Masa untuk balik. Kami check out sekitar jam 8.30 pagi waktu tempatan. Rasa sedih nak tinggalkan Thailand? Hmmmm...tak rasa apa-apa pun. Hahahahaha.... Am dah tak sabar nak balik. Sepanjang trip selsema jer. Memang susah la nak bawa travel jauh lepas ni. Aku dah suruh dia makan bawang tempatan tapi katanya tak selera.
Dari Phuket, kami terus navigate ke Hatyai. Daus bagi cadangan untuk balik melalui Hatyai. Katanya nak singgah pasar yang jual makanan eksotik. Makan ulat dan serangga.
Perjalanan mengambil masa yang sangat panjang. 6 jam lebih jika tak salah.
Setibanya kami di Hatyai, pasar yang dikatakan tu tak buka plak hari ni. Aku dah rasa selamat. Hahahahhaha.... Tanpa membuang masa, kami meneruskan perjalanan menuju ke Imegresen Bukit Kayu Hitam. Ketibaan kami dah Maghrib. Agak ramai juga kenderaan di pintu sempadan ini.
Hajat untuk singgah di Port Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam tidak kesampaian. Nak beli cenderahati buat member. Dah tutup.
Kami meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.
Alhamdulillah, sekitar jam 3.30 pagi, 23 Mac kami tiba di Kuala Lumpur. Pagi itu, kami tidur sahaja di rumah Am. Paginya baru aku balik ke Putrajaya manakala Am dan Daus ke tempat kerja masing-masing. Happy Ending. Hahahahahahahahahahaha.....
Tak ingat resit mana
Satu benda nak shared dengan korang. Satu apps yang membantu sekiranya kita travel dengan prinsip 'tong-tong'. Apps ni namanya Travel Money. Boleh jer download di google play. Menariknya apps ni, ia membantu kita dari segi penyelarasan setiap wang yang dibelanjakan. Siapa yang belanja, just masukkan butiran. So nanti dia akan kira berapa rakan-rakan lain perlu bayar pada kita. Begitu juga jika rakan-rakan lain yang mengeluarkan duit, apps ni akan kira berapa pula kita hutang. Maka tak perlulah kita nak keluarkan kertas buat kiraan. Apps ni didatangkan dalam pelbagai tukaran matawang. Tak perlu bimbang.
Contoh, jika kita berbelanja dalam mata wang Rusia, dah ada. Then selepas 3 hari, korang berjalan pula ke China. Just ubah mata wang semasa. Mata wang Rusia tidak akan terjejas kerana dia dah kira. Boleh campur-campur. Hahahahahahahaha.....very the easy. Korang boleh cuba kalau tak caya.
Suka aku pada apps ni adalah kerana aku boleh jadikan rujukan dalam travel log. Di situ boleh rujuk tarikh dan jumlah keseluruhan kos travel kita. Hihihihi....
Suka aku pada apps ni adalah kerana aku boleh jadikan rujukan dalam travel log. Di situ boleh rujuk tarikh dan jumlah keseluruhan kos travel kita. Hihihihi....
No comments:
Post a Comment