Untuk trip singkat ini, agak kecewa la sbb tak banyak gambar. Hujan pun ia dan kesuntukkan masa pun ia. Takpe, kita datang lagi lain kali k. Insya-Allah.....

2 comments:

  1. Bole cuba hantar gambar n penulisan di majalah @ paper.... mmg cun....

    ReplyDelete
  2. hahahahaha....tq mustakim.....biasa2 jer..... it just a hobby

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...