17.9.18

--- Gunung Berembun (Wrays), siapa nak jadi 'terung'? ---

Ada trip tak minggu ni? Kalau ada nak cuba try follow. Tapi nak yang santai jer. Hahahahahaha.... Ada?

Ok..... Ada orang PM ajak naik gunung. Katanya sempena sambutan Hari Malaysia. Tak lama fikir, ON terus. Trip Gunung Berembun (Wrays). Line up bermula dengan Awi, Anang, Amy Cruzer, Medan, Ayat, Epix dan seorang gadis yang aku tak kenal dan last minit tak jadi join. Tak perlu kot nak detail sangat sebab musabab mereka tak join. Hahahahahaha....

Macam biasa, carpool from Kuala Lumpur. Bermalam di Masjid An-Nur, Ringlet. Tidur dulu sementara menunggu sebuah lagi kereta dari KL. Mereka terdiri daripada Amy Cruzer, Ayat dan Epix.

'Ayat....Ayat....', kedengaran suara wanita memanggil-memanggil dengan perlahan sambil menolak pintu masjid. Siapa tu? Aku hanya sempat lihat bayang sahaja. Kemudian aku lelap kembali. Mungkin kesan pukau kot. Mmmmm......

15 September 2018 Sabtu... Bangun untuk pengurusan diri dan solat. Pick-up dalam jam 9.00 pagi. So ada banyak masa lagi. Gogo memecahkan ration. Agih-agih kepada setiap pendaki. Jangan nak ngelat. Tak baik.

Dapat berita bahawa pick-up mengalami masalah teknikal di mana tayarnya pancit. Confirm lambat. Huhuhuhu....




Sempat membawang

Makan dulu guys. Lapar....... Menuju ke kedai makan yang selalu geng Monel ni sarapan. Makan dan bungkus untuk lunch pack.


Jam 1000, pick-up pun tiba di masjib. Kami terus loading barang. Siap semuanya, kami pun bergerak menuju ke perkampungan orang asli Kg. Telimau. Sejam lebih juga perjalanan menelusuri kebun-kebun sayur dan hutan.

Sempat berhenti di satu view point. Dari sini boleh kelihatan puncak Gunung Tahan dan Panggang Paku. Tidak lupa sebuah empangan di bawah sana.







Jam 1115, kami tiba di starting point atau perkampungan orang asli. Muat turun barang dan juga barang-barang yang nak disedekahkan kepada orang asli di sini. Ketibaan kami di sambut oleh Tok Juma. Beliau merupakan mantan Tok Batin sebelum ini. Sesi ke berapa tak pasti. Ada la sistem mereka tu.

Awi selaku 'Tok Batin' kami pergi menuju ke rumah tok batin. Kembalinya membawa bersama sebuah buku pelawat. Sejurus kemudian, Sulaiman dan Alwi tiba. Mereka adalah guide yang telah ditugaskan oleh tok batin untuk membawa kami ke puncak Gunung Berembun  (Wrays).


Bersama Pak Juma


Menurut kata gogo, kita adalah group ke empat yang masuk ke sini. Owh...... #teruja. Katanya lagi, group terakhir masuk adalah pada bulan 5 yang lepas. Group penyelidik yang meletakkan kamera. WWF, Wildlife Foundation.

1143, tanpa membuang masa, kami memulakan pendakian. Awal pendakian dah pacak guys. Tak kesian punya. So ada la beberapa kali berhenti berehat. Normal, dalam pendakian akan terpecah kepada beberapa group. Kami terpecah kepada 2. 4 orang paling laju di depan. 5 orang lagi santai anak itik tokwi kat belakang. Hahahahaha... Ayat kelihatannya memikul muatan lebih. Sian....




Lunch

Lorong tikus


Satu ration tertinggal di.........entah la di mana. 😂😂😂. Ada la dalam kereta sapa-sapa tu.

1426... kami tiba di satu view point (rest). Dari view point ini dapat di lihat puncak Gunung Hantu dan Gunung Berembun. Puncak Gunung Berembun kelihatannya berkabus. Pekan Ringlet juga boleh di lihat dari sini.

1445... Kami menyambung kembali pendakian. Tapi dari view point ini, perjalanan menurun yang agak banyak. Dalam fikiran, esok nak balik mati la. Dan pastinya, selepas menurun, kena mendaki lebih banyak.

1508... Water point. Kami turun untuk ambil bekalan air. Diingatkan, punca airnya agak jauh. Takugan air sahaja. Kalau hujan lebat mungkin jadi sungai. Hahahahaha.... Tadi tak teruk sangat nak turun. Cuma jauh jer.

1530...Gerak










1610...Team depan tiba di puncak Gunung Hantu yang berketinggian 1905 meter. Kami group belakang lewat 30 minit rasanya.

