1.12.16

--- XPDC Trans Paru Paru Gunung Loser, Hari 2 ---


Hampir 2 jam lebih perjalanan dalam Kijang dan van turbo, kami mula memasuki Blangkejeren. Yudie membawa kami singgah minum kopi di sebuah kedai ala-ala hipster. Menurut Yudie, di sini terdapatnya kopi Gayo asli.

Apa itu Kopi Gayo? Hmmmm....ok aku terang sikit. Kopi Gayo ni merupakan produk asli dari penduduk Gayo Lues. Ia dihasilkan secara tradisional. Selain kopi asli, kopi ini juga terdapat dapat bentuk campuran.

Jarum jam dah menunjukkan jam 12 tengah malam ketika kami sampai di kedai kopi ini. Kami lepak hampir sejam menikmati kesedapan kopi Gayo Lues.










Kami meneruskan perjalanan ke rumah penginapan pendaki. Turunkan barang, setting tempat tidur. Semua orang kepenatan. Suasana agak sejuk. Jam telah menunjukkan jam 2 pagi. Zzzzzz....
.
.
.
Bangun pagi untuk Subuh dan pengurusan diri. Masa ni mandi pun tak berani sangat sebab airnya sejuk. Wuduk jer dulu. Nanti matahari naik sikit baru mandi.

Pagi itu kami dikunjungi oleh beberapa orang kampung. Abang Lan memperkenalkan mereka bahawa mereka adalah potter-potter yang bakal menyertai xpdc ini. Selain itu, mereka ini datang berkunjung kerana mengenali Abg Lan di mana ada diantara mereka pernah bersama beliau dalam pendakian solo ke Loser Leuser dulu.

Sambil itu mereka juga berkongsi-kongsi cerita tentang trail yang bakal ditempuhi esok. Kata Yudie, jangan cerita yang enak enak dahulu. Cerita saja yang susah susah. Hahahahahahaha....

Selain bercerita tentang gunung, bapak-bapak poter turut menceritakan tentang perspektif negatif Aceh. Ternyata apa yang kami alami sendiri, Aceh aman aman sahaja. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa Aceh dulu pernah bergolak dalam proses menuntut kemerdekaan dari republik. Mereka sendiri pernah berda dalam zaman tersebut dan pernah mengangkat senjata. Itu cerita masa dulu. Kini dah berubah.

Kata mereka lagi, jangan percaya bulat-bulat pada cari google. Datang dan rasai sendiri Aceh.

Perkara baik dalam trail menuju ke Loser ialah TIADA PACAT.




Tengah rajin mencatit

Pak Udin Cukim



Mr. Happy Happy

Mr. Jali

Penginapan


Selesai di rumah penginapan, kami berjalan pula ke rumah Mr. Happy Happy. Pekena kopi gayo. Then, kami ke rumah Mr. Jali pula. Di rumah Mr. Jali penuh dengan gambar-gambar, buku dan video tentang Loser.

Loser bukan tentang ketinggi tapi jauhnya trail untuk sampai ke sana...!!! Hanya ada satu jalur.








Saintis daun



Kemudian kami dikunjungi oleh Kepala Dinas Parawisata Kabupaten Gayo Lues. Bersama beliau adalah wartawan. Secara detail aku tak pasti wartawan dari tv atau akhbar atau majalah mana. Kelihatannya mereka ingin merakam dan mendapatkan beberapa maklumat. Daripada perbincangan mereka seakan-akan ada perkara yang rumit dari segi sistem pengurusan di sini. Hmmmmm.....

Dalam pada itu, Abang Lan seakan-akan berjaya meyakinkan pihak itu agar dapat mengeluarkan sijil bagi setiap pendaki Loser.
















Antara agenda hari ini ialah membeli bahan mentah atau logistik. Dalam pada Abang Lan sibuk dengan pihak wartawan dan pengurusan, kami yang lain terutamanya Abang Jept risau akan bahan-bahan mentah terutama makanan. Setakat yang ada sekarang cuma ikan kering sahaja. Ikan kering ini dibeli dari Malaysia. Tujuan ikan kering ini adalah ration tambahan atau kecemasan.

Benda ini telah kami mesyuarat bersama Abang Lan sendiri. Kami bersetuju akan keluar ke pekan untuk membeli barang-barang ration pada sebelah petang. Sekarang masih lagi menyelesaikan masalah-masalah berkaitan poter dan guide.

Selepas beberapa jam, Abang Jept kembali ke rumah penginapan dengan membawa berita. Kami di minta oleh Mr. Jali untuk menambah 2 orang lagi potter. Dari 5 potter menjadi 7. Di samping itu, kami juga perlu menambah kos. Abang Jept minta kami RM100 seorang. Duit Malaysia ok.

Total terbaru, 2 guide ( _______ & Yudie), 13 peserta dan 7 poter = 22 orang

Menjelang petang sedikit, kami pun menuju ke pekan atau mall untuk membeli barang-barang logistik. Selain logistik company, boleh juga beli untuk individu masing-masing.

Kesempatan keluar ke pekan, digunakan sepenuhnya. Ada yang mengisi perut dengan bakso dan pisang goreng. Lapar katanya. Walhal kat rumah Mr. Jali dah makan. Hmmmm...


Tak pasti ni dari mana



Nak beli barang pun macam gengster

Keperluan atau logistik company diuruskan oleh Abang Lan kerana semua duit telah diserahkan kepada beliau. Dalam meeting di Malaysia, beliau turut mengatakan yang segala logistik akan diuruskan oleh beliau. So.....mudah la kami.

Dalam pada itu, kami turut membeli makanan untuk sendiri-sendiri seperti indo mee, gas, minuman 3 in 1 dan lain-lain.

Kelihatan Abang Lan dan Yudie sedang bertungkus-lumus memasukkan biskut dan indo mee ke dalam troli. Waaaaaaa.....banyaknya. Katanya, satu pek biskut ini kongsi 2 orang. Min ada tanya pada Abang Jept, kita makan indo mee dan biskut jer ker? Abang Jept kata, biarlah diaorang uruskan. Jangan kacau. Hihihihi...

Kami pulang selepas selesai membeli belah. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di beberapa kedai untuk membeli beras.


Malam itu selesai makan di rumah Mr. Jali, poter--poter telah datang ke rumah penginapan untuk pecah ration. Sebenarnya masa situasi tu, aku tak peduli sangat sebab tengah pening beg tak muat dengan barang. Barang sendiri pun dah tak muat, ditambah lagi dengan beras company. Barang company hanya beras jer. 'Yang lain', poter bawa. Yang lain tu akan korang tahu pada episod-episod klimaks.

Aku ada la up gambar biskut ni kat ig, then member ku komen, "...makan biskut jer ker trip?....."
Aku jawap, "....tu jer mampu...." dengan niat bergurau dan berseloroh.




Untuk info, selepas selesai membeli ration company, ketika itu kami dah di rumah penginapan, Husin Kecil ada menyatakan bahawa jumlah beras tidak mencukupi. Masa tu perbincangan dengan Abang Jept. Aku dan beberapa rakan lain turut ada. Abang Jept setuju untuk menambah beras.

Sebaik sahaja poter pulang, kami pula sibuk packing beg kami. Mengasingkan barang yang nak bawa dan nak tinggal. Power bank caj cukup-cukup. Kemudian sleep...

Ok, sebelum aku tamatkan episod dua ni, aku nak baling belakang sikit menceritakan bagaimana terjadinya xpdc ini. Korang ada masa tak nak baca? Kalu sibuk, aku tak nak tulis. Hahahahahhahahahahahaha.....

XPDC Paru Paru ni bermula sebagai perbincangan terlebih dahulu. Idea tercetus apabila Abang Jept jumpa Abang Lan (turut dikenali Aslan P.C.P) di Kathmandu. Masa tu Abang Jept dan Min on trip ABC. Then diaorg Abang Jept dan Min komplot untuk buat trip. Balik Malaysia, terus war-warkan pada teman-teman melalui whatsapp. Beliau create whatsapp group membincangkan hal ini. Bincang untuk mendapatkan pandangan.

Aku mendapat invatation dalm group untuk bincang tentang Paru Paru ni. Seriusly, masa tu aku mute jer group tu. Memang tak cakna langsung apa yang diaorang bincang. Aku dok ingat Paru Paru Dunia tu saja nama yang dicipta untuk trip. Lagi satu tempoh trip yang terlalu panjang membuatka aku fikir banyak kali. Hahahahahahahaha.....entah macam mana satu hari, aku google Paru Paru Dunia. Eh! Ada maklumat. So baru aku tahu yang Paru Paru Dunia tu wujud. Hahahahahahahahaha..... Dalam Paru Paru Dunia tu ada dua puncak iaitu Loser dan Leuser sepertimana yang Abang Jept shared. Setelah beberapa lama aku dok tengok dalam group dan beberapa nama line up, barulah aku bagi tau Abang Jept yang aku nak join. Hihihihihi.....

So...masa berganti masa. Dari hari ke hari, kami semakin rapat dengan tarikh pendakian. Aku tak tahu la bagaimana perbincangan antara Abang Jept dan Abang Lan waktu awal-awal dahulu. Apa yang aku faham la, Abang Lan dilantik sebagai leader (pemudah cara) xpdc kerana beliau yang pernah ke sana. Abang Jept still gogo kerana dalam group, beliau yang banyak mengkoordinasi segala urusan. Abang Lan lebih kepada pengurusan dengan pihak seberang laut. Mungkin la. Aku teka jer. Dalam group pun Abang Lan tak banyak sangat bersuara kecuali sekali sekala muncul. Yang aku perasan Abang Lan kerap muncul selepas meeting Gopeng. Dia ada post gambar spegatti. Katanya nak buat menu di Paru Paru nanti. Selain tu masa nak jual jacket-jacket.

Abang Jept pernah merajuk left group dan tarik diri apabila pengurusan kewangan dari perserta gagal dipatuhi. Dia tegas dalam hal ni kerana tidak mahu buat kerja last minit. Selain itu, Abang Jept nak serah jumlah duit 11 orang kepada Abang Lan sebelum berangkat. Untuk rekod, Abang Jept mengumpul duit kos ground bagi 11 orang line up. Setiap orang perlu bayar RM1700. Jumlah ni cover semua kecuali makan on the way ke Aceh dan pulang ke Medan. Dari jumlah RM1700, menjadi RM1800.

11 orang x RM1700 = RM 18700 = Rp 56216791.25

11 orang x RM100 = RM 1100 = Rp 3,308,052.37

Total = Rp 59,524,843.6

 ...bersambung

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...