12.5.18

--- Hujung Minggu Di Pulau Aur, Hari ke 2 ---

Aku ingat hari ke dua gambar tak banyak, tapi tidak. Lebih banyak dari semalam. Fuuuuuhhhhh...! Semalam aku dah brief sikit pada Eiz tentang aktiviti kita pada hari ke dua. Masa makan malam tu, ada cikgu Wan sekali. Beliau berminat untuk join aktiviti mendaki Batu Cina. Alhamdulillah....

So pagi ni seawal jam 7 pagi, kami dah bersiap-siap untuk memulakan pendakian. Cikgu Wan sudi menjadi pemandu arah kepada kami. Cikgu Wan merupakan GPK Koku di sekolah sini. Dengan beliau sebagai pemandu arah, memudahkan lagi aktiviti.

Nak sarapan tapi Kak Ngah belum buka kedai. So kami gamble jer lah. Pendakian sangat berjalan lancar sehingga kami tiba di kawasan batu.

Menurut cikgu Wan, bermula dari sini part paling susah. Ramai yang terkorban di sini. So be careful.










Pemandangan amat menarik. Dari sini boleh kelihatan Pulau Dayang di seberang sana. Cantik pantai dan lautnya. Aku cakap pada Eiz, petang nanti kita berkayak ke sana.

Untuk sampai ke hujung batu, setiap pendaki perlu merangkak. Batunya agak tajam sehingga boleh mengoyakkan seluar anda.





Alhamdulillah, selamat sampai di hujung batu. Layan view yang cantik. Nampak Pulau Lang dan kawasan perkampungan Kampung Teluk Berhala di bawah sana.

Lebih membahagiakan ialah cikgu Wan ada membawa bekalan pagi. Allahhuakbar. Rejeki.

Pulau Lang

Pulau Dayang










Semasa kami sedang lepak-lepak makan cikgu Wan bercerita pada kami bahawa ini bukanlah puncak. Puncak sebenar adalah atas batu ni ha. Boleh nak naik tapi perlukan keyakinan yang tinggi. Aku apa lagi, terus yakinkan Eiz untuk naik ke puncak. 


Sebagai anak kelahiran Melaka yang berketurunan Hang Jebat, pastinya dia tidak mahu mengalah takkala dicabar.

Selesai sahaja kami bersantai, kami pun turun semula ke bawah dan meneruskan pendakian ke puncak. Mereka berdua jer. Aku sebab bawa kamera so agak sukar. Aku redha untuk tidak mendaki ke puncak.

Dengan diiringi dan dibantu oleh cikgu Wan, mereka akhirnya berjaya sampai ke puncak batu sana. Bagaimana keadaan di puncak sana, tidak pula diceritakan kepada aku. So, aku nak terangkan pun susah la. Jika anda nak tahu, kena la datang dan merasainya sendiri. Yang aku pasti ialah sangat indah.











Selesai aktiviti mendaki, kami berjalan pula menuju ke Teluk Ba'i. Sebelum sampai ke Teluk Ba'i, kami akan melalui Teluk Pahanan dulu.

Semasa dalam perjalanan itu, terdapat sebuah kawasan tanah runtuh yang agak besar. Kelihatan batu-batu besar bergolek dari atas hingga ke bawa dan sampai ke laut. Menurut cikgu Wan, kejadian ini berlaku masa musim monsun awal tahun tempoh hari. Bukan ini sahaja kejadian. Malah runtuhan ini berlaku di beberapa tempat lain. Sekolah juga turut mendapat tempias apabila dilanda banjir kilat akibat air dari bukit yang turun dengan laju.




Teluk Ba'i dari Teluk Pahanan

Kami singgah di Teluk Pahanan bagi berbual mesra dengan beberapa orang kampung yang berada di situ. Alhamdulillah...dapat melegakan sedikit dahaga apabila dijamu dengan air.

Menurut penduduk sini, jambatan menuju ke Ba'i telah rosak dan ada yang sudah roboh. Maka agak mustahil untuk ke sana dengan berjalan kaki.

Mendengar sahaja tentang itu, kami pun tidak meneruskan perjalanan ke Teluk Ba'i. Setelah hilang penat lelah, kami pun berjalan kembali ke Kg. Teluk Berhala.

Makan-makan dan minum-minum di kedai Kak Ngah...





Kami berehat pada tengah harinya sehingga jam 3 petang. Kami meneruskan aktiviti dengan berkayak ke Pulau Dayang. Kayak kami pinjam dari chalet yang berdekatan. Alhamdulillah.....settle.

Di Pulau Dayang, bukan sahaja untuk melihat pasir pantainya, tetapi nak mendaki bukit di pulau tersebut. Nama bukit itu ialah Batu Letak Semalu. Dari Batu Cina pagi tadi, korang boleh nampak batu tersebut.

Pendakian mengambil masa kurang 15 minit.









Selain daripada kami yang hendak mendaki, turut serta ialah pelancong dari Teluk Sebukang dan Chalet Pulau Lang sendiri. So kelihatan agak meriah petang itu.

Kami turun untuk layan snorkeling pula. Member aku ni so excited dengan gamat laut. Diambilnya dan sapu pada kulit. Katanya dapat mencantikkan dan memuluskan kulit dalam beberapa minit sahaja. Ternyata teorinya salah.




Adik Irfan, murid Tahun 6, satu-satunya kanak-kanak di Pulau Dayang







Sekitar jam 6.30 petang, kami berkayuh semula ke jeti Teluk Berhala. Hari dah nak malam ni. Aku cakap pada Eiz, esok kita dah nak balik, so apa pendapat ko tentang pulau ini? Ikuti review beliau di bawah;


Sebagai penutup kepada trip percutian kali ini, sangat menyeronokkan. Untuk mereka yang nak mudah untuk percutian di Pulau Aur ini, boleh la ke kaunter 13 di Jeti Mersing untuk melihat pakej. Selain itu, my favorite is Sebukang Bay Resort. Search sahaja fb dan insta.

Sekian, terima kasih.

4 comments:

  1. Salam...sy pernah ke pulau aur dan pulau dayang....sy stay di sebukang bay resort..
    Tapi sy lebih tertarik dgn view di pulau dayang...sy nak repeat trip tapi sy fikir saya lebih berminat
    untuk stay di pulau dayang, malangnye tiada resort operator di pulau dayang...resort dah tutup...
    ade ke mana2 individu atau org kampung di pulau dayang yg boleh sdiakan accomodation untuk sy buat trip 4-5 org.
    selama 3d2n? yg boleh ambil dan hantar ke jeti aur,sediakan penginapan simple dan air bersih,tiada snokling trip tidak mengapa sbb dtg just utk relaks,tiada pakej makan pun it's ok sbb kami bleh bawa bekalan makanan sndiri.

    Sekiranye encik ada maklumat yg lebih detail boleh emel sy zmardina03@gmail.com

    Terima kasih


    ReplyDelete
  2. Salam bro. boleh emelkan details & contact person nak ke pulau ni tanpa ambil pakej? Tolong emel ke muhdfarid.ahmat@gmail.com . Terima kasih bro

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...