28.7.16

--- Bawa PG ke Teluk Sebukang, Pulau Aur ---

Jom......sekitar jam 4 petang lebih, kami dah bersiap-siap untuk berjalan ke Teluk Sebukang.

"Wow! Cantiknya kawasan ni.", kata PG takkala tiba di satu kawasan rumah.

"Ada duit ker nak beli?", tanya aku dengan pantas.

"Perghhhh.....best dow kalau dapat buat rumah kat sini. Buat homestay kepada mat salleh yang dah pencen.", kata PG lagi.

Lebih kurang 10 minit melayan suasana tenang kat situ, kami meneruskan perjalanan.

Trek dari Teluk Berhala ke Teluk Sebukang ini adalah laluan bersimen. Ada yang sudah rosak dimamah usia. Ada juga batang-batang pokok kelapa yang tumbang merentangi laluan. Ranting-ranting pokok berduri turut menjadi cabaran laluan petang ini.

Dari celahan pokok-pokok kelapa, dapat dilihat Pulau Lang.

Cuaca akhir-akhir ini agak berangin kencang. Langit tidak biru sepenuhnya.




15 minit berjalan, kami sudah nampak jeti Teluk Sebukang dari celahan rimbunan pokok-pokok.

Alhamdulillah...kami selamat tiba.




Dari jauh kelihatan Mak Su dan Pak Manap sedang berehat-rehat di pondok di depan chalet mereka.

Sambil tersenyum, kami mengucapkan salam dan bersalaman. Kami berborak seketika sebelum meminta izin untuk ke hujung jeti.

Di Pulau Aur ni terdapat 3 jeti. 1 jeti batu dan 2 jeti kayu. Jeti batu seperti diketahui di Teluk Berhala. Jeti kayu pula di Teluk Sebukang ini dan satu lagi di Teluk Meriam. Teluk Meriam adalah teluk selepas teluk ini. Namun begitu, jeti Teluk Meriam telah uzur dan menunggu masa untuk dibaham air laut.

Jeti Teluk Sebukang ni walaupun kelihatan uzur, tapi hakikatnya ia masih kuat walaupun ada bahagian-bahagian jeti tersebut bergoyang ketika berjalan di atasnya. Hihihihii......

Tak mandi laut? Aku memang tak la. PG mungkin. Tapi time ni tidak la sebab kelihatan agak berbahaya. Laut agak bergelora. Pasti arusnya kuat.

Ada chalet tak sini? Haruslah ada naaaaaakkkkkk........ Selain Dayang Resort dan Bluewater Resort, Sebukang Resort ini antara yang aktif menerima pelancong. Semoga resort ni tidak menerima nasib yang sama seperti Ba'Ai dan Batu Kembar. Huhuhuhu...























Laluan menuju ke Teluk Meriam






Acah-acah LOVE di hati


Tulang mamalia dolphin



Jam 6.45 petang, kami sudah tiba di Teluk Berhala semula.

Pada malamnya....

Sedang berborak, PG bertanya, "Masjid pulau ni azan setiap kali masuk waktu tak?"

Jawab aku, "Tak lah. Maghrib dan Isyak jer. 3 waktu lagi tu jika ada orang kenamaan atau pegawai-pegawai. Jika terdengar azan pun, orang luar yang azankan."

"Oooooo....aku kalau kat JB ni, hanya sempat solat kat Petronas jer. Tak sempat nak jemaah di masjid. Ye lah, kijer jumpa client ni tak tentu masa.", cerita PG.

Sayunya cerita PG.

Sebelum tidur, PG layan tv Just for Laugh. Terkikik dia gelak.

Sambung...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...