26.1.15

--- Bah Gading yang Xtreme ---

23 Jan 2015, dalam jam 10 malam, aku mula bergerak menuju ke Gombak. Pick up Amin dulu. Then terus ke LRT Gombak, meeting point. Teruja dapat jumpa Kak Sha. Lama tak jumpa kan. Hihihihi….. Then jumpa Awe, Abg Man, Muza dan Amy. Yang sebut tu yang kenal la. Yang baru nak kenal pun jumpa dan bersalaman. Ops!, terlupa, Nenek Kebayan. Then, gerak ke kedai makan sebab lapar.

Jangan lama-lama sangat sebab jauh lagi nak jalan. Lebih kurang jam 12 tengah malam lebih, kami mula gerak ke Bidor. Carpool jer.

24 Jan 2015, around jam 2 pagi, kami bertemu semula di Tol Bidor. Tidur di situ. Pelan asal nak kumpul di masjid Bidor, tapi tutup.

Subuh menjelang, kami telah berada di masjid untuk bersama-sama menunaikan solat Subuh berjemaah. Pengagihan ration. Ini merupakan ration group paling ringan dan sikit pernah aku dapat sepanjang aktif dalam mendaki ni. Hahahahaha….. Aku hanya dapat sebungkus mee jer. Hahahahaha……

Bersarapan…

Kembali semula ke masjid untuk buat pengurusan diri dan packing. Line up trip ni seramai 38 orang. Hampir 40 orang. Wow…!!! *aku kehilangan list nama-nama tu…….arghhhhhhhh

Personally, aku kureng sikit jika line up terlalu ramai. Satu hal ialah aku akan lambat kenal sebab terlalu ramai. Bila tak akrab, kita akan susah ada memory. Lagi satu bila nak buat blog, bahannya juga akan kurang mantap. Isi kurang sebab no story. Ye la kita tak mengenali sangat. Kebaikkannya adalah trek meriah. Meriah tak meriah, kita tengok la nanti. Hihihihihi…….rasanya akan banyak yang terpisah jadi group kecil-kecil. Hope kat campsite nanti ada la ice-breaking.

Ada 3 buah 4x4 dah sedia menunggu untuk membawa kami masuk ke pintu rimba atau starting point. Katanya untuk 4x4 jer dah 2 jam. Hmmmm…telan air liur.

Sedang keadaan kacau bilau nak naik 4x4 tu, aku terperasan seseorang. Eh! Macam Abg Ayein @ Ayen Carlos. Dia bawa 4x4 rupanya. Mungkin juga dia guider trip ni. Yang pasti, hutan di Perak ni, dialah pegawainya. Abg Ayein ni boleh dikatakan guide tetap bagi Universiti Teknikal Malaysia Melaka dulu. Zaman aku study la. Siap nak buat lantikan lagi di HEP. Kisah dulu dulu. Tapi aku tak tegur sangat sebab kompom dia tak ingat punya. Hahahaha…..tak per. 2 trip yang masih fresh diingatan bersama beliau ialah Eksplorasi Hutan Royal Belum dan Trans TT. Beliau akan tanya, “biasa dengar penampar jarak jauh”. Hahahahahahaha…….

DSC01074

DSC01075

DSC01076

DSC01077

DSC01079

Sejam lebih kami macam tong gas di atas 4x4, kami pun sampai di Perkampungan Orang Asli Kampung Senta. Jarak dari Bandar Bidor ke kampung ini dalam 12 km. Kami melalui ladang kelapa sawit, kebun jambu, kebun betik dan kebun buah ________ (tak ingat). Itu semua jalan masih berturap.

Selepas kebun tu, trek balak pula. Lubang sana, lubang sini. Batu sana, batu sini. Kami juga melintasi sungai. Best! Dalam dok terhuyung hayang dalam 4x4, kami nyaris-nyaris terjatuh dalam lubang besar. Tayar belakang 4x4. Ada juga yang muntah. Hmmmmm……

DSC01080

DSC01083

DSC01086

DSC01087

DSC01093

DSC01094

DSC01097

DSC01099

DSC01101

DSC01104

DSC01106

DSC01107

DSC01108

DSC01109

DSC01110

DSC01111

DSC01112

Bawa turun semua beg. Berkumpul untuk mendengar taklimat dari gogo. Hmmmmm….Saper gogo sebenarnya? Amir atau Fadi? Tak kisahlah.