Bunyi angin yang kuat sambil membawa titisan air, sangat mencemaskan. Seakan-akan hujan yang lebat bakal turun.

Tidak lama berehat, kami mendirikan khemah dan melakukan pengurusan diri.



Memandangkan port khemah agak kecil, maka kami buat dua khemah/fly.

Malamnya kami lepak-lepak bawah fly sambil borak kosong. Kosong pun tak kosong sangat la. Berborak dengan geng-geng Monel ni merasakan diri ini jauh ketinggalan dalam dunia pendakian. Mana tidaknya, mereka tahu semua. Sebut jer gunung mana, mereka boleh cerita dari segi tinggi, trek, cuaca, kedudukan dan bermacam-macm lagi. Malah mereka juga berkeupayaan membuat analisis antara gunung-gunung. Masuk gunung sini, boleh keluar sana. Boleh pintas sini. Water point ada sini...situ...sana....aaaaaaaaaaaaaaaaa..... 😱😱😱

Ini membuatkan aku rasa kerdil. Hanya mampu mengiyakan sahaja dan mengambil input.

Sebelum ini, aku pernah bersama mereka mendaki Gunung Panggang Paku (Kerla). Tapi pendakian kali ini agak berbeza. Berbeza dari segi bonding antara mereka. Macam ada regangan sikit. Tapi kali ini nampak lain. Nampak akrab plak. Dah borak-borak macam tu, Medan cakap, mungkin aku yang bermasalah kot. Hahahahahaha....... Ye la kot. Mungkin aku yang salah buat andaian. Tapi takper. Itu hanya sekadar pendapat. Hihihihi....

Tanya juga kenapa Arep tak join? Kata mereka, beliau bawa group mendaki di Bukit Choroco. Owh....satu lagi soalan, ini MONEL ker? Kata mereka ini bukan MONEL. So, aku tarik balik yang atas tadi bahawa trip ini bersama MONEL. Hihihi......sorry guys.....

Semasa pendakian hari ini, kami juga melepasi satu dari lima kamera pemantauan yang dipasang oleh pihak WWF. Tujuan pemasangan pun tidak diketahui. Kalau kita tahu siapa yang pasang, boleh la kot nak tanya tujuan.

Semasa proses pemasangan kamera tersebut, Sulaiman yang jadi guide...😁😁😁

Malam ini, aku nak try subito. Ini eksperimen ke dua selepas eksperimen pertama di Mount Apo memberi keputusan yang negatif.

Macam aku cerita di entry Mount Apo tentang subito ini sama juga keputusannya di hutan Malaysia. Bila tengah malam, terjaga akibat tak tahan sejuk, aku terpaksa buka sleeping bag murah dan masuk ke dalamnya. Ternyata subito tidak dapat memberi kehangatan. Mahal plak tu. Huh...!!! Ini review aku jer. Mungkin orang lain yang menggunakan subito memberi keputusan yang positif. #subito

Semasa makan, kami berbincang dengan Sulaiman dan Alwi tentang waktu pendakian esok. Cadangnya nak mula mendaki pada jam 4 pagi. Tujuannya agar tiba di bawah lebih awal. Guide memberi respon yang positif dengan cadangan kami.

Zzzz...Zzzz... Jam 8 dah sleep guys. Awalkan..... Hihihi....


16 September 2018 Ahad... Aku beberapa kali terjaga. Pusing kiri dan kanan. Jam masih belum 0300. Hmmm....

Jam 0259, aku terjaga. Nak bangun tapi khemah gogo pun macam sepi jer. Jam 0330 terjaga lagi. Masih sepi. Hanya bunyi angin yang kuat. Semalam nak cucuh mercun bola tapi ditegah. Mengganggu 'penghuni' katanya.

Akhirnya jam 0600 baru bangun. Itu pun sebab Subuh. Baru la kedengaran suara di khemah gogo. Awie datang dan memberitahu bahawa pergerakkan adalah selepas sarapan.

Ayam mana ayam? Mereka ni memang lain dari yang lain. Dia orang ada sahaja haiwan-haiwan peliharaan yang di bawa on trek. Kali ni ayam togel. Hahahaha..... alaaaaa, ayam yang warna kuning tu.

Kira-kira jam 0709 kami gerak menuju ke puncak Gunung Berembun (Wrays). Angin masih kuat bersama titisan air yang seakan-akan hujan.

Dari puncak Gunung Hantu tadi trek adalah menurun. Katanya trek akan naik turun beberapa kali sebelum pacak yang terakhir untuk sampai ke puncak Gunung Berembun. Tapi ayat yang selalu gogo akan cakap, 'layan permatang'. Hahahahahaha.....

Sama macam semalam, terbahagi kepada 2 kumpulan. Ada sahabat kami yang mengalami kemelecektan yang agak serius. Ini membuatkan beliau terpaksa berjalan agak perlahan. Kami sedia maklum, beliau adalah antara pendaki yang laju. Tapi tidak dalam pendakian kali ini. Alhamdulillah...beliau tidak mental dan putus asa.



Pendakian menuju ke puncak melalui mossy yang cantik. Cantik tu cantik juga tapi duri pun banyak. Asyik tersangkut jer. Tengah laju-laju mendaki, wraaaaaap....kena tarik dengan duri. Buluh-buluh kecil pun bukan main buat aku punya mental koyak. Lorong tikus......yup, lorong tikus memang banyak guys. Semalam pun dah banyak lorong tikus. Mental bagi yang tinggi-tinggi ni sebab nak kena merangkak.

Lorong tikus ni satu lagi bahaya permainannya ialah apabila ada satu tunggul yang blind spot. Selepas kita bangun dari lorong tikus, terhantuk pula pada tunggul depan. Aku memang acap kali kena. Sekali sekala iman teruji. Siap bertanya, apa la salah aku dengan hutan-hutan ni. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh......tapi bila dah tenang, cepat-cepat istigfar.

Plus minus 3 jam 15 minit pendakian, jam 1023 kami (group hadapan) tiba di puncak Gunung Berembun (Wrays). Alhamdulillah...

Di puncak cuaca agak sejuk sebab angin bertiup dan titisan air. Kami kelembapan. View tiada kerana kabus.

Medan masak air. Nak panaskan badan. Sambil itu, kami makan lunch pack yang telah disediakan  oleh chef.

Amy Cruzer hanya kenyang dengan makan lobak merah sahaja. Beliau dengan yakin menyatakan bahawa lobak adalah buah, bukan sayur. Semua orang no komen tentang that statement. Tapi Anang selaku guru sains membetulkan kenyataan tersebut dengan menyatakan lobak adalah dari keluarga ubi. Terima kasih pada Anang kerana menjernihkan keadaan. Jika tidak, Amy Cruzer akan terus dihanyutkan. Pray for Amy Cruzer.

Pewai guys...serius...














Ini merupakan pendakian kedua aku bersama Epix selepas Noring. Kali ini Epix bawa satu trend bergambar. 'Segitiga depan mata'. Kami tertanya-tanya kenapa dan apa maksudnya? Mungkin trend kot sekarang. Cuma belum viral. Tunggu la sikit hari lagi. Nanti virallah tu.

Apapun Epix ni camera likeable. Owh...satu lagi, beliau juga mempunyai blog. Korang boleh melayari epilogformation.blogspot.com untuk dapatkan information. Actually, aku pun baru tahu. Hahahahahahaha........


Sebelum turun, nak tanya, apa maksud Wrays?

Ok...dah dapat jawapan, ada info menyatakan Wrays adalah sempena nama mat salleh. Adik beradik yang bernama Wrays telah hilang di sini. Sempena dengan peristiwa tersebut, maka lekat la nama Wrays. Betul ker?

Limit time diberikan agar tidak terbabas melayan kesejukkan di puncak. Jam 1130, kami mula menuruni puncak. Angin juga dah mula kurang bertiup kencang. Jika mendaki tadi kami mengambil masa 3 jam 15 minit, dapatkah kami mengurangkan masa tersebut semasa menurun?

Kebiasaannya orang akan cakap masa turun adalah separuh dari masa mendaki. Formula tersebut betul tapi tidak pada semua keadaan trek atau gunung.

Jika trek mencanak dari bawah hingga ke puncak, yes, masa turun boleh separuh dari masa pendakian. Tapi jika trek turun naik, turun naik sepanjang pendakian, rasanya masa turun tidak dapat separuh dari masa mendaki. Samada kurang sedikit atau lebih kurang sahaja. Tapi jika masa turun lebih lama berbanding masa naik, itu something happen on trek or line up. #sekadarpendapat

Perjalanan menurun ke campsite adalah lebih kurang sama masa menuju puncak. Ini adalah masa bagi group aku di belakang.



Jangan menangis nak. Mari ikut nenek.....









Lebih kurang 500 meter sebelum tiba di puncak Hantu, Amy Cruzer minta Alwi dan aku jalan dulu meninggalkan mereka yang berhenti berehat sekejap sebab sahabat kami yang injured ni nak sapu ubat. Alwi pun terus memintas dan berjalan dengan diikuti aku. Tak sampai 100 meter berjalan, Alwi berhenti dan menyatakan tak nak tinggalkan mereka. Katanya jauh lagi nak sampai puncak. Baik beliau tunggu.

Mungkin dia merasakan tanggungjawab sebagai sweeper kot. So tidak wajar beliau meninggalkan orang yang sakit. Ada pepatah menyatakan, 'sahabat sejati adalah sahabat yang menunggu di on trek, bukannya menunggu di puncak'. Owh.....ada meh pepatah tu? Ok....balik nanti nak tanya cikgu BM.



