Macam best jer kan buat entry berepisod-episod nih. Hahahahaha……baget best. Hahahahaha….. Taklah. Saja buat berepisod sebab terlalu banyak gambar. So aku saja pecah-pecahkan. Maka tak la berat sangat dalam satu-satu entry.
24 Oktober 2014, malam tadi tidur agak nyenyak. Alhamdulillah…Allah memberi cuaca yang sangat baik. Kami bangun awal pagi ni untuk melihat keindahan matahari terbit.
Subhanallah…! Keindahannya memang tak terucap dengan kata-kata. Itulah keindahan yang Maha Esa. Rasa sebak bila tengok balik gambar-gambar ni sebab terlalu besar akan kekuasaan Allah. Dia menyediakan begitu banyak dan luas akan Rahmatnya. Tapi aku selalu leka dan abai dalam ibadat untuk Nya…
Dari ruang view ini, kita boleh lihat pemandangan gunung-gunung di Banjaran Titiwangsa yang superb. Antara puncak yang aku kenali ialah Table n Chair atau terkenal dengan nama Puncak Tok Nenek. Satu lagi Puncak Bubu.
Dah puas melayan persembahan alam, kami kembali ke khemah untuk breakfast. Cik Siti dan Abang Nas gigih dan tekun memasak keuteow goreng. Suhu yang sejuk, pegang periuk pun dah tak rasa panas. Hahahaha…. Sambil chef kita masak tu, yang lain-lain tu dah slow-slow buat pengurusan diri. Ada yang nak berak dan sebagainyakan. No…no…no….jangan rasa malu nak bagitau. It’s a normal. Kahkahkahkah….
Line up ni memang mantap. Jenis tak buang masa dan tahu apa yang perlu di buat. Anak didik HAKAM katakan. Kihkihkih…….
Owh ya…! Hari ni Jumaat…….
Sebelum memulakan perjalanan hari ini, macam biasalah sedikit taklimat dari Abg Nas as gogo. Tapi Pak Dak dan David dah hilang. Hmmmm…….macam biasa la dia orang.
Hari ini, perjalanan kami akan menuju ke Puncak Bubu, Puncak Tok Nenek dan bermalam di Kem Berlumut. Dari Yong Yap ni, just turun jer. Akan melalui Kem Simpang (persimpangan Tok Nenek – Yong Yap). Pastu berjalan di permatang bla…bla….bla….turun naik lembah. Then mencanak ke Bubu. Dengarkan jer. Jangan take serius. Nanti boleh mental. Lunch di Puncak Bubu ok.
Dari Puncak Bubu, turun jer. Hingga sampai Kem Lopak Air. Kem ini merupakan last water point bagi mana-mana team yang ingin bermalam di Puncak Kayong atau Kambing atau Bubu. Terpulang. Dari kem tu, mendaki sikit dan melalui permatang. Turun naik sikit-sikit tu biasa la. Sebelum sampai Tok Nenek, akan melalui Puncak Kayong dan Puncak Kambing. Then jumpa Tok Nenek. Dari Tok Nenek, menurun sehingga sampai Kem Berlumut. Itulah antara isi taklimat berkaitan perjalanan hari ini.
Bacaan doa, foto group dan gerak.
3 jam lebih perjalanan, kami sampai di Puncak Bubu. Break dan lunch. Team depan seperti Bad, Awi, Acap dah lama depan. Mungkin dah sampai kot Tok Nenek. Hihihihi….. Sedang lunch, kedengaran bunyi guruh. Apakah….? Berdoa je lah.
Pendaki seperti kita, sering kali merasakan hujan itu satu kesusahan dalam trip. Termasuk akulah. Kita akan berdoa agar Allah tidak menurunkan hujan. No….no…..no……dalam hutan ni ada makluk Allah yang lain seperti serangga, pokok, haiwan dan sebagainya yang turut berdoa. Mungkin hujan amat bermakna bagi mereka. So kita jangan sesekali menidakkan hak-hak mereka. Nextime, kita berdoa agar Allah memberi yang terbaik kerana sebaik-baik perancang dan Maha Mengetahui masa depan, hanyalah Allah. Ada hikmah setiap apa yang diberikan Allah. Amin…
Ok…..kuliah Jumaat untuk hari ni k. Hahahahahahahahahaha……….
Di Kem Lopak Air, kami break kejap. Ada yang nak ambil air dan buat pengurusan diri. Faham-faham je lah kan. Hihihi….. Then sambung kembali….
3 jam perjalanan, kami sampai di Puncak Kambing (5.10 petang). Dalam perjalanan sebelum sampai Puncak Kayong rasanya, ada satu view area, di mana boleh nampak Puncak Tok Nenek. Kami nampak team pantas dah ada di puncak sambil melambai-lambai.
Jauh lagi tak dari view area tu nak ke puncak? Hmmmm…..sebatang rokok jer lagi. Hahahahahahahahaha……. Jangan tanya banyak sangat. Jalan jer.
5.29 petang, kami dah di atas Puncak Tok Nenek. Beg, kami tinggal kat bawah. Bukan kat Puncak Kambing. Naik ke atas, layan view berkabus. hihihihi…… takper, bukan rezeki kali ni. Nanti repeat lagi k.
Ok sesi berfoto bermula. Aku ada minta diaorang duduk kat batu sana tapi katanya Pak Dak tak kasi. Sebab? Batu tu dah retak. Huuuuuuuuuuuuuuuuuu………..
Dari puncak Tok Nenek jam 6.00 petang, kami bergerak turun. Trek tidak teruk sangat pun. Just layan turun jer. Group kami yang belakang ni, ambil masa 1 jam setengah untuk sampai ke Kem Berlumut (7.30 mlm). Sedikit terlewat. Takper….
Bekerjasama memasang khemah or fly…
Alhamdulillah…cuaca hari ni baik. Maka pergerakkan luar khemah menjadi sangat lancar. Apa lagi, acara memasak la kan. Keceriaan malam ini lebih terasa. Ada sungai. Meriah sungai malam ni sebab semua orang nak mandi. Tak kisahlah sejuk. Layan jer…
Memandangkan malam ni, malam terakhir, semua ration dikeluarkan dan bakal dihabiskan. Sebelum main chef masak, David nak masak maggi untuk semua orang. Waaaaaaaaa…….. Settle maggi pusingan pertama, masak pula pusingan ke dua. Hmmmm……harap-harap nasi kejap lagi dapat dihabiskan. Hihihi……
Malam ni makanan agak mewah. Lauk pun banyak lagi yang belum dimasak. Hihihihi…….
Sambil menunggu makan malam siap, ada yang dok repair-repair body yang sakit-sakit. Hihihihi……
bersambung…
No comments:
Post a Comment