Pastinya taklimat gogo adalah berkaitan dengan perjalanan trip ini. Katanya, pendakian mengambil masa 6-7 jam. Malam ni akan campsite di Orkid. Peserta dikehendaki membawa air untuk ke campsite. Keesokkannya, naik ke puncak dan turun semula dan terus keluar. Actually, tentatif dah ada dalam fb. Saja brief untuk memperingati.

Bacaan doa oleh saudara Ustaz Amir……..amin.

DSC01113

DSC01114

DSC01115

DSC01116

DSC01118

DSC01119

DSC01121

Eh! Takder sesi suaikenal ker? Tanya aku dalam hati. Owh…..mungkin di campsite kot nanti malam. Kalau buat sekarang, nanti nak jalan jam berapa kan? Ok2….faham2…..

Jom jalan…

DSC01122

DSC01123

DSC01124

DSC01125

DSC01126

DSC01128

2 jam pendakian / perjalanan, kami telah melintasi hampir 10 kali sungai sebelum kami berhenti untuk makan tengah hari. Ada yang cetek dan ada yang dalam. Selepas sungai ke dua, ada pula peserta yang terjatuh dalam lubang. Nak kata lubang bukan lubang sangat la sebab ianya besar. Ada kayu yang diletakkan untuk merentanginya. Dikatakan kayu tu patah apabila Dr. tu lintas dan jatuh ke bawah. Dalam gak lubang tu. Aku takder di tempat kejadian that time. Aku kat depan. Kejadian kat belakang.Open-mouthed smile True story kena tanya Dr. sendiri.

DSC01129

DSC01133

DSC01135

DSC01136

DSC01137

DSC01139

DSC01140

DSC01141

DSC01142

DSC01143

DSC01146

DSC01147

DSC01151

DSC01155

DSC01157

DSC01159

DSC01161

DSC01163

DSC01164

DSC01166

DSC01168

DSC01169

DSC01170

DSC01171

DSC01175

DSC01178

DSC01179

DSC01180

DSC01181

DSC01183

DSC01185

DSC01187

DSC01188

DSC01190

Kami berhenti makan tengah hari jam 1.43 petang. Go-go and team masak mee goreng basah. Aku ada la tolong-tolong sikit potong fish-kit dan potong mee. Hihihihi……

Sambil menunggu makanan masak, ada yang ambil kesempatan untuk membuang air dan menunaikan solat. Then kami sambung jalan…

Ok, lupa nak mention. Actually dalam line up Bah Gading ni, aku berpeluang bertemu dengan otai-otai gunung. Maksud otai di sini, nama-nama yang agak familiar di sebut bila berbual tentang gunung. Salah seorangnya ialah Mizi Belantik. Eh!…betul tak ejaan tu? Halal lah ye. Tapi dalam trip ni, tidaklah aku terus pergi interbiu dia. Kiranya jumpa secara live la.

Selain itu kita ada penulis. Kak Sha tu dah terkenal sebagai penulis. So kita tak heran sangat. Orang yang aku maksudkan ialah Subki. Nama penanya Suki. Mana-mana port berhenti jer, dia akan tulis catatan. Nice. Hasil siasatan, rupanya beliau ni pengayuh basikal. Alaaa….yang mengembara dengan berbasikal tu. Katanya, dia dah sampai ke negara-negara Indo China. Wow….!!!

Banyak lagi insan-insan berpengalaman dalam line up ni. Tapi terlalu ramai sangat. Tak sempat nak kenai. Pastu dengan sesat macam ni lagi. Hmmmmm…….

DSC01191

Jam 4.39 petang kami sampai di last water point. Ada sungai besar. Siap ada yang mandi-mandi lagi. Masa dalam pendakian tadi kami ada jumpa satu air terjun yang cantik di sebelah kanan trek. Lihat dari celahan pokok jer. Nak pergi macam azab jer. Huhuhuhu……

Menurut Fadi, sepatutnya air terjun tu sebelah kiri dan sepatutnya juga waktu ini dah sampai di Kem Orkid. Dengar kata-kata Fadi tu, aku pun terus terfikir, “…habis tu kita dok jalan ni nak g mana?…”

Berdasarkan analisa trek, ada macam tak der jer trek. Ada macam trek lama. Ada macam trek sondol. Ada kata ini trek OGKL. Trek orang asli. Trek haiwan. Aduuuhhhhh…..!