1500 lebih, kami group belakang tiba di campsite. Cergas packing barang. Dah lewat ni. Nanti sampai bawah jam berapa? Ada lebih kurang 4 km untuk ke bawah sana.

Solat siap-siap. 1620, kami gerak turun. Kelihatannya sahabat kita yang injured semakin serius injurednya. Kita bagi moral support. Nak dukung tak mampu. Saya tak kuat.

Jam 1645, kami berhenti berehat di view point sambil berinsta live. Lupa nak khabo, ada beberapa kawasan, ada line. Tapi bergantung pada jenis telco dan telephone. Setakat ini, huawei memberi performance terbaik. Apple kelihatannya macam kurang berfungsi. Ye lah, Apple ni golongan have-have jer. So dia kat bandar jer.



Ok, kasut baru lepas ni










1830, group hadapan dah sampai di Kg Telimau. Kami masih jauh ketinggalan. Itik gembo-gembo berjalan. Terima kasih pada Alwi yang sabar mengikuti langkah kami di belakang.

Dia orang minta aku jalan depan. Aku cakap tak nak sebab suka berjalan belakang sama Alwi. Kalau dok belakang boleh tengok orang jatuh. Hahahahahahaha...... Kalau aku jalan depan, konpom kantoi. Hahahahahaha.....

Dalam on trek itu, Amy Cruzer selaku AJK Pengangkutan menerima mesej tak best berkaitan dengan pickup. Aku cuma dengar-dengar dari jauh. Konon-konon tak dengar. Hihihihi....

Alhamdulillah....kami yang belakang ni berjaya tiba di bawah lebih kurang jam 1900 lebih. Masih nampak trek tanpa bantuan headlamp. Tapi dah keluarkan juga untuk persediaan. Sempat guna sekejap kerana dah nak sampai.

Disebabkan pickup kami ada masalah teknikal dan tidak masuk ambil kami, dengan bantuan Tok Batin, beliau berusaha mendapatkan pickup orang kampung untuk menghantar kami keluar.

Jam 2030, pickup siap sedia dan kami terus bergerak keluar. Ini merupakan pengalaman naik 4x4 atau pickup paling laju di pandu. Hahahaha.....driver mungkin anggap kami kubis kot. Macam roller couster. Hahahahaha... Tapi best.

Lagi best apabila Medan buat game dengan menyatakan siapa nak jadi sayur. Medang nak jadi kekwa. Hah...!, tetiba kekwa. Aku jadi tomato. Ok, make sense. Amy Cruzer jadi lobak sebab suka makan lobak merah. Ayat? Pishang untuk Ayat. Tapi ada yang bertanya, sesuai ke pisang? Pisang tak ada t___r. Takper. Pisang sensitif so sesuai la. Jagung sesuai untuk Awei. Tapi kami rasa nak tukar kepada terung. Semua ketawa kerana reaksi Awei takkala terung dipilih untuknya. Hahahahahahahaahahahahahahaha......

Aku rasa terung is rare. Yup....very rare. Jarang tau orang makan terung.


Kurang sejam, kami selamat sampai di masjid. Setibanya di masjid, ada sahabat kita ni terus muntah. Mabuk katanya.

Kami membuat pengurusan diri yang ringkas sahaja kerana kelaparan.

Sempat terdengar mereka bercerita tentang perkara mistik masa di Gunung Hantu. Hmmmm...... no komen.

Tadi tok batin cadangkan kepada kami agar makan di sebuah kedai mamak. Tapi kami tak ke kedai mamak itu. Kami ke sebuah kedai melayu. Ada western. Kedai mamak yang dicadangkan oleh tok batin ada bertentangan dengan kedai melayu ni. Melihatkan nama kedai, Letchumi, bukan mamak la. Tu pure India. But is ok.

Di kedai melayu ni, tinggal western jer. Goreng-goreng dah habis. Ok, kami order western semua. Lama juga kami menunggu. Aku ada cakap pada rakan-rakan yang makanan kita lambat sejam. Sebabnya aku dari mula tengok jer chef tu masak, macam ada something. Pastu ada la yang baru datang hantar bahan mentah macam kentang dan sebagainya.

Hampir sejam berlalu, makanan pun sampai. Beliau mohon maaf atas keterlewatan. Aku cakap, ada diskaun tak sebab lewat? Tak dengar la tu. Hmmmm....

Selesai makan, 2 kereta berpecah. Amy, Ayat dan Epix akan bermalam di masjid berikutan Amy yang tak larat nak pandu. Sementara Ayat juga perlukan rehat. Yang meneruskan perjalanan pulang ialah aku, Medan, Anang dan Awei. Aku kan kerja esok maka kena juga balik. Huhuhu....sorry guys.

Tamat...

7 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...