9.4.16

--- Salang, Pulau Tioman ---

Ok, datang lagi ke Pulau Tioman. Hihihihi...

08 April 2016

Sekitar jam 6.15 pagi, aku dah beratur di depan kaunter pendaftaran. Kali ni ramai giler orang. Bayangkan, jam 7 pun aku masih dalam line. Barisan seakan tak bergerak. Mana taknya, satu orang beratur, daftar untuk 30 orang.

Kedengaran suara melalui mikrofon dengan sedikit emosi marah memanggil pemegang pass berwarna biru untuk masuk gate A. Tengah stress ke bang...!!! Rileks la...

Dalam masa dok beratur, ada la hai satu group ni dok bising-bising. Sebaik habis mendaftar group tu, bersumpah-sumpah juru kaunter tu. Huihuihui...

Fungsi kaunter ni adalah mendaftar masuk setiap pelancong yang ingin pergi ke Pulau Tioman. Sistem ini dikey-in secara manual ke dalam komputer. Dulu tulis tangan. Ini bertujuan untuk rekod kemasukkan dan bab-bab berkaitan keselamatan.

Ia terbahagi kepada 3 iaitu Tekek, Air Batang dan Salang satu line, Tekek satu line dan Genting, Paya dan Tekek satu line. Pelancong beratur ikut mana kampung yang dia nak pergi.

Kemudian aku berlari pula ke kaunter Jabatan Taman Laut dan Taman Negara Johor. Masing-masing mengenakan bayaran RM5 bagi Malaysia Citizen. Non citizen, RM25.

Kemudian ambil pass dan masuk Gate A dan naik feri.

Dalam feri, ditegur pula oleh seseorang. Eh!!! Areb. Areb is penulis si-kerdil-bersuara.blogspot.com. Yup, blogger tentang dunia hiking yang terkenal tu. Dia juga antara guide yang sedang mencipta nama. Tapi dia agak low profile.

Tak sempat berbual panjang sebab lain-lain tempat duduk. 

Ikut jadual bot, jam 7 pagi gerak. Tapi akibat kesesakan, jam 7.45 baru gerak.



Sekitar jam 9.30 pagi, feri tiba di jeti Kampung Air Batang. Arep turun di jeti sini. Katanya nak diving. Mencuba dunia dalam air pula. Mungkin beliau dah bosan kot dengan dunia politik hiking. Eh!!!


10 Minit berikutnya, baru sampai jeti Kampung Salang, jeti terakhir.






Sesampai di pangkal jeti, pelancong akan di sapa oleh pengusaha chalet dan pakej-pakej aktiviti. Tidak kurang juga yag memang sedang menunggu pelancong yang dah booking diaorang. Bagi yang lebih advance, kat jeti sana dah tunggu dengan moto roda tiga. Mereka nanti akan bawa beg pelancong-pelancong ke chalet.

Ketika aku ditanya, aku jawab, '......nak jalan-jalan dulu tengok tempat.......' Mula sekali, aku jalan belah kanan. Aku jumpa macam-macam resort. Tapi kebanyakkannya tinggal yang harga mahal-mahal. Aku patah balik dan pergi ke hujung balik sana plak.
 

Aku jalan sampai hujung. Resort paling hujung ialah Ella's Place. Bagi aku, yang ni paling terbaik. Bukan terbaik dari segi kemewahannya tapi pantainya cantek dan sunyi. Jauh dari kebisingan. Chalet dia kayu biasa jer.

Aku try tanya kat kaunter, katanya bos pergi Tekek. Nanti jam 12 baru balik. Boleh tunggu kalau nak. Kata makcik yang menjaga kaunter tu. Hmmmm.....ok, mungkin bukan rezeki kot. Nak tunggu macam sejam lebih lagi.

Aku jalan patah balik. Aku putuskan untuk check in di Mutiara Resort. Aku request yang baget punya. Dia menawarkan aku bilik berkipas dengan harga RM50. Aku request lagi untuk depan pantai tu. Dia kata yang seaview RM130 berhawa dingin.

Aku berfikir-fikir lagi samada nak setuju or cari yang lain. Aku tanya last soalan yang akan menentukan samada aku check-in atau tidak. Adakah semua bilik yang seaview berhawa dingin? Jawapannya YES.

Aku pun buat keputusan untuk check-in sini je lah.

Masuk bilik. Buka kipas. Tak pusing plak. Hadooiiiii..... Aku tekan itu ini, ok, dah pusing. Kipas dinding, pusing perlahan jer.

Kat luar bilik kedengaran suara pelancong sedang bising menyatakan air tak ada. Aku pun pergi test. Hmmmmmm....shower tak ada air. Dalam bilik air ada tong besar. Aku tadah air sebelum tidur.

Mengantuk dan zzzzzz......

Terjaga dari tidur. Berpeluh.... Bangun mandi.

Selesai Zuhur, aku keluar jalan-jalan sampai ke jeti. Aku usha semua bilik yang seaview, yup, semuanya berhawa dingin.

Aku singgah makan di Salang Indah Restaurant. Order ice-cream 3 scoop dan nasi goreng kampung tak nak sayur.

Dia mai hantaq ada sayur, aku cakap tak nak. Tukar...

Setlle makan, bayar, RM12.

Bila nampak Salang Indah Resort ni, aku teringat ada satu follower ig selalu promote.

Aku berjalan pulang ke bilik.

Buka kipas, tak pusing plak. Dah la panas. Buka tutup suis....ulang banyak kali, baru pusing. Haish.....

Edit gambar sementara tunggu Asar.



Masa on the way balik, aku snap pic ni.
Mesti ada yang terfikir, naper aku snap pic mamat ni? Mulanya aku tak endah sangat. Tapi, yang membuatkan aku tertarik ialah keterujaan ia berselfie. Dari duduk, dia bangun sampai ke luar laman untuk berselfie. Hahahahaha........

Kalau gadis tu memang sinonim la. Tapi bila lelaki yang macam tu, dia memang opses dengan gambar dia dalam kamera. Hihihihi....

Lepas Asar, aku keluar jalan-jalan lagi. Air pantai dah surut.

Kali ni aku berjalan sampai hujung sana. Time tu matahari dah semakin nak terbenam.

Balik rehat.








Tadi keluar aku tak tutup kipas sebab malas nak jadi macam tadi. Hahahahahaha..... Biaq dia pusing.

Lepas Isyak, aku keluar jalan-jalan lagi. Aku makan malam di Salang Indah ni lagi. Tadi petang aku nampak menu chicken chop dengan harga RM17. So aku memang dah niat nak cuba malam ni. Sebelum tu, aku nak gi jalan jeti jap.

Patah balik baru makan.




Kemudian aku balik bilik dan tidur.
Aku tengah fikir-fikir samada nak teruskan percutian atau nak balik esok. Aku rasa bosan plak kali ni mai Tioman. Dulu aku pergi Tekek banyak aktiviti sampai tak larat. Hahahahaha...


09 April 2016

Bangun Subuh. Baring kejap kemudian keluar layan view depan pantai. Biasa jer suasana. Ok.....balik ke Mersing pagi ni juga.

Sekitar jam 9.45 pagi, aku dengar bunyi feri di jeti. Eh! Jam berapa feri sebenarnya? Check jadual, rupanya jam 10 pagi. Menggelabah aku kemas dan check out. Dari sini aku usha jeti, eh! dah tak ada feri. Aku doa agar bunyi tadi bunyi bot barang tu. Aku berjalan ke pangkal jeti dan tanya, kata makcik tu, kejap lagi feri sampai. Fuuuhhhhhh...!!! Lega rasanya.

Sambil tunggu tu, aku dok tengok makcik tu sedang uruskan pelancong untuk island hoping. Suddenly, aku tersenyum sendiri. Kenapa aku tak terfikir aktiviti ni ek? Adooiiii....!!! Bodohnya aku. Takperlah, nanti datang lagi. Hahahahaha....

Jam dah melebihi 11 pagi, feri baru sampai.

Dalam feri, aku duduk sebelah makcik tadi bersama anaknya. Makcik ni nak hantar anaknya balik Mersing sebab esok sekolah. Dikesempatan itu, aku bertanya pakej island hoping.

Katanya, rate from RM70 hingga RM100. RM70 untuk 3 pulau. RM80 untuk 5 pulau. Pusing seluruh pulau adalah RM100. Perkepala. Satu bot boleh muat 15 orang. Andai datang 2 3 orang jer, nanti dia akan shared dengan pelancong lain. Makcik ni juga menyediakan chalet-chalet. Boleh bawa bincang tuk harga. Andai korang nak tanya apa-apa sebelum datang, boleh kontek nombor dalam kad di bawah.


Feri singgah di jeti Kampung Tekek. Penumpang diminta turun untuk tukar feri. Tiba di Mersing sebelum jam 12 tengah hari.

Tamat...

Kesimpulan trip kali ni, bosan sangat. Hahahahahaha.....takper. Tak selalunya semuanya sempurnakan.

6 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...