2.5.16

--- Pulau Perhentian final ---

Korang pernah dengar lagu Erra Fazira tak yang bertajuk 'Yang Terindah Hanya Sementara'?

Haaaaaaaa...... Hari ni adalah lastday kat sini. Mesti rasa sayu kan? (Mata tengok ke langit, tangan kat dada)


Epi cakap pagi ni nak naik windmill. Aku ON. Katanya nak wat time laps. Orang seni memang cenggitu. Penuh dengan idea.

Tak banyak yang aku snap kali ni sebab dah banyak kot yang aku snap 2 hari sebelum ni. Takut muntah plak. Asyik gambar kipas dan tangga jer. Snap pic spontan diaorang ni jer lah.









Tak lama kemudian, kami turun. Kami berjalan pula ke Coral Bay. Coral Bay ni pantai belah sana. Berjalan kaki jer. Simpang dia dekaT dengan Ombak Biru Chalet, jika tak salah. Takper, ada signboard.

Jerebu...oh jerebu....






Sepanjang perjalanan menuju ke Coral Bay, terdapat banyak lagi chalet-chalet dan resort-resort yang cantik.

Kami tiba di penghujung jalan yang menemukan kami ke pantai Coral Bay. Sebelah kiri adalah Fatimah Chalet. Yes.....inilah chalet yang disebut-sebut dalam group whatsapp.

Plan asal, kami booking chalet ni. Dah bayar pun deposit. Semua orang gembira.

Tetiba, lagi beberapa hari nak ke sana, dapat mesej yang booking tu cancel. Arghhhhhh.......... Storynya, katanya Fatimah Chalet salah faham tarikh booking kami. So dia dah cancel kami punya. Rasanya macam tak logik sebab tarikh dah tertulis di dalam kertas booking tarikh sekian-sekian.

Kami terpaksa cari lain. Time peak season cenggini, semua chalet dah penuh. Ada tu ada tapi 2 3 ribu semalam punya bilik la. Kami pun terpaksa la ambil pakej camping. Hmmmm..... Alhamdulillah, duit deposit berjaya diperolehi kembali.

Masa jumpa chalet ni, memang berbulu la. Ye la...semua orang dah filling filling dok dalam chalet.

Mungkin ada hikmahnya.

Di samping itu Johan dan Wan nak dive kat sini. Sambil-sambil tu kami breakfast di salah satu kedai.

Menulis blog ni niatnya nak tulis yang baik-baik jer. Nak story tentang keindahan dan kebaikan budaya sesuatu tempat. Tapi kadang-kadang benda yang tak sepatutnya terjadi. Memberi satu tanggapan yang negatif.

Salah satunya kedai yang kami breakfast ni. Untuk aku, seriusly kasar. Intonasi percakapannya sangat-sangat tidak baik. Perempuan plak tu. Bukan itu sahaja, aku selalu perhatikan, ada perbezaan layanan antara orang tempatan dengan pelancong asing.

Mungkin aku salah, tapi itulah yang aku perhatikan.







Time asal bot pulang ialah jam 12 tengah hari. Tapi gogo lanjutkan ke jam 2 kerana risau tak sempat dan memberi masa yang lebih kepada Johan dan Wan untuk dive. Tak nak rushing.

Balik dari Coral Bay, kelihatan Far East dah bangun dari tidur. Hahahahahaha...kesian kena tinggal. Tu la, tidur lama sangat. Sementara nak tunggu jam 2 tu, kami mandi-manda di bawah jeti. Macam-macam aksi. Ti dan Pah, nampak jer gadis tapi aksi tiruk mengalahkan jantan.

Semua happy.

1345 kami dah siap packing dan bergerak ke jeti. Rata-rata semua yang ambil pakej camping kat Aina ni semuanya dah berangkat pulang. Dah kosong pun khemah-khemah.

Pantai juga dah lengang.























Tiba di jeti Besut, buat pengurusan diri. Bersalaman dan bergerak pulang ke destinasi masing-masing.

Aku, Daus dan Merang kembali ke Kuala Terengganu selepas menghantar Ti dan Pah di Kuala Berang. Singgah ambil kereta dan bergerak ke Dapo Pata, kedai hipster di Kuala Terengganu. Minum-minum jer sambil layan liveband. Sedap suaranya. Nape suara aku tak sedap macam tu ek? Hahahahaha... Then sambung perjalanan. Daus dan Am ke Kuala Lumpur manakala aku ke Mersing.


Kesimpulan dari keseluruhan percutian kali ni, bagi 2 daripada 5 bintang. Jika orang tanya aku, ok tak pergi Pulau Perhentian, hmmmmmmm..... pergi tempat lain la.

Ucapan terima kasih kepada Waqih, Far East and the geng atas usaha kalian untuk menjayakan percutian ini. Jika ada salah dan kekurangan dari pihak aku, mohon kemaafan.

Tips sekiranya nextime aku pergi ke Perhentian ini ialah, buat circle. Contoh hari pertama kat sini, esok kat sana. Lusa sana plak. Boleh ke buat macam tu? Boleh sebab ada water taxi. Tapi jangan la pergi time puncak nanti tak dapat chalet plak. Hahahahahaha...

Berapa pakej yang kami ambil ni? RM 160 untuk 3 hari 2 malam. Bot pergi balik. 5 point snorkeling. Tapak khemah.

6 comments:

  1. akhirnya..... selama 2 bulan bergelumang dgn kerja2 yg berlambak2... hari ini dpt le tgok si tuah ni...

    ReplyDelete
  2. nice.... bulan 9 nih ambik pakej aina nih lah.... hopefully boleh jumpa shark...

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf nk tye, mmg mse snorkeling tuh kalau nk bergambor ngan penyu sndri sndri ea... mcm ade bce blog mne ntah kate ade jurugambar siap bagai dpt cd...

      Delete
    2. kalau anda hired tourist guide maybe......

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...