Sebelum trekking
Terdiri daripada 22 orang pendaki termasuk dengan Poncho. Dalam line up ini ada 6 orang pendaki perempuan. Kental. Mereka menamakan trip ini, Ops Cantas atau SemaLiang. SemaLiang adalah gabungan Semangkuk dan Liang. Dari nama tu sendiri korang boleh tahulah bahawa trip ini adalah dari Gunung Semangkuk ke Gunung Liang.
Kenapa aku tak join? Actually ada tanya dia orang. Dia orang kata boleh join. Mengalu-alu kata mereka. Bila tanya apa nama trip? Kata mereka, trip rintis dan rahsia. Haaaaaaaaaaaaaaaaaa......😱😱😱 mendengar kata rahsia jer dah tahu betapa hakkurnya trip. Level-level dewa jer boleh join. Aku memang tak boleh trip hakkur. Tak kuat. Disamping itu, tarikh trip juga menjadi halangan untuk join.
Semalam aku berkesempatan lepak dengan salah seorang pendaki. Namanya Cokek. Mulanya dia pesan jangan mention namanya, aku setuju untuk tidak letak namanya. Tapi aku letak nama samaran jer. Cokek adalah nama samaran.
Pada Khamis (30 Ogos), malam, semua pendaki berkumpul di TBS. Dari TBS, mereka menaiki van menuju ke Fraser Hill.
Jumaat (31 Sept) pagi, semua pendaki sudah bersiap sedia untuk mendaki. Mereka memulakan pendakian di pintu rimba Pine Tree Hill dan bakal menamatkan trip ini di Sungai Dara, Tanjung Malim pada Selasa (4 Sept).
Pada hari pertama mereka mendaki, mereka berjaya menawan puncak Twin Peak. Meneruskan perjalanan dan berhenti bermalam di Sungai Merah. Sungai Merah ini adalah last water point dalam trek menuju ke puncak Gunung Semangkuk.
Sabtu, 1 Sept... Para pendaki sudah siap sedia meneruskan perjalanan atau pendakian. Dari Sungai Merah mereka menetapkan Three Boundaries sebagai destinasi hari ini. Menurut Cokek (bukan nama sebenar), perjalanan dari Twin Peak ke Gunung Semangkuk sangat memakan masa. Lama katanya.
Feeling
Di puncak Semangkuk, mereka berhenti berehat dan makan. Dengan menggunakan GPS dan topo, mereka meneruskan perjalanan. Selepas 300 meter menuruni puncak, guide mendapati trek ini tersasar. Mereka berpatah balik ke puncak dan cuba lagi sekali tapi lain trek. Still gagal. Malam pun sudah semakin lewat dan mereka memutuskan untuk bermalam di puncak.
Ahad, 2 September... Perjalanan dak-dak KeReX terus diuji apabila mereka masih lagi belum sampai ke batu penanda sempadan tiga negeri. Ini memaksa mereka untuk bermalam di dua kem haram. Malam ke 3, mereka bermalam di Kem Boh. Malam ke 4 (Isnin, 3 Sept), Kem Gulai Darat.
Tahukah u all, mereka telah out of schedule. Simpanan air mereka yang dari Sungai Merah semakin habis. Mereka tidak menjumpai sungai. Air ni sesuatu yang maha penting dalam apa jua keadaan. Dalam kepayahan mereka melawan mental untuk menghabiskan misi ini, doa mereka di makbulkan Allah. Maka turunlah hujan yang lebat. Rahmat ini segera diambil peluang dengan membuat tadahan. Maka syukur yang teramat.
Fuuuhhhhh......masa Cokek cerita tu, aku pun dah rasa meremang bulu roma sebab cuba merasai situasi mereka pada masa tu. Kental giler. Aku cuba masuk dalam situasi mereka.
Mesti korang ingat aku reka-reka storykan. Please ok......real story. Ada bukti. Kem-kem haram yang mereka namakan itu ada ceritanya. Korang boleh baca dari gambar di bawah.
