9.11.18

--- Cambodia, Tonle Sap Lake Bosan ---

09 November 2018...
Kemboja?.....Cambodia? Tak pernah terlintas dalam fikiran untuk ke negara tersebut. Daus tetiba offer. Bukan trip mendaki atau minum kopi tetapi motocross. Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...... Hari tu motocross di Bromo. Kali ini di Cambodia pula. Amazing...!!!

Aku cakap pada Daus, beli je lah tiket. Aku on jer. Kalau ikut kata hati aku, malas nak pergi sebab takut naik flight. Maka dengan pantas, tiket pun dibeli. Aku tak ada pilihan melainkan kuatkan mental untuk menghadapi perasaan takut.

Flight kami awal pagi. Aku macam biasa, naik train dari Putrajaya Sentral pada jam 0451. Kebetulan terjumpa Rais dalam train. Sembang-sembang sikit sebab lama tak jumpa. Dalam dok sembang-sembang tu, rupa-rupanya Rais pun join trip ke Cambodia ini. Haaaaaa.......

Rais ni last kami trip sama ialah di Gunung Baling, Kedah. Dia member kepada Daus. Belajar sama-sama di Paris suatu ketika dahulu. Kini Rais dah berjaya dalam kehidupan dan kerjayanya.


Di airport, segalanya berjalan lancar. Aku dan Rais terus menuju ke tempat berkumpul yang biasa iaitu food court, level 2 (if im not wrong). Kelihatan dari jauh ialah Wan dan Daus. Seorang gadis ini rakan baru dan belum kenal. Kenal gitu-gitu je dalam group. Beliau memperkenalkan diri sebagai NorC. Sama seperti dalam group.

Selesai makan, terus bergerak ke pemeriksaan passport. Proses check in dah settle semua. Aku, Daus dan Rais tak beli luggage seperti kebiasaan.

Sampai jer kami di gate 5, tak sempat nak duduk, dah panggilan terakhir flight AK 542. Uit...!!! Awalnya. Tanpa membuat sebarang bantahan terhadapa masa yang diawalkan itu, kami pun terus masuk dan mengambil tempat duduk.

Semalam aku memang sengaja tak tidur sebab aku nak tidur dalam flight agar aku tak mabuk atau sebagainya. Sebelum tu, aku dah buka kertas muntah. Siap sedia jika apa-apa berlaku.

Kelihatan landasan lapangan terbang basah. Hujan renyai-renyai. Dalam hati, "takkan nak fly juga?". #paranoid

Pejam celik...pejam celik.....flight belum terbang.

Kami selamat tiba di Seam Reap International Airport. Pendaratan yang sedikit mengejut kerana landasannya pendek kot. Airportnya cantik. Kena isi borang macam biasa.

Ketibaan kami telah dinantikan oleh tut-tut yang telah disediakan oleh pihak hotel, tempat kami menginap.

Cuaca sedikit panas. Bukan sedikit tapiiiiiii....PANAS. Kami menaiki tut-tut menuju ke Tanei Boutique Villa yang jaraknya hampir 10 km. Sepanjang perjalanan, kiri kanan adalah sawah padi. Rasa macam kat kampung aku ja. Jalan raya banyak lubang. Cara pemanduan sedikit menakutkan tapi orang-orang di sini dