Lepas aku jalan-jalan pekan Gopeng yang tak sebesar mana ini, aku lepak kat masjid. Solat Zuhur...pastu lena. Terjaga. Tengok whatsapp. Takder apa-apa update kat group Paru Paru. Hmmmm....tengok jam. Dah melewati jam 2 petang.
Aku saja mesej kat group kot-kot ada respon. Mmmmmm.....hampa. Sambung tidur.
Sekitar jam 2.36, ada mesej kat group oleh Abg Lan, gogo Peparu. Rasa happy.
Jam 3.30 petang, dapat arahan supaya follow map yang diberi sebab mereka berkumpul di sana.
Actually mereka rafting pagi tadi sebelum meeting. Aku tak join raft sebab fobia air sejak kes lopek hampir karam kat Pulau Aur tempoh hari. Huhuhuhu..... Ni fobia kedua aku selepas kejadian flight masa ke India hari tu.
Alhamdulillah...selamat sampai dan berjumpa dengan rakan-rakan line up Paru Paru. Selepas bersalaman dan order makan, meeting pun dimulai.
Abg Jept memulakan bicara aluan. Kemudian bertukar kepada Abang Lan sebagai Ketua Ekspedisi. Berikut antara butiran yang dibincangkan, dikongsi dan perlu diketahui oleh peserta :
- Elakkan tidur di open area. Maksud kata, semua orang akan tidur dalam tent bagi mengelakkan hypothermia. Tent disediakan.
- Pakej RM1700 is cover transport (not flight), porter, permit.
- 2 orang untuk 1 porter. Jumlah semua 7 orang porter.
- Paru Paru bukan komersial trip or place.
- Hutan Hujan Terpanjang di Asia.
- 1 hari pendakian lebih kurang 9 - 10 jam. #wow...!!!
- Perjalanan dari airport ke basecamp mengambil masa 19 - 20 jam perjalanan darat. #amazing
- Trip ni ada sponsor. In shaa Allah. Doa-doakan. Dalam usaha Abang Lan.
- Paru Paru Dunia ni sangat bagus for your profile atau achievement sebagai pendaki.
- Abang Lan ada menerangkan check point yang bakal dilalui. Tapi aku malas nak tulis sebab tak tahu. Hahahahaha.....google sendiri je lah k.
- Pendakian ini sangat-sangat menguji ketahanan mental dan fizikal. #akudahrisau.
- Flora dan Fauna yang bakal ditemui dalam trip ni sangat-sangat wow.
- Kamera WAJIB. Hahahahahahahahaha...... Bateri pandai-pandai la nak buat macam mana. Nak bawa 10 powerbank ka.....solar ka.......
- Antara keunikan Paru Paru Dunia, setiap puncak ada sumber air. Maka jangan risau. #lega
- 21 Nov akan ada sidang akhbar berkaitan trip ni. #waaaaaaaaaaaa
- List keperluan barang trip, sila rujuk dalam group.
- Antara gelaran yang diberikan 'Negeri Serpihan Syurga' atau 'Negeri Seribu Gunung'.
- Kasut paling sesuai ialah KASUT GETAH.
Ok....sebenarnya aku tak kenal Abang Lan ni. Trekking bersama kompom la tak pernah. So this is first meeting. Walaupun aku tak kenal tapi selepas apa yang beliau kongsi dan dan bentangkan tentang trip ni, boleh agak yang beliau bukan sebarangan orang dalam dunia hikking ni. Mean ada ilmu la. Haaaaaaaaaaa....... Mungkin dia sebaris dengan Abang Deno. Tengok pic bawah ni. Tu antara kejayaan yang pernah beliau lalui. Korang ada pernah masuk majalah cenggini? Haaaaaaaaa.....tak pernahkan. Hahahahahahha..... Siap jadi cover majalah lagi ok.
Sekitar jam 6.30 petang, kami pun bersurai.
"Walaupun semua gunung tertinggi dalam dunia ni berjaya didaki, itu bukan bermakna semua bukit-bukit kecil dapat ko tawan" abang Lan.
No comments:
Post a Comment