Kem Gulai Darat
Selasa, 4 Sept.... Pelbagai cabaran dilalui dan ditempuhi, mereka gagal menjumpai batu sempadan tersebut. Dalam gelap dan berpandukan GPS, mereka terus menyusuri hutan. Mereka mengikut susur bukit yang dianggap kaki Gunung Lian.
Limit mental sudah sampai ke kemuncak. Letih dan putus asa. Buntu....kami buntu (mungkin itu yang menyerang fikiran mereka). Mereka putuskan untuk campsite haram. Dalam proses mencari campsite parang Poncho mengenai paip sempadan. Spontan Ponco melaungkan 'JETPOTTTTTTTTTT' kacing! kacing! Dengan menjumpai paip tersebut, itu menandakan mereka berada dalam laluan yang betul. Alhamdulillah....
Limit mental sudah sampai ke kemuncak. Letih dan putus asa. Buntu....kami buntu (mungkin itu yang menyerang fikiran mereka). Mereka putuskan untuk campsite haram. Dalam proses mencari campsite parang Poncho mengenai paip sempadan. Spontan Ponco melaungkan 'JETPOTTTTTTTTTT' kacing! kacing! Dengan menjumpai paip tersebut, itu menandakan mereka berada dalam laluan yang betul. Alhamdulillah....
Dengan terjumpanya batu sempadan itu, perasaan lega terpancar kerana mereka berada dalam laluan yang betul menuju ke puncak Gunung Liang. Hati sudah girang kerana mereka akan menuju ke puncak.
Jarum jam terus bergerak. Mereka masih dalam trek yang katanya adalah laluan ke puncak. Malam semakin lewat. Keletihan usah ditanya. Sambil berjalan pun tertidur. Dalam keadaan tersebut, Poncho mencadangkan agar berhenti berehat dan dirikan khemah. Lagi kem haram. Kali ini mengambil nama sempena seekor iguana. Maka terteralah Kem Iguana. Ini merupakan malam ke 5.
Kem Iguana
Taklimat
Rabu, 5 September... Selamat pagi guys. Mungkin itu ucapan yang mereka ucapkan pada setiap pagi bagi menceriakan suasana dan menaikkan semangat. Rasa-rasa hari ni boleh sampai tak puncak? Tanya pada mereka. Hahahahaha.....
Langit tidak selalu cerah, mendung tidak bererti hujan. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Perjalanan ke puncak Liang tidak semudah yang disangka. Mereka berjaya sampai di puncak pada jam 10 malam.
Mereka tidak bermalam di puncak. Terus menuruni puncak menuju ke Sungai Dara. Jam 10 pagi mereka tiba dan membuat pengurusan diri. Balik ke destinasi masing-masing.
Apa yang ditulis ini adalah sebahagian kecil dari keseluruhan cerita. Catatan ini sebagai satu dokumentasi pada masa akan datang. Dan katanya, trip rintis ini adalah Bahagian 1 daripada beberapa bahagian yang belum siap sepenuhnya. KeReX make a first move guide by Poncho. Wow...!!! Emezim....
Cuba juga try tanya apa rahsia tu, tapi tak sempat apabila hujan mulai turun.
Apa pun, TAHNIAH buat semua pendaki. Bak kata Abd Salam, MAKE KeReXian proud. Ye ke? Hahahahahaha.... Buat senior KeReX, Ejab, Shahrul dan Wife yang turut serta dalam pendakian bersejarah ini, syabas. Hihihihih
Untuk rekod Trans SemaLiang ini telah melalui puncak-puncak berikut :
Untuk rekod Trans SemaLiang ini telah melalui puncak-puncak berikut :
Pine Tree Hill
Twin Peak
Semangkuk
Three Boundary
Liang East & West
Terbaik! Kalau ada 2.0 nak join
ReplyDelete...ok...in shaa Allah ada....nnt kami ajak k.....
DeleteOrait boss..
DeleteWow! ada gpx tak?
ReplyDeletekena minta sama ponco...hihihihi
Delete