26.7.16

--- Bawa PG ke Teluk Ba'Ai, Pulau Aur ---

23 Julai 2016
Sebaik sahaja aku letak nasi berlauk di atas meja, telefon aku berdering dari dalam pouch. Aku ambil dan tengok. Hmmmm.... "...nombor sape ni? Tak der nama." Terus ku decline. Ni mesti orang insurans. Tak pun kad kreadit. Atau ASTRO. Atau....atau...atau.....benda-benda yang ngarutlah senang cakap.

Aku basuh tangan dan duduk nak makan. Bunyi plak whatsapp. Takder nama juga, tapi tengok gambar macam kenal. Eh...!!! PG ni. Nombor macam yang call tadi jer. Hahahahahahaahha.....terus aku tersenyum.

Dia la yang call tadi tu. Rupanya semalam aku reset henset, so semua nombor hilang. 'Alasan lapuk acap kali nombor tak dipapar pada skrin telefon'.

Ok...sambil makan, kami berchat. Tapi aku tak cakap yang aku tak jawab call tadi. Hahahahaha... takut nanti dia kecik hati.

Dalam borak tu, PG banyak tanya tentang Pulau Aur. Aku pun tak kedekut la nak citer. Bla...bla...bla...bla..... Dia cakap nak pergi pulau.

Akhir sekali, dia akan inform semula kalau jadi. Aku kata, "Ok".

Petangnya, aku dapat mesej dari PG bahwa dia akan ke Mersing malam ni.

Lewat malam......PG mesej yang dia dah sampai area rumah. So aku minta izin member untuk menumpangkan PG kat umah sementara esok bot.




24 Julai 2016
Esok pagi kami bersarapan di kedai feberet aku tepi pantai. Ada seorang member aku dari Pulau Tinggi join.

Sambil bersarapan tu, aku sempat bertanya pada PG tujuan dia nak pergi Pulau Aur. Memang kena interview ker kalau nak ke sana? Yup....wajib. Hahahahahaha...

Ok.... Kenapa nak pergi Pulau Aur?

Jawapan PG, "Saja.....nak cari ketenangan. Mungkin...... Lagi pun memang ada niat nak pergi lama sudah. So mungkin this is time".

Aku kata, "Ok....LULUS. Ko pilih tempat yang tepat. WELCOME TO PULAU AUR". Buku catatan, pen, netbook ada bawa? Tanya aku.

"Nak buat apa?", tanya PG kembali.

"Mana la tahu nak tulis buku ker, cerpen ker, blog ker........", kata aku sambil tersenyum dan ketawa.

Jam 9.30 pagi, kami bergegas ke lokasi bot (belakang Syed Ali). Settle tiket, bot pun bergerak.

Kurang jam satu, kami tiba di Jeti Kampung Teluk Berhala, Pulau Aur. Alhamdulillah....laut hari ni agak tenang.

Aku terus bawa PG ke Bluewater Resort untuk check-in.

"Ada bilik tak bang?", tanya PG.

"Ada tapiiiiiiii....kejap nak check. Minggu ni padat sikit.", kata Abang Wan setelah kami bersalaman tadi.

Sekembalinya Abang Wan, "Ok....ada tapi untuk malam ni. Malam esok tak pasti lagi. So....boleh?"

"Ok....boleh. Berapa untuk satu malam?", tanya PG.

"RM180 untuk semalam.", jawab Abang Wan sambil tersenyum.

Bukan kata PG, aku pun Wow!!! Mahalnya. Bulat mata PG. Hahahahahahaha......aku ingatkan dalam 80 hingga 120 ringgit.

Untuk hari ni, aku biarkan PG rest dulu dan mencari ketenangan yang dicari. Jangan ganggu.

24 hingga 25 Julai 2016, PG hanya berlegar-legar di sekitar Kg Telok Berhala ini sahaja.

26 Julai 2016

Setelah 3 hari mereput di sekitar sini, pada petang tu, aku bawa PG ker Teluk Ba'Ai. Jom...






















Untuk sampai Ba'Ai, perlu melepasi Pahanan Resort dan Batu Kembar Resort. Laluan berkayu selepas Pahanan Resort agak teruk keadaannya.

PG ada bertanya, kenapa jambatan berkayu ini sudah uzur? Jawab aku, dia pun macam manusia gak. Mungkin dia fikir apa gunanya lagi aku jika aku sudah tidak boleh berkhidmat pada manusia. Baik aku mereput.

Lebih kurang 3 tahun lepas, Batu Kembar Resort ni sangat aktif. Tapi selepas ada sedikit masalah dalaman, perlahan-lahan tidak lagi beroperasi. Ditambah lagi dengan beberapa undang-undang taman laut ini. Wallahualam....detailnya aku tak pasti.




Bekas pelantar Batu Kembar Resort






Alhamdulillah...kami berjaya melepasi cabaran titian reput dengan selamat. Hahahahahaha..... Kini kami di Ba'Ai Resort. Keadaan resort ini juga kelihatan usang. Aku pernah sampai sini dulu dikala resort ini sentiasa full dengan pelancong setiap kali hujung minggu.

Entah apa masalahnya, kini ia terbiar.


Bot TLSI sedang beraktiviti diving








Masa amat mencemburui kami. Kami bergerak pulang ke Teluk Berhala takkala jarum jam menghampiri 6.30 petang.

Owh....mungkin ada yang tertanya-tanya, awat la banyak gambar belakang jer member ku ni. Hahahahahahahahahahahahahaha.......sebelum nak jawab, aku gelak dulu. Hahahahahahahahahaha...

Actually...ada jer gambar-gambar muka member aku ni, cuma member ku ni minta agar tidak di up. So sebagai menghormati permintaannya, aku tak up la. Bukannya apa, selain member ku ni bersifat pemalu, dia sebenarnya dalam mode MENCARI KETENANGAN. So dia tak nak sebarang aura benda-benda media sosial ni. Dalam erti kata lain, kembara rohani. Muahahahahahahhahaha.....

Tapi korang tak perlu gusar berkaitan gambar muka member ku ni. Dia tak hensem sangat. Soooooo........kahkahkahkahkah......... (gurau jer).







On the way balik, aku cakap, aku akan cuba bawa dia ke atas melihat rumah-rumah orang pulau sini.

Sambungan ...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...