22.4.18

--- Brunei, episod 2 ---

Info terbaru yang aku terima tentang penginapan ialah anda boleh ke Brunei Youth Center untuk lebih baget. Dorm sekitar USD 5 bersamaan BND 7 dan RM19.90.

Hari terakhir di Brunei. Selamat pagi.

Sebelum keluar meneruskan aktiviti jalan-jalan, lepak sekejap di lobi hostel. Mana tau boleh dapat info menarik.

Tokey punya hostel jaga time tu. Borak-borak. Beliau juga ada bagi cadangan kepada kami tempat-tempat yang boleh kami lawati untuk setengah hari ini. Selain itu, menurut beliau, Kuala Lumpur adalah destinasi utama bagi orang Brunei takkala tiba musim cuti sekolah. Katanya lagi, Brunei macam kosong apabila musim cuti. Jika tak ke KL, mereka akan ke Sabah dan Sarawak.

Tanpa membuang masa lagi, kami mengambil keputusan untuk check out.

Destinasi pertama kami ialah kembali ke pusat bandar. Katanya di situ ada pasar pagi. Kami juga difahamkan bahawa hari Ahad adalah hari tanpa kenderaan di kawasan tersebut. Jom kita tengok.





Panggong Borneo



Pasar pagi ni biasa-biasa jer. Tak besar sangat. Kedai pun boleh kira ngan jari. Sesuai dengan kapasiti penduduk Brunei. Kami sempat akan burger. Berapa ringgit ek? Alaaaaa....tak ingat. Rasanya BND 2. Owh...untuk pengetahuan rakan-rakan, pada wang kertas Brunei ini tercatit ringgit. So....mana datangnya dollar tu? Hmmmm...

Dari pasar, kami berjalan menuju ke istana lama Brunei, Istana Darussalam. Tapi malangnya tidak dibenarkan masuk kerana istana tersebut dalam proses naik taraf. Kelihatan ada beberapa orang sedang mengecat pagar istana. Next destination please.


Istana Darussalam


Next is Pusat Sejarah Brunei. Pusat ini mengandungi sejarah pembentukan Brunei. So....if you want to know how Brunei before now, this is the place will answer that.

Sejam berada di dalam pusat tersebut, kami berjalan pula ke bangunan sebelah iaitu Muzium Alat-Alat Kebesaran / Istiadat Brunei atau dalam english di sebut 👇👇👇. Di muzium ini pula menempatkan pelbagai barangan sejak dari Sultan sekarang menaiki tahta. Anda hanya perlu ikut sahaja anak panah. Ia akan menceritakan dari awal sehinggalah sekarang. Besar....sangat besar muzium ni. Sampai naik bosan. Hahahahaha..... Dah masuk, tak boleh patah balik. Anda tak boleh lawan arus anak panah. Nanti ada pengawal yang akan assist u untuk meneruskan penjelajahan. Pilihan yang ada cuma jalan terus hingga ke hujung. Hahahahahahaha...

Sorry....camera a not allowed.



Flight kami sekitar jam 4 petang. Sekarang dah jam 12 lebih. So, kami sudah tidak ada masa lagi untuk berjalan-jalan ke tempat pelancongan lain. Kami putuskan untuk singgah di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien.




Kami masih ada baki duit. Kami bercadang nak habiskan di Kaizen Sushi. Yeaaaaaaaaa.... Malangnya, ramai orang. Kalau kami stay, mungkin mengambil masa untuk kami ke airport. Kami terus ke stesen bas dan menuju ke airport.

Check in. Di sini walaupun dah check in, kena ambil cop di kaunter drop bag. Hmmm...Di situ, semua muatan tangan perlu ditimbang dan dicatit oleh staf. Lain negara, lain dia punya peraturan. Follow jer.

Habiskan duit dulu dengan makan sebelum masuk ruang menunggu. Cenderahati? Owh....sorry, memang tak mampu nak beli.

Alhamdulillah...kami selamat tiba di KLIA 2. Save journey...

Apa kesimpulan daripada trip kali ini? Hmmmmmm...... Susah nak simpulkan kerana shot vacation. Hahahahaha...apapun, dah sampai Brunei. Yeaaaaaaaa....

Keseluruhan


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...