Saturday, October 4, 2014

--- Masjid Cina, Melaka ---

Asyik tengok orang pose kat masjid ni. Then upload kat fb. Konon-konon Beijing. Jeles…..so aku plan nak juga ke sana. Yes…!! Aku berjaya singgah di masjid ini.

Macam mana nak ke masjid yang indah ini? Ok…! Easy jer. Hihihihi……. Mulanya, aku pun sesat juga nak cari. Hihihi……

Ok, exit dari Tol Ayer Keroh, ambil kiri. Follow signboard Alor Gajah atau Stadium Hang Jebat. Drive sehingga ke stadium tersebut. Di traffic light berhampiran stadium tu, turn kanan. Makna kata, masuk ke stadium. Haaaaaaa…..masjid tu sebenarnya belakang stadium Hang Jebat.

Pada mulanya aku cari, aku tahu orang dok kata masjid tu berhampiran stadium. Maka, aku pun usha la menara or kubah masjid tu dari jalan utama. Malangnya tak nampak. Maka aku terus sehingga ke Tesco Cheng. Aku tak nampak pula signboard masjid dari arah ini. Dalam GPS? Tak ada pun. Aku buat pusingan U di Tesco. Dari arah Tesco, baru la nampak signboard masjid. Aku pun masuk stadium dan terus sehingga hujung, dan menjumpainya. Hmmmmm….macam berjela-jelakan story aku nih. Takpe-takpe……

Sejarah penubuhan? Hmmmm….entahlah. Tak nampak pula mini muzium sekitar situ. Rasanya, masjid ni siap dibina pada tahun 2013. Yang pasti, masjid ini bakal menjadi objek pelancongan di negeri Melaka.

Satu perkara nak shared, jika kita datang melawat masjid tu, janganlah semata-mata melawat dan bergambar jer. Ada baiknya jika kita solat sunat tahayatul masjid. Inikan rumah Allah. Rumah ibadat kita. Aku tersedar ni pun sebab aritu dengar ustaz Shamsuri punya ceramah. Kadang-kadang kita jadikan masjid ni sebagai persinggahan membuang air kecil atau besar. Apa salahnya jika kita solat sunat 2 rakaat. Just shared jer.

DSC07758

DSC07704

DSC07710

DSC07707

DSC07708

DSC07709

DSC07714

DSC07715

DSC07716

DSC07720

DSC07723

DSC07728

DSC07729

DSC07732

DSC07735

DSC07737

DSC07745

DSC07746

DSC07747

DSC07748

DSC07750

Sedang asyik snap pic, ada satu couple warga emas ni, berkata pada aku, “Wartawan ker ni? Besar kamera. Mesti pandai ambil gambar. Pak Cik nak minta tolong anak ambilkan gambar kami berdua boleh?”.

Dalam hati aku, pandai pakcik ni pancing. Puji aku pandai ambil gambarkan. Sebenarnya nak minta tolong. No hal pakcik. Kita orang Islam kena tolong menolong dan hormat menghormati. Aku pun snap la pic mereka berdua. Ada juga guna kamera hp mereka. Pastu mereka minta aku send pic dari kamera aku ni ke fb diaorg. Tapi sampai sekarang aku tak jumpa fb diaorg. Aku ada kasi fb aku. Katanya, nanti nak add. Diaorang ni dari Kolumpur. Cuti-cuti Melaka. Berdua jer. Sweeeeeettttt……!!! Ni namanya cinta hingga hujung usia. Kihkihkih…..

Takper, nanti kalu pakcik dan makcik terbaca blog ni, hubungi saya di fb, Aefit Bentuah. Haaaaaaaaaaaa…….

DSC07752

DSC07753

DSC07755

DSC07757

Selesai Zuhur, aku meneruskan perjalanan menuju Pantai Morid, Banting untuk meninjau lokasi pre-Wedding yang bakal diadakan kelak.

Assalamualaikum…

4 comments:

  1. nice......otw blik kg blh singgah ni...xyah g Beijing kn....dah ada Beijing Malaysia...huhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2.....beijing di melaka jer.....hikhikhik

      Delete
  2. kat Kelantan pon ada satu masjid Beijing .. lawa gak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...