Ok, masa kat sungai last tu, ada yang kata boleh mandi-mandi sini dulu. Nanti campsite kat atas tu jer. Hati ku rasa girang. Horeeeyyyyy…..!!! Aku ngan Amin dah plan nak naik dulu, then baru turun mandi. Plan rahsia nak pasang khemah bagai. Ok cun. Kami pun meneruskan pendakian ke atas. Entah sapa yang kat depan sekali. Amira kot.

DSC01194

DSC01195

DSC01197

DSC01199

Daki punya daki, eh! Nape macam semakin jauh jer ni. Mana campsitenya. Group depan berhenti di depan. Ingatkan nak pasang khemah, rupanya nak keluarkan headlamp. Aduh…! Kena kencing lagi. Trek mendaki tadi pun bukannya macam trek biasa. Macam trek sondol jer.

Dikala cahaya matahari makin malap di Barat, kami masih melangkah mencari campsite di mana. Cahaya  jingga mahatari samar-samar kelihatan dari celahan pohon. Serius cantik. Arghhhhhhh….bila nak sampai nih.

Hujaaaaannnnnnnnn….!!!

Mendaki lagi. 2 campsite lapang kami lepasi. Cerun bukit 90 darjah kami gigih daki. Sang Rembulan mula kelihatan di langit. Tapi………….mana campsite?

“…Oi! Patah balik…..”

“…Oi! Patah balik…..”

“…Apa la korang ni? Mana jalan? Patah balik…”

Kedengaran suara balas dari group jet pejuang, “……jalan sini….jalan sini………”

Pastu geng sini sound lagi…….."….mana? Tak nampak jalan. Patah balik la woi……”

Itulah teriakkan suara yang begitu lantang memanggil group ‘jet pejuang’. Aku yang team belakang cuba meneka suara siapakah yang begitu kuat itu. Terkezut mak dengar. Tetiba ada suara memekik.

Masa tu dah malam. Rasanya sekitar jam 10 malam kot. Dengan trek yang mencanak. Dah la mencanak, sondol plak tu. Memang bukan trek. Aku rasa memang orang depan tu dah marah sangat kot. Tak Abang Man atau Zul yang sound. Hahahahaha…… Kalau aku pun marah. laju sangat depan tu. Huhuhuhu……

Siang tadi aku asyik dengar, “ kita naik atas potong permatang. Pastu sampai la….”. Ada juga ayat, “trek yang kita lalu ni lagi dekat dan cepat sampai”. Tapi sampai la ni tak sampai-sampai.

‘Jet pejuang’ dah kembali ke suara yang memekik tadi. Eh! Awi rupanya kat atas ni. Masa kat atas tu, aku dengar pula Puncak 1208. Owh…! Ada puncak lain ek selain Puncak Bah Gading? Amira dan Yazid datang ke group belakang. Kami re-group sebelum berjalan. Banyak sangat pecahan. Untuk elak kejadian macam tadi, kami re-group. Group depan dah jalan.

Menurut Amira dan Yazid, mereka terpaksa bawa kami ke Puncak 1208. Itu jer yang ditunjukkan oleh GPS. Puncak Bah Gading? Itu esok cerita.

Hampir jam 1.00 pagi kami group akhir sampai di campsite Puncak 1208. Kelihatan sudah banyak fly dipasang bersimpang siur. Kami yang masih berbaki ni mencari-cari ruang untuk memasang fly. Alhamdulillah……masih ada ruang untuk kami. Masa ketibaan kami, ada yang sudah salin baju dan nyenyak tidur.

Pengurusan diri………… Jam 1 pagi lebih, dapur panggil makan. Hmmmmm…….beberapa orang jer yang makan. Perempuan hanya Amy sorang jer. Yang lain semua dah tidur.

Kesimpulan trek hari ni, bak kata Amin, “…owesome…”. Kata Amin lagi, dia memang mahukan cabaran dan cabaran macam inilah yang diingininya.

Itu kata Amin la. Aku plak, “no komen”. Hahahahaha…… Apa pun, walaupun kena overtime, tak rasa stress sangat sebb partner hiking kali ni tidak membosankan. Hahahahaha…… Puncak belum jumpa. Esok kita cerita lagi………

4 comments:

  1. ape pasal gambau kaksha je banyak????? arghhhhh patah balikk!!!!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. "kami re-graoup." Ben, edit.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...