30.9.17

--- Kejohanan Liga Paintball TaHa@U 2017 ---

Event ni aku tak banyak info sangat. Nak goreng-goreng pun agak terbatas. However, I'm try my best ok. Of course aku bukan official photog this event. Diaorang dah ada seorang yang more experience with more excellent tool. Aku datang ni pun just kebetulan.

Junior-junior ni ada mesej ajak makan-makan. Aku yang dalam perjalanan dari Putrajaya nak ke Selatan, singgah la di UiTM Seremban. Aku memang kalau ajak-ajak makan ni jarang la nak tolak. Apatah lagi kalau ada yang nak belanja. Memang laju la. Rupa-rupanya ada event paintball. Ternono den. Hahahahahaahahha.....

Ok...salam-salam dulu dengan para peserta paintball.

Aku ringkaskan cerita, nama event ni ialah Kejohanan Liga Paintball TaHa@U 2017. Event ini ditaja oleh Tabung Haji. Penasihat atau consultant pula ialah Ideal Pro Event. So consultant ni la yang akan menyediakan bunkers, mask, makers dan semuanya berkaitan paintball kecuali pakaian.

Event ini disertai oleh ipta-ipta yang berada dalam Zon Selatan, iaitu Melaka, Johor dan Negeri Sembilan. Diadakan di padang UiTM Seremban, Negeri Sembilan. Orang pertama yang aku cari untuk dapatkan maklumat ialah saudara Arif Fikri bin Mohd Aminuddin. Beliau adalah Exco Paintball bagi Kelab Rekreasi dan Sukan Ekstrem UTeM 2017/2018. Menurut beliau, untuk tournament ini, KeReX menghantar 6 pasukan. Berikut adalah senarai pasukan yang disebutkan. Mereka adalah yang terbaik dalam kalangan terbaik.

  • UTeM Paintball 1
  • UTeM Paintball 2
  • UTeM KeReX Paintball 1
  • UTeM KeReX Paintball 2
  • UTeM KeReX Paintball 3
  • UTeM Suicide Squad
Ditanya kenapa sampai 6 pasukan, katanya ini ialah strategi. Wow....... So tentang strategi, aku pun tak tanya banyak sangat sebab itu rahsia. Hikhikhik.....

Seperti biasa, setiap pasukan dikehendaki mendaftar di meja urusetia terlebih dahulu. Disamping itu, ahli-ahli lain masuk ke padang untuk ambil mode.  Dalam masa yang sama, pihak Ideal Pro Event sibuk menyediakan peralatan agar dalam keadaan terbaik apabila acara bermula nanti.



Bincang pasal strategi ker?


Ambil mode

Feel the spirit





Berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar idea



Seterusnya adalah taklimat oleh pihak consultant. Mereka akan menerangkan peraturan-peraturan game. Do and don't. Paintball ni memang game yang menyeronokkan tapi tidak boleh ambil ringan dari segi peraturannya kerana ia melibatkan keselamatan. 2 peralatan yang paling penting ketika berada di dalam game zone is marker dan face mask.

Marker merujuk kepada alat untuk menembak atau membidik pihak lawan. Alat tersebut seakan-akan senapang. Menggunakan tekanan angin untuk melepaskan pallet. Face mask pula adalah untuk melindungi anggota yang terdapat dibahagian muka. Kenapa? Kerana pallet boleh membutakan mata jika terkena. Gambar dibawah menunjukkan kesan pallet pada badan pemain. Kalau kesan pada badan pun dah macam ni, cuba bayangkan jika terkena pada bahagian muka atau mata? Hmmmmm.... So sila bagi perhatian pada taklimat ok.

Kesan tembakan

Taklimat


Beri perhatian




Exco paintball dan kapten


Lawan yang perlu ditakuti?

Penaja


Simpanan? Waterboy?


Setiap pasukan yang bertanding datang dengan pelbagai penampilan. Jangan pandang mudah tentang penampilan kerana ia adalah psikologi strategi. Kita boleh lihat berbagai-bagai penampilan dari setiap pasukan. Ada yang berpakaian ala tentera dengan seluar celoreng, ada yang berikat kepala ala kamekazi dan bermacam-macam lagi. Tidak kurang juga ada yang berpakaian lengkap seorang pemain paintball.

Segak berjersey


Selesai taklimat, acara bermula. Juru acara mula memanggil pasukan untuk masuk ke gelanggan. Bagi yang belum dipanggil, dalam sela masa yang ada ini, sedikit warm up bagi merenggangkan otot.

Owh....korang percaya ker yang aku story atas tentang junior ni ajak aku makan tu? Hahahahahahaha...... aku gurau jer. Sebenarnya aku telah diinformkan oleh junior tentang tournament ini. So, aku sengaja singgah sekejap. Sambil tu, aku snap-snap la mana yang patut.

Sementara menunggu giliran untuk bertanding, saudara Nasrul Haziq dan Haziq Mazelan buat sedikit perkongsian berkaitan game. Bagaimana nak menembak, bagaimana nak berlindung di bunkers, bagaimana nak seek and hide dan macam-macam lagi.

