14.4.16

--- Penjual Tidak Sopan, One Communication ---

Entry ni bertujuan nak story dan shared bagaimana sikap penjual terhadap pelanggan. Bagi aku, kata-katanya sangat tidak sopan walaupun sekadar hanya satu sinisan. Rasanya korang pun pernah alaminya. Mungkin lebih teruk lagi. Kini, pelanggan bukan lagi raja dalam ekonomi. Istilah 'customer always right' dah tak boleh pakai. Malah, pelanggan pula kini dalam situasi terpaksa atau dipaksa membeli. Hmmmm.....


Hari ni aku pergi kedai menjual peralatan radio amatur, One Communication Sdn. Bhd,#onecommunication Shah Alam. Tujuan? Nak beli radio. Bukan radio yang tuk dengar Era, Hitz, Sinar, THR bagai tu. Ni radio untuk cakap punya. Omputih panggil handheld.

Dari luar kedai, kelihatan 3 orang berada di kaunter. 2 lelaki, seorang perempuan.

'Ye encik....', sapa orang kedai.

'Saya nak cari radio.', kata aku.

Seorang budak lelaki, mempelawa aku ke bahagian jualan. Istilah budak bukan beerti dia budak sekolah. Maksud aku, lebih muda dari aku. Lebih rendah dari aku.

'Ok, abang nak beli yang mana? Kalu dari segi harga, ramai orang guna TYT ni', tanya orang kedai tu sambil menunjukkan salah satu model TYT..

'Saya sebenarnya nak cari yang rare. Ada tak?', tanya aku.

'Rare yang macam mana tu bang?', tanya dia.

'Ada tak sini yang jual touch screen?', balas aku.

Sambil terkebil-kebil dan senyum sedikit, dia jawab, 'Saya tak pernah jumpa plak. Model apa ek?'

Perbualan terus berjalan dengan rancak. Aku test semua model kecuali Baofeng dan Motorola. Aku jenis orang mencari model berdasarkan design dan jarang orang pakai. Itu juga yang aku nyatakan pada budak tu.

Ok, dalam banyak-banyak tu, aku berkenan dengan Yaesu, yang waterproof. Sayang sekali model tu hanya single band sahaja. Huhuhuhu.....

Akhirnya, aku pilih TYT UV8000D saja.

'Warranty berapa lama?', tanya aku.

'Owh....ni warranty 3 bulan jer. Yang branded jer warranty 1 tahun.', terang budak kedai tersebut.

'Eh. TYT ni made mana?', tanya aku sedikit terkejut.

'Ni brand China bang. Dia satu company dengan Boafeng. Tapi dalam keluarannya, TYT ni paling kualiti.', jelas beliau dengan panjang lebar.

'Cis!!! Kalau tahu China mari, aku tak beli.', detik dalam hati ku.

'Boleh tak awak test dulu radio ni.', pinta aku pada budak kedai.

'Test yang macam mana ye', tanya dia kembali.

'Test ler samada boleh hantar dan terima signal', kata aku.

Dia berfikir. Kemudian dia tanya minah yang sedang mengadap komputer kaunter sana.

'Frekuensi apa yang available nak test? Nak dengar jer.', tanya budak ni pada minah tu.

'Actually signal sini tak berapa kuat. Dok dalam bangunan ni, lagi la tak dapat. Kalau test kat luar pun dapat tak jelas. Kawasan ni berbukit sikit..........

Aku cross line, '.....cuma test keberfungsian radio ni saja. Tak tahu mungkin alat ni rosak. So tak perlu la saya patah balik..' jelas aku sambil senyum.

Jawab minah tu,'...saya tengok pengetahuan abang tentang radio pun........mmmmm......so actually memang nak test susah.'

Aku lepas dengar dia bagi ayat macam tu, dalam hati macam agak sentap. Tapi aku masih mampu senyum dan mengangguk kepala. Korang perasan tak bagaimana dia jawab? That yang membuatkan aku sirap.

Then aku kata pada budak tu suruh buat bil jer.

Tetiba..... 'cuba test dengan radio satu lagi. Sent mesej pada TYT tu. Guna je apa-apa frekuensi.', kata minah tu.

'Haaaaaaaaaaaaa....itu maksud saya. Uji keberfungsian radio.', tegas aku.

Mungkin minah ni baru faham kot. Lambat pickup. Tak semestinya test nak kena ambil frekuensi yang besar. Simplek pun dah cukup. Dia siap tanya sebelum nak test tu samada aku ada lesen atau tidak.

Dalam hati aku, siapa yang bodoh sebenarnya. Aku sebenarnya masa ni dah 80% nak blah jer. Tak nak beli. Tapi sabar jer.

Mamat tu terus set dan test. Suksess. Buat bil. Masa bil tengah tulis tu, aku rasa macam nak kata tak nak beli dan balik. Biar padan muka. Nanti bil tu suruh minah tu yang bayar.

Aku ucap terima kasih pada budak tu dan balik.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...