31.5.16

--- Hari 3, Pergunungan Gulmarg ---

Hari 1 & 2   Hari 4    Hari 5

Sebelum terlupa dan khayal dalam menulis log ni, saya dengan rendah diri ingin berbanyak terima kasih kepada beberapa individu alam maya (facebook - Imran Idris, Nooriskandar - Insta dan blogger - shizentrip.blogspot.my) yang sudi berkongsi maklumat tentang Ladakh.


31 Mei 2016

Bermimpi. Mimpi tragedi kapal terbang. Kemudian terjaga dari tidur. Owh....aku belum Maghrib dan Isyak. Jam menunjukkan 3.00 pagi waktu India. Subuh jam 3.45 pagi. Tak lama lagi. Better aku solat dulu.

Sambung tidur jap.

Bangun pagi dan buat pengurusan diri.

Untuk info, Srinagar sekarang bersuhu sekitar 11 darjah celcius. Haruslah sejuk. Bagi aku, memang dah sejuk giler. Serius tak tahan.

Breakfast telah disediakan.

Lagi info, guest house yang kami duduki tu sebenarnya rumah owner travel agent, Centre Tour & Travel. So Ramy ni rasanya salah seorang pekerjanya. Makanan ni semua disediakan oleh isteri owner. Lupa tanya nama.

Kadir pun dah sampai. Kami segera menyelesaikan sarapan. Seperti yang telah dirancang, hari ni kami akan ke Pergunungan Gulmarg. Perjalanan dijangka mengambil masa sekitar 3 jam. In shaa Allah.

Perkara yang sinonim dengan Kashmir adalah dikatakan lelaki-lelakinya yang kacak dan wanita-wanitanya yang lawa. Betul ker? Pada permulaannya, aku hanya menganggap ia hanyalah kata-kata mereka yang terlalu obses dengan Kashmir.

Ternyata aku silap. Apa yang mereka katakan adalah benar. Terutamanya kaum wanitanya. Aku sendiri pun agak tergamam apabila melihat sendiri. Menurut Kadir, orang Kashmir berasal dari Parsi. Hmmmmm...ye ker? Hahahaha....



Satu habit di sini, bukan di Kahsmir sahaja tapi di India ialah suka menggunakan hon. Jalan raya memang bising giler. Bukan itu sahaja, mereka juga ada sifat tidak mahu bertolak ansur. Bayangkan nak potong kenderaan dihadapan, berjuta kali di hon nya orang itu. Mereka ni sangat agresif. Entah la. Aku pun tak tahu nak terangkan macam mana.

Kashmir ni sekarang musim panas. Tapi sejuk. Sejuk yang kering. Berdebulah jalan-jalannya. Tapi memang betul, sebelum datang sini, aku mati-mati ingatkan panas sini macam panas di Malaysia. Ye lah, kata summer. Rupa-rupanya panas yang sejuk. Hmmmm...

Kebanyakkan gambar masa ni aku snap dari dalam kereta jer. So ada sesetengah tu agak tak cantik anglenya. But, I'm try my best. Hahahaha...

Turap jalan. Masak tar secara manual





Rumah dia orang sini besar-besar


Polis bersenjata merata tempat

Pemandangan pergunungan bersalji dari jauh


Selain sektor perlancongan, Kashmir juga mengeluarkan padinya sendiri dikenali Kashmir Rice. Suasana sawahnya seakan-akan di Malaysia. Sekali sekala kelihatan sekumpulan wanita dan lelaki sedang menanam pokok padi di sawah. Tidak lupa, sini juga ada teh.



Dulu masa aku pergi Nepal, ingatkan sana jer style kencing tepi jalan. India sini lagilah. Sedang memandu, suddenly Kadir cakap nak kecing. Kami pun ok jer. Kebetulan memang rasa nak kencing gak. Tapi niat tu terbantut apabila kencing tepi jalan jer. Mampu?

Sepanjang perjalanan ini juga kami disajikan dengan pemandangan perkhemahan pelarian. Mmmmm...tak sangka ada pelarian di sini. Di tanya ke pada Kadir, katanya mereka pelarian India sendiri tapi dari daerah yang berlainan. Mereka akan buat khemah di suatu-suatu kawasan.

Sepanjang perjalanan, akan ada beberapa post atau check point di mana setiap kereta yang ingin memasuki daerah tersebut akan di caj. Seolah-olah tol la cenggitu. Tapi dilakukan secara manual oleh manusia. Nanti akan ada roadblock. Time tu la tol dikutip.

Tahu tak apakah keburukan daripada kaedah ini? Paling ketara ialah korupsi dan rasuah.




Dalam perjalanan tu sempat berborak dengan Kadir. Antaranya, tulip. Katanya, tulip only April. Now, tulip tak ada. Huhuhu...







Kadir berhenti di satu post di mana dikatakan semua tour guide ada di sini. Maka berebut-rebutlah yang dikatakan tour guide ni nak bagi servis. Kami langsung tak tahu apa. Pakcik tu terus jer naik kereta. Kadir pun jalan.

