27.7.16

--- Bawa PG melihat rumah-rumah penduduk Pulau Aur ---

Seperti yang dijanji semalam, petang ni, aku bawa PG berjalan-jalan melihat persekitaran kampung dan rumah penduduk di sini. Geografi pulau ni membukit. So rumah-rumah penduduk atas-atas bukit. Kena mendaki sikit la. Hahahha.... Takper, member aku ni budak outdoorian. No hal baginya.

Tak ada yang menarik sangat kecuali suasana kampung di pulau. Kata PG, kawasan sini mengingatkan beliau pada kampung halamannya di Kelantan. Kampung belah ayahnya.

Owh, boleh kecek Kelate la? Hihihihi.... Boleh la sikit-sikit.

Jangan cakap tak pernah tengok lembu plak



Sambil jenjalan tu, PG sempat bertanya, apa punca rezeki orang kampung sini?

Aku jawab, dia orang tangkap ikan dan bubu. Tapi sejak setahun yang lepas, diaorang dah tak boleh menangkap ikan di sekitar berdekatan pantai. Bubu pula diharamkan. Penguatkuasa akan memotong tali bubu jika kantoi.

Macam terkejutkan? Tapi itu apa yang aku dengar la. Nak kompom kena tanya pihak yang berkenaa.

Tapi aku sempat berkata, bahawa kita tak boleh salahkan penguatkuasa taman laut 100% kerana mereka hanyalah pekerja biasa sahaja.






Seterusnya aku bawa PG ke persisir pantai.






Waktu Maghrib, PG berkata samada aku nak pergi masjid atau tidak? Kalau nak pergi, pergilah dulu, katanya kepada aku.

Aku kata, tak. Jarang Maghrib di masjid. Tapi memandangkan ko dah tegur dan ajak, maka takkan la aku nak menolak. Hihihihihihi....

Pada sebelah malamnya, aku sambung story dan menunjukkan gambar-gambar sepanjang aku di Ladakh, Kashmir. Dia berasa sangat kagum dan berazam untuk ke sana one day.

Selain mencari ketenangan di sini, PG ada misi sebenarnya. Tapi rahsia la. Antara aku ngan dia jer. Sesiapa free, jom follow. Hahahahaha.....trip baik punya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...