23 Jan 2015, dalam jam 10 malam, aku mula bergerak menuju ke Gombak. Pick up Amin dulu. Then terus ke LRT Gombak, meeting point. Teruja dapat jumpa Kak Sha. Lama tak jumpa kan. Hihihihi….. Then jumpa Awe, Abg Man, Muza dan Amy. Yang sebut tu yang kenal la. Yang baru nak kenal pun jumpa dan bersalaman. Ops!, terlupa, Nenek Kebayan. Then, gerak ke kedai makan sebab lapar.
Jangan lama-lama sangat sebab jauh lagi nak jalan. Lebih kurang jam 12 tengah malam lebih, kami mula gerak ke Bidor. Carpool jer.
24 Jan 2015, around jam 2 pagi, kami bertemu semula di Tol Bidor. Tidur di situ. Pelan asal nak kumpul di masjid Bidor, tapi tutup.
Subuh menjelang, kami telah berada di masjid untuk bersama-sama menunaikan solat Subuh berjemaah. Pengagihan ration. Ini merupakan ration group paling ringan dan sikit pernah aku dapat sepanjang aktif dalam mendaki ni. Hahahahaha….. Aku hanya dapat sebungkus mee jer. Hahahahaha……
Bersarapan…
Kembali semula ke masjid untuk buat pengurusan diri dan packing. Line up trip ni seramai 38 orang. Hampir 40 orang. Wow…!!! *aku kehilangan list nama-nama tu…….arghhhhhhhh
Personally, aku kureng sikit jika line up terlalu ramai. Satu hal ialah aku akan lambat kenal sebab terlalu ramai. Bila tak akrab, kita akan susah ada memory. Lagi satu bila nak buat blog, bahannya juga akan kurang mantap. Isi kurang sebab no story. Ye la kita tak mengenali sangat. Kebaikkannya adalah trek meriah. Meriah tak meriah, kita tengok la nanti. Hihihihihi…….rasanya akan banyak yang terpisah jadi group kecil-kecil. Hope kat campsite nanti ada la ice-breaking.
Ada 3 buah 4x4 dah sedia menunggu untuk membawa kami masuk ke pintu rimba atau starting point. Katanya untuk 4x4 jer dah 2 jam. Hmmmm…telan air liur.
Sedang keadaan kacau bilau nak naik 4x4 tu, aku terperasan seseorang. Eh! Macam Abg Ayein @ Ayen Carlos. Dia bawa 4x4 rupanya. Mungkin juga dia guider trip ni. Yang pasti, hutan di Perak ni, dialah pegawainya. Abg Ayein ni boleh dikatakan guide tetap bagi Universiti Teknikal Malaysia Melaka dulu. Zaman aku study la. Siap nak buat lantikan lagi di HEP. Kisah dulu dulu. Tapi aku tak tegur sangat sebab kompom dia tak ingat punya. Hahahaha…..tak per. 2 trip yang masih fresh diingatan bersama beliau ialah Eksplorasi Hutan Royal Belum dan Trans TT. Beliau akan tanya, “biasa dengar penampar jarak jauh”. Hahahahahahaha…….




