Anda mahu lagi? Yeaaaaa.........
Bagi menjadikan trip ini lebih berbaloi, Amir membawa kami melalui laluan yang lebih mencabar. Katanya nak bagi andrelin kami lebih banyak dirembeskan. Maka berdesuplah masing-masing dengan motorcross. Aku jer kat belakang bawa slow. Dok belakang pun boleh menyaksikan pelbagai adegan.
Daus seperti dirasuk jembalang Bromo, menunggang tanpa pedoman hingga terbang di udara. Hmmmm.....aku dari jauh boleh nampak. Aku dok fikir Daus jatuh. Rupa-rupanya masih boleh meneruskan tunggangannya.
Dari trek berpasir tadi, kami mula menyusuri laluan berbukit-bukit. Terbaik laluannya.
Laluan kami terbantut seketika apabila ada pokok yang tumbang. Amir dan gogo, bersusah payah mencari penyelesaian untuk melepasinya. Namun gagal. Keputusan untuk berpatah balik dan memilih laluan lain dicapai.
Akhirnya kami selamat tiba di persimpangan antara Bromo ke Semeru. Jika tak salah, nama persimpangan tersebut ialah Jemplang. Ada kedai makan dan kami berhenti untuk mengisi perut terlebih dahulu. Memang lapar wei.
Hampir sejam kami lepak makan, tiba pula team santai di sini. Masing-masing tertanya, kenapa lambat?
Katanya perjanjian nak jumpa di Teletubis atau Pasir Berbisik. Memandangkan kami agak lewat maka diaorang pun naik ke atas.
Kami pula bergegas turun untuk ke Pasir Berbisik dan Teletubis. Ok jom...
Berdesup diaorg menunggang motorcross memasing menuju ke Pasir Berbisik yang diketuai Amir. Aku macam biasa la.....sweeper. Kahkahkahkahkah.....
Alhamdulillah...cuaca baik menjadikan pemandangan di Pasir Berbisik ini sangat-sangat amazing.
Katanya banyak video-video klip artis antarabangsa buat pernah shoot kat sini. Betul ker? Aku dah try google. Tak jumpa pun. Ceh...!!!
Sesekali kami berlari dan berlindung dari ribut pasir. Tak sempat nak cover kamera. Habis dimasuki pasir-pasir halus area button.
Itulah batu yang selalu orang pose..... #mainstream
Rasa nak menjerit tengok gambar ni
Man Klate tak pernah tak hot
Memang leka beb dok photoshot kat Pasir Berbisik ni. Macam-macam pose nak buat. Tapi masa tak mengizinkan. Kami cergas pula ke Teletubis.
Di Teletubis, kami hanya singgah sahaja sebab pada aku, nampak macam biasa jer. Ada la signboard besar tulis T E L E T U B I S kat situ. Tapi tak wow sangat. Kami pecut pula ke Bukit Cinta. Tak best ker Teletubis? Jawapannya ada pada anda.
Apa yang ada di sini? Hanya pemandangan sahaja. Hahahahaha....
Eh.....salah-salah. Sebenarnya sebelum ke Teletubis dan Bukit Cinta, kami singgah dulu di area savana. Berphotoshot dulu di situ. Gambar kat bawah ni haaa..... 👇
Buat video cantik beb tapi aku tak bijak sangat bab bidio. Ada minta buat slow motion. Aku pun cuba la rekod....sekali salah tekan. Hahahahahahahahahaha......
Judika dan Duma pernah buat video klip bertajuk Sampai Akhir di area sini. If I'm not wrong.
Haaaaaaaa.....ni baru nak ke Bukit Cinta. Tak banyak shoot sangat sebab sama jer pose. Hahahahaha.... Dari sini boleh nampak Bukit Teletubis.
Satu perkara menarik di sepanjang laluan, ada signboard meminta pengunjung untuk tidak berkhemah atau tidak menggunakan api di kawasan savana bagi mengelakkan kebakaran. Katanya, biar ia tumbuh secara alami. #pihaktamannasionalbromo
Tapi kalau terbakar sesekali ok kot. Itukan proses semulajadi.
Hari semakin petang. Nak balik ke Kota Malang lagi. Kami pun cergas untuk naik semula ke Jemplang di mana rakan-rakan kami sedang menanti. Isi minyak dulu sebelum gerak. Minyak ditanggung oleh company pada hari pertama jer. Huhuhuhuhuhuhuhu...... 😓😓😓
Perjalanan ke Kota Malang berjalan dengan lancar. Ada la beberapa ensiden terpecah dari team. Dah la malam. nak mencari memang bermasalah la. Tapi semuanya dapat diselesaikan dengan baik.
Tiba di homestay, masing-masing keletihan. Tapi itu tidak mematahkan semangat kami untuk bershopping ke kedai outdoor yang berdekatan. Sempat sambar beberapa item. Hahahahahaha...
Amir sedang uruskan makan malam. Balik dari shopping, hidangan belut menanti. Aku dan Man belasah jer lah. Daus dan Wan keluar semula makan pizza. Aku pun tak pasti mana datangnya idea hidangan belut tu. Arghhhhhhh........
Disebabkan letih sangat, tak sempat nak berkopi-kopi di KopJa untuk malam terakhir. Buka mata dah pagi. Hahahahahaha.....
Pagi itu (21 Jan), team yang tiketnya jam 12.25 berangkat dahulu ke airport. Team satu lagi jam 4 petang kemudian. Salam-salam dan ucap terima kasih. Jumpa kat Malaysia.
Aku order yang ni ek?
Kesimpulan dari trip kali ini ialah sesuatu yang lain dari kebiasaan aku pernah join. Sebelum ni asyik mendaki jer kan. Tapi kali ni bermotorcross. Sedikit jer mendaki iaitu Bromo. Menyeronokkan. Gogo dan line up yang tak banyak kerenah. Adakah high recommended? Yea..... Anda kena cuba. View tidak mengecewakan.
Selain itu, trip ini juga berjaya menarik minat member aku untuk menjejakkan kaki ke Indonesia. Hahahahahaha....Dia memang agak kureng skit kalau ke Indonesia. Kalau dia kata berbaloi, maka memang berbaloi la. Hahahahahaha....
Owh...sorang lagi member gue yang bekerja 24 jam satu hari, 7 hari seminggu. Memang susah nak ajak beraktiviti. Harapkan misai jer tebal. Hahahahahaha....
Owh...sorang lagi member gue yang bekerja 24 jam satu hari, 7 hari seminggu. Memang susah nak ajak beraktiviti. Harapkan misai jer tebal. Hahahahahaha....
Ada yang bertanya, mana gambar jurufoto? Jawapanyn, "tanya sama hati".... 😌😌😌
Ok...jumpa lagi next trip ok.
Berikut adalah beberapa video dari teman-teman gue....
No comments:
Post a Comment