1.9.17

--- Kerinci Ep 05, Balik ke Padang ---


SALAM AIDILADHA kepada semua umat Islam. Betul, hari ini merupakan Hari Raya Korban. Kami sambut di Kayu Aro sahaja.

Semalam masa makan malam di luar, kedengaran laungan takbir dari masjid-masjid berhampiran. Tak kurang juga yang memasangnya di kedai-kedai makan. Selain itu, terdapat juga serombongan anak-anak sekolah yang berarak sambil membawa lampu minyak tanah. Mereka berselawat.

Ke manakah kami hari ini? Haaaaaaaaaa........yang ini nak cerita. Hahahahaha......





Sehingga jam 12 tengah hari, kami masih di homestay. Huhuhuhuhu...

Mengikut rancangan asal, sepatutnya semalam kami dah bergerak balik ke Padang untuk island hopping. Namun begitu, ada sedikit masalah yang datang tanpa di duga. Supir yang sepatutnya datang untuk mengambil kami tidak datang.

Menurut Jet, pada petang semalam tiada apa-apa maklumat tentang masalah tersebut. Dia hanya menerima khabar tersebut pada malam sebelum kami dinner. Atas alasan apa? Alasannya 2 kali khutbah pada hari ini.

Kami terfikir juga, apa maksud alasan tersebut. Rupa-rupanya, mereka ada satu kepercayaan bahawa ada sesuatu yang buruk bakal berlaku. Maka dengan sebab itu mereka tidak berani atau tidak selesa untuk melakukan aktiviti.

Disebabkan pergerakkan kami yang sudah delay, maka aktiviti island hopping hari ini terpaksa dibatalkan. Menurut Jet, dia dah buat booking semua.

Semalam semasa makan malam, kami berbincang untuk membuat keputusan hari ini. Namun begitu, Jet tetap berusaha mendapatkan transport semalam namun gagal.

Hasil perbincangan semalam, hari ini kami akan ke Bukit Tinggi. Esok pagi Jet akan bawa kami berjalan-jalan ke tempat wisata sekitar Bukit Tinggi. Namun begitu sehingga jam sekarang kami masih belum mendapat supir. Ye la sebab pagi ni kan orang solat sunat aidiladha.

Selesai solat Zohor, kami pun mula bergerak menuju ke Bukit Tinggi setelah Jet berjaya mendapatkan dua orang anak muda yang sanggup memandu membawa kami ke sana.

Malam sudah berlabuh tapi kami masih di atas jalanraya. Perjalanan menuju ke Bukit Tinggi agak jauh. Kami berhenti makan malam di area Solok. Dalam perjalanan itu aku sempat membuat penjelasan kepada gadis-gadis berkaitan isu yang terjadi.

Semasa makan malam tu, timbul pula persoalan dan cadangan baru. Katanya Bukit Tinggi terlalu jauh. Jika kami sampai sana malam ini pun, esok perlu rushing berjalan dan kembali ke airport. Masa perjalanan sekitar 2 jam. Bincang punya bincang dan bertanya supir, kami putuskan untuk ke Padang sahaja malam ni. Kami akan lepak di pantai Malim Kundang kata Jet.

Tengah malam kami tiba di sekitar pantai yang dituju. Sebelum masuk ada sekatan jalan pula. Bukan polis tapi pemuda-pemuda. Masa ni aku dah fikir ada yang tak kena. Tapi kata Ustaz Dian, kami punya supir, Jet sedang menyelesaikannya. Kata Ustaz lagi, mereka akan mengiringi kita sehingga ke tempat yang dituju agar aman.

Namun begitu, ianya tidak seperti yang dijangkakan. Tetiba makin ramai pemuda datang. Aku mula memikirkan kejadian masa aku di jeti Denpasar suatu ketika dulu. Tanpa menunggu panjang, ustaz dah mula mengundurkan kereta untuk beredar sambil diikuti oleh kereta satu lagi. Kami berdoa panjang agar kami tidak diikuti oleh mereka. Rupa-rupanya mereka tu macam pemeras la. Hmmmmm......

Aku terus mesej Jet agar kita cari sahaja hotel di bandar. Alhamdulillah, kami check in. Kemudian, aku ajak Jet lepak minum di depan hotel. Ada la benda nak borak-borak. Hahahahahaha...... bersama dalam lepak-lepak itu ialah Lat dan Am.

Ok guys...esok hari terakhir.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...