29.4.16

--- Bukit Keluang, Besut ---

Gara-gara viral, kita pun teruja nak pergi naik Bukit Keluang ni.

Bukit ni terletak di daerah Besut, Terengganu. Ketinggian? Hmmmm...sorry. Jujurnya aku tak tahu. Hahahahaha..... Jap nak google.......

Ok dah dapat. Dalam carian tu, ada menyatakan yang ketinggiannya sekitar 200 meter dpl. Hmmmm.....rendah la kan.

Bagaimana treknya? Ok, trek ada dua. Samada nak naik dari sini, turun di sana atau sebalikya. Kalau yang macam aku ni, aku mula dengan trek bertangga. Sikit jer. Pastu trek tanah berakar pokok. Macam ala-ala naik Gunung Lambak, Kluang dan Gunung Arong, Mersing. Tak tinggi pun. Sekejap dah sampai.

Kami mula mendaki  sekitar jam 6.00 petang. Masa pendakian tidak sampai 30 minit.

Honestly kan...aku memang teruja nak naik bukit ni. Sebab gambar-gambar yang viral tu memang macam superb. Ia macam kat luar negara. Tapi kan, bila aku sampai puncak, wow tu tak ada. Hanya sekadar penat hilang jer. Keterujaan nak snap tu agak rendah. Hmmmm.... Biasa la, henset la ni macam-macam filter. But it's ok.

Tapi mungkin sebab aku tak pandai ambil gambar kot. Hmmmm....mungkin.

Pertama sekali sebab jerebu. Aku tak tahu dari mana tapi viewnya tak cantik. Hahahhahahha....

Ini hanya sekadar pendapat. Berikut aku shared beberapa keping gambar yang aku snap semasa berada di puncak. Dan beberapa keping gambar sepanjang perjalanan aku menuju ke Besut.
Perjalanan menuju ke Terengganu memang menerujakan aku. Perjalanan sepanjang persisir pantainya memang sangat cantik. Aku dari Mersing, so sepanjang jalan tu memang lawa.

Kampung Nenasi, Pekan, Pahang antara perkampungan yang menyajikan satu pemandangan kampung persisir pantai yang cantik. Kali ni aku tak singgah sebab nak kejar masa. Kalau aku singgah untuk shoot, kompom sejam lebih. Tapi aku pernah singgah dulu. Lawa beb.

Malam menjelang, aku singgah di Chukai, Kemaman. Singgah jumpa member. Nama komersialnya Adam Collector. Seorang pengumpul kereta mainan. Kemudian, aku berhenti tidur di sebuah masjid di Kerteh. Bangun pagi, layan view tepi pantai.

Hajat di hati nak tengok muvie di Mesra Mall, tapi tidak kesampaian.


Seterusnya RnR Rantau Abang, Dungun. Di sini terdapat satu paya kecil yang dikenali Paya Gelam. Dibina sebuah titi kayu merentasi paya tersebut. Dulu paya ini ada air. Cantik. Tapi kali ni masa aku singgah untuk melihat keindahannya, tidak seperti dulu. Paya ini sudah kering.

Sepanjang perjalanan, kelihatan pokok-pokok menjadi kering dan kesan terbakar. Tak tahu samada terbakar atau dibakar. Kata orang mengaji tinggi-tinggi, ini kesan elnino. Cuaca panas dan kering.




Aku masuk pula daerah Marang. Yes, satu lagi lokasi yang aku teruja nak singgah ialah Kampung Jambu Bongkok. Juga merupakan kawasan kampung persisir pantai. Kampung ini dipenuhi dengan pokok-pokok kelapa yang menjadikan lanskap kampung ini terlalu....................mendalam ertinya. Perkataan zaman sekarang, deep.










Berhenti solat Jumaat di Masjid Terapung, Kuala Terengganu. Adakah ini masjid negeri? Hmmmm...aku not sure. Rasanya tidak. Masjid ni hanya ikon atau trademark jer.

Seterusnya menuju ke rumah member aku, Amin. Kampung dia berdekatan dengan Uni. Malaysia Terengganu, UMT. Bertemu di sana. Aku park kereta di rumahnya. Kemudian naik satu kereta, Myvi Daus.

Sebelum meneruskan perjalanan ke Besut, kami ingin menunaikan hasrat Daus yang mengidam sotong goreng tepung. Tapi masa tidak mengizinkan. Nanti pulang lah k. Tempat lain tak ada sotong goreng tepung ker? Daus nak makan tempat yang paling femes dan masuk JJM, TV3.

Dari Kuala Terengganu ke Besut ni mengambil masa sejam lebih. Tak jauh sangat. Bergantung atas pemanduan dan kesesakan lalu lintas.

Eh!!! Mana Bukit Keluang ni? Korang mesti tertanya-tanyakan? Hmmmm....ok2, nak story la ni. Tadi tu mukadimah.

Ok, tadi aku dah bagitau yang kami start naik sekitar jam 6 petang.

Kaki Bukit Keluang ni merupakan kawasan rekreasi awam. So, petang cenggini memang ramai la orang. Ditambah dengan cuti hujung minggu dan percutian sempena Hari Pekerja. Bukit Keluang Beach Resort dan beberapa hotel lain memang full.

Terdapat beberapa view spot di atas Bukit Keluang ni. Jika cuaca cantik, dapat lihat Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Tapi pemandangan macam berkabus jer.







Menteri pun ada yang minat mendaki



Aku rasa, yang menjadikan bukit ni menarik adalah papan tanda tu.














Jam dah menunjukkan 7 petang lebih. Kami pun bergegas turun. Kedengaran azan berkumandang.

Sampah dengan manusia memang tidak dapat dipisahkan. Bukit Keluang ni juga tidak terkecuali. Pemandangan cantik tapi sampah bersepah-sepah. Siapa yang salah? Of course majlis daerah sebab tak kutip. Pastu alasan lagi, 'kami dah bayar cukai'.

Manuisa sering menyalahkan orang lain. Normal. Hakikatnya, pendaki-pendaki yang tidak bermoral dan beriman yang tidak menjaga kebersihan ini.

Kami check-in di Town of Jerteh. Rakan-rakan dari KL dalam perjalanan. Esok jumpa di jeti.


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...