Hmmmmm....agak kesiangan juga kami pagi ini. Ye lah......sini awal satu jam dari Malaysia. Tapi takpa, bukannya sengaja. Kami pun bangun dan buat pengurusan diri seperti biasa.
Destinasi kami hari ini ialah Phuket. Tapi sebelum itu kami ada satu tempat yang ingin kami tuju. Hihihihihi.....
Untuk itu, check-out lewat skit dalam jam 9 pagi. Selepas check out, kami terus memandu menuju ke Tubkeak National Park. Kami membuat pendaftaran dan kemudian kami mendengar sedikit taklimat dari pekerja taman tersebut. Katanya mesti turun sebelum jam 6.
Kami pun memulakan pendakian. Tak ramai pendaki hari ini. Cuaca baik sahaja. Trek juga tidak sukar. Cuma agak panas. Hihihi...
Jalan 10 langkah, update.........
Ada papan tanda di persimpangan bagi memudahkan pendaki
Kami selamat sampai dipuncak. Pemandangan agak berkabus. Tapi ok la
Di puncak ini ada satu batu yang agak gerun. Tenagok dalam gambar. Aku memang takkan pergi situ. Biar la jadi juru ambil gambar jer. Disebabkan melihatkan kami yang begitu ceria, ada beberapa mat salleh menyuruh aku mengambil gambar mereka.
Ada satu couple ni, awek dia seksi sangat. So....aku tak up kat sini. Hahahahaha....
Kami lapar maka cari kedai halal untuk makan. Alhamdulillah dengan bantuan seorang awek, dapat jumpa kedai halal. Kedai makan ni nice juga sebab tepi pantai. Dekonya nampak macam ekslusif.
Hujan turun dengan begitu lebat ketika kami sedang menunggu makanan tiba.
Masa on the nak turun tu, Am ada tegur satu pendaki dari France. Tetiba Daus mencelah dan dia plak yang rancak berborak. Am terus hilang dalam perbualan itu kerana mereka berdua bercakap dalam bahasa France. Kesian Am......
Firstime aku dengar Daus berbahasa France. Lancar rupanya dia bercakap.
Selesai makan, kami meneruskan perjalanan menuju ke Phuket. Kami tiba di Phuket waktu malam.
Check in di Meeting Room Hotel. Kami menggunakan aplikasi Agoda jer.
Selesai check in dan buat pengurusan diri, kami keluar makan di Phatong. Ada satu perkara yang membuatkan aku hairan adalah apabila kebanyakkan hotel bagi tingkat atas pada pelancong walaupun hotel tak penuh. Bukan sini jer, kat Malaysia pun sama.
So....kadang-kadang kalau aku check in aku akan cakap, saya nak bilik bawah. Hmmmmm......
Zzzzzz.....
No comments:
Post a Comment