Sebenarnya Haziq Mazelan adalah Kapten bagi UTeM paintball player. Mati-mati tadi aku ingat dia ni masyall. Maafkan saya. Ye la dari segi pakaian dan knowledge dia tentang paintball memang pro. Setelah jelaskan oleh exco, baru la aku tahu. Hai Haziq Mazelan. Hahahahahahahahahaha...





Tak faham tanya ye dik

Tunjuk cara

?????????????



Siap sedia sebelum masuk gelanggang

Team pertama masuk, UTeM Suicide Squad




Lagak sedia untuk ambil posisi



Katanya ni team harapan


Tolong jangan kecewakan peminat


Menang gaya






Menang

Pasukan perubatan atau medic, sangat-sangat penting. Terima kasih kita ucapkan pada UiTM Seremban  Medic Team.







Masyall or Reff, berfungsi sebagai pengadil dalam game zone. Mereka akan membuat check semasa game sedang berjalan. Mereka sentiasa peka untuk memastikan segala peraturan permainan berjalan lancar. Mana-mana pemain yang disyaki sudah terkena pallet, akan diarahkan keluar.

Paling penting tugas reff dalam game zone ialah memastikan player selamat. That why mereka akan menengking, menjerit atau sebagainya sekiranya terdapat player yang membuka face mask dan tidak menyarung kembali marker sock ketika berada di dalam game zone. Kesan pengabaian keselamatan ini adalah seperti yang diceritaka di atas ok. Hmmmm......tak baca la tu..... #silameninggal.

"You out"

Kenapa tu?







Jika tak puas hati dengan reff, bincang luar ok. Jangan tembak dia


Lagi team yang garang





Komunikasi dilihat antara strategi paling...paling....paling utama dan berkesan dalam game panitball ini. Sebab itu, jika lihat team yang sudah pro atau biasa bermain, mereka akan berkomunikasi dalam bentuk kod untuk menyerang.







Pengkritik













Kapten ada offer aku untuk masuk game zone untuk good picture. Tapi aku cakap tak perlu walaupun sebenarnya aku nak masuk. Sebab aku tidak masuk adalah kerana face mask mengganggu untuk shoot. Tapi kalau tak masuk, jaring pula mengganggu. Hmmmm...... Takper, nanti kalau KeReX layak ke peringkat seterusnya, aku masuk ok. Muah.....

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kegagalan sesuatu team? Yes...! Ada. Good question. Siapa yang tanya tadi tu? Ok......5.5 markah untuk awak. Yes awak yang comel tu. Blushing la teewww......

Hasil perbualan aku dengan Kapten pasukan, katanya, antara faktor-faktor kegagalan team adalah seperti kegagalan marker berfungsi. Sedang asyik menembak, tetiba pallet tak keluar. Tembak angin jer. Kenapa ini berlaku? Antaranya ialah kerana pallet melekat antara satu sama lain. Kedua berkemungkinan tekanan angin yang tidak cukup. So itu nasib la kan.

Kenapa tak check dulu sebelum masuk? Jawapan di atas adalah yang terjadi selepas check. Biasa la, masa check tu ok jer. Tapi masa main tetiba fail. Normal la.

Sebenarnya setiap pemain akan buat test pada home sebelum reff memulakan game. Jika ada kegagalan, boleh suarakan sehingga masalah teknikal diselesaikan.

Bagaimana pula dengan pallet? Untuk game ini, 50 biji pallet dibekalkan di dalam setiap marker. Sebenarnya ia bergantung pada level of competition. Ada game yang boleh bawa pallet spare. Itu nanti korang kena explore sendirilah ye. Kang cerita sini, mungkin makan masa 3 hari.







Sambil-sambil shoot tu, aku sempat berborak dengan OP event. Berkongsi-kongsi pengalaman dan sebagainya. Dia tanya, aku memang special cover for UTeM ker? Berapa payment? Jawapannya rahisa. Itu antara dia dengan aku jer. Kahkahkahkahkahkah.......

Aku tak cover sampai habis event kerana ada urusan lain. Sekitar break Zohor, aku minta izin untuk beredar. Secara keseluruhan untuk team KeReX atau UTeM ini, mereka sangat bersemangat untuk bermain. Patuh pada arahan. Gabungan lama dan baru, yang berpengalaman dengan yang baru nak berjinak, sangat-sangat positif. Aku doakan korang berjaya hingga ke final.

Hasilnya, 2 daripada 6 team KeReX berjaya dalam top 10 daripada 32 pasukan bertanding. Satu team tempat ke 8 dan satu lagi tempat ke 4. Mereka layak ke peringkat seterusnya yang akan diadakan pada 25 November kelak. Tahniah guysssss.....

Tempat ke lapan


Tempat ke empat


Sebelum closing, nak tanya, semua team mewakili KeReX ker? Jika aku salah interpretasi, kira HALALlah ye.....tak larat nak betulkan atas-atas sana. Hahahahahaahah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...