Dari tempat parking, pelancong dikehendaki berjalan kaki untuk masuk ke dalam sana. Cantik kawasan pergunung Gulmarg ni. Tapi sedikit berbau. Bau tahi kuda. Hahahahaha..... Takper, bau benda organik. That nature.

Apa pun, cantik kawasan Gulmarg ni.

Boleh naik kuda kalau malas nak jalan ke station





What so special sangat pergunung Gulmarg ni? Citer skit. Haaaaaaaaa....... Ok, tarikan utama pergunungan ni ialah aktiviti ski. Tu je. Sekian. Hahahahahahaha...

So, hari ini, aku dan Daus akan naik gondola untuk ke Station 1. Tour guide kami ada bertanya samada kami nak mendaki atau naik gondola? Kalu mendaki lebih pantas. Jika nak naik gondola, kena beratur 3 jam. Pilihan ditangan kami. Ok, kami pilih untuk beratur 3 jam. Hahahahahaha...

Actually, kami tak tahu suasana pendakian tu macam mana di sini. So pilih gondola je. Pada fikiran kami, pakcik tu saja nak bergurau. Kami pun beratur la. Yes, memang line sangat panjang.

Pakcik guide tu kembali dengan tiket. Kemudian dia suruh kami bergerak ke hadapan. Dalam erti kata lain, potong queue. Terkebil-kebil kami apabila satu keluarga tu macam tak puas tetiba kami potong line. Dia tak sound kami tapi dia sound pakcik tu.

Pakcik tu plak bukan jenis kaki mengalah. Dia pun beta, "ko ada tiket?" (dia cakap dalam bahasa Hindi). Aku faham la sikit-sikit. Asal orang tu nak cakap jer, pakcik tu akan ulang ayat tu dengan tegas. Senyap orang tu.

Ok, aku explain maksud tersirat dalam kejadian ini. Dalam banyak-banyak orang beratur tu, ada yang sudah memiliki ticket dan ada yang belum bertiket. Bukan tak ada tapi belum beli. Dia orang beratur dengan memegang duit sebab nak beli tiket kat depan sana. Tapi, sebenarnya tiket tu kena beli siap-siap kat kaunter sebelah barisan beratur tu jer. Tapi disebabkan semuanya adalah pelancong (walaupun rakyat India), maka mereka tak tahu. Haaaaaaa....ini fungsi tour guide.

Sedang melayan beratur tu, kami perhati jer teletah pakcik guide kami ni. Tetiba dia berperang mulut pula dengan guide muda lain. Hal apa, tak tahu. Aku ngan Daus tersenyum-senyum. Kami kata, yang pakcik ni memang kaki gaduh. Bosan menunggu barisan la kot.

Pergerakan yang slow ni telah menyakinkan kami bahawa betul la kata pakcik tu. 3 jam gak la kena tunggu.

Istimewanya member travel aku ni, Firdaus adalah knowlwdge dia. Dia suka membaca dan suka menonton tv/movie/dokumetari. Dia beritahu aku yang dia ada baca mengenai orang India bahawa orang India ni ada satu sifat. Sifat menyatakan hanya dia sahaja yang betul walaupun perkara itu salah. Bertekaklah macam mana pun, dia tetap nak menang. So, benda ni terbukti dalam kes potong line tadi. Pakcik tu bertekak giler ngan pelancong India tu. Hahahaha...

Ok...selain ski, kawasan pergunungan ini juga menawarkan aktiviti lain seperti berkuda dan ATV.






Ku sangkakan derita beratur akan habis takkala memasuki komplek tu. Rupanya tidak. Dalam tu pun panjang beratur. Huhuhu.... Dalam kompleks ni lagi giler trik potong line. Mmmm..... Bergaduh lagi. Ada satu family tu, memang aku Daus perasan taktik dia. Tapi bila kantoi dengan pelancong lain, gaduh tetap kata dia betul walaupun terang-terang potong line. Memang begitulah kehidupan mereka. Sama macam kat Malaysia dia orang ni.


Teruja dapat naik gondola

Perjalanan menggunakan gondola ke station pertama, tidak memakan masa yang lama. Tak sempat nak tidur, dah sampai. Pemandangan cantik. Cuma pergunungannya berkabus.

Selepas station ini, ada lagi satu station atas puncak bersalji sana. Tapi tak pergi la. Cukup setakat sini sahaja. Menurut pakcik tu, tiket gondola untuk ke puncak sana kena booking awal. Sekarang ni peak season, so dah sold out. Rasa hati macam nak naik gak tapi memikirkan kat station ni pun dah sejuk, takper lah. Hihihihi...







Kat mana puncak K2? Haaaaaaa.......belakang Duas tu ada banjaran yang luas. K2 tu jauh di sana. K2 dalam negara Pakistan. Berkabus, so tak nampak dari sini. Hmmmm...






















Gambar ni bukan sepatutnya macam ni
















Ok, tamat sudah lawatan di pergunungan Gulmarg ni. Owesome giler pemandangan.

Dalam perjalanan pulang, Kadir membawa kami singgah di satu kedai membuat permaidani. Di sini, kami diberi penerangan cara-cara membuat permaidani secara tradisional. Mendengarkan penerangan tersebut, yea, sangat rumit.

Selesai penerangan, mereka cuba pujuk kami untuk membeli. Hmmm....memang taklah. Yang besar tak mampu, dia tunjuk yang saiz kecil. Kami cakap tak mampu. Dia kata boleh bayar secara ansuran. Siap pos ke Malaysia lagi. Hahahahahaha....

Aku berminat gak. Nak kata mahal, taklah sangat. Mampu beli la. Tapi memandangkan kami dalam mode travel, duit pun limited. Maka.......

Tak berjaya menjual permaidani, dia ajak kami ke bahagian cenderahati kayu plak. Arghhhhh...... Pendek kata, mereka akan sedaya upaya pujuk untuk kami membeli sesuatu walaupun kecil. 

Level bawah menjual kain. Pun try pujuk untuk kami beli. Hahahaha......








Kami tidak terus pulang ke guest house, tetapi kami di bawa ke Nigeen Lake. Haaaaaaaa...... semalamkan hujan, so petang ni dia bawa kami ke sini. Lagi pula, ianya dah dalam pakej jalan-jalan semalam. Kira jujur gak la Ramy ni. Hahahahaha....


Sementara menunggu bot atau sampan, berborak dengan beberapa pemilik houseboat. Soalan lazim, asal mana, dah kawin ke belum....bla...bla... Nak beli tak teh Kashmir? Mmmmm.....tujuan mesti nak jual something. Haish..... Dia siap offer untuk tunjuk cara-cara membuat teh Kashmir lagi.

Info menarik lain ialah, katanya ramai orang Malaysia datang sini time winter. Houseboat selalunya full booked that time.

Aku pun bayangkanlah suasana tasik ni takkala dipenuhi salji. Yea.....cantik. Cuba datang time cenggini, rasa-rasa nak duduk tak? Hahahahaha....

Tidak dinafikan suasana petang kat sini agak romantik. Sesuai untuk pasangan bercinta. Kebetulan kami berkongsi bot dengan satu pasangan ni. Siap buat projek lagi u all. Mujur ada dinding. Tapi dengar la. Uncle yang mendayung tu hanya mampu angkat kening jer pada kami sambil tersenyum.

Suasana bertambah romantik dengan cahaya keemasan matahari terbenam sambil menyaksikan Hari Parbat Fort. Tak banyak maklumat yang diketahui melainkan ianya dikatakan markas tentera. Kami ada try minta Kadir bawa kami ke sana, tapi itulah jawapannya.

Menurut kata Daus plak, ia adalah monumen tinggalan kerajaan Monggol.

Info menarik lagi, Srinagar ni dikelilingi oleh banjaran gunung. Atau dalam kata lain ia berada dalam satu lembah atau kawah yang sangat besar. Menurut Kadir, pernah berlaku banjir besar di sini. Seolah-olah laut.





Hari Parbat Fort





















Hari pun dah nak Maghrib. Bot kami pun mula merapati tebing. Korang nak tahu tak siapa lelaki yang dalam bot bersama kami? Inspektor polis. Pernah tak tengok cerita tamil or hindustan jika berkaitan dengan anggota polis? Begitulah takut atau berhati-hatinya masyarakat terhadap polis. Well, ada polis jahat, ada polis baik. Hahahahahahahahahaha...

Ada member mesej tanya pergi tak Stok Kangri? Aku jawab, ok nanti aku masukkan dalam tentatif. Hahahahahaha...sebenarnya ikutkan nak pergi semua. Tapi apakan daya, duit dan masa agak terbatas. Huhuhuhu...

Dinner ready...


Malamnya, kami sempat bertemu dengan owner travel agency aka tuan rumah. Dia plak cuba yakinkan kami untuk booked tiket flight dari Leh ke Delhi atau Srinagar. Hahahahaha.....

Settle borak, kami naik tidur. Besok perjalanan jauh katanya. Zzzzz.... 

"Tak sabar nak lepas dari kaki sedut semua ni", kata Daus. Hahahahahahahahahaha....


Hari 1 & 2   Hari 4    Hari 5

4 comments:

  1. cantik rupanya srinagar ni...

    ReplyDelete
  2. different side of gulmarg...saya ke kashmir december 2018, it's winter time..suhu drop smp ke -13c...winter di gulmarg sgt cantik..stay plak dlm houseboat di nigeen lake...mcm ana sejuknye masa tu??? tuang air dari botol mineral, air di bibir botol tu membeku hahaha...even traditional heater pun kami still pkai 3 lapis baju dlm houseboat tu...sejuk tp pengalaman tu xdpt kat mana-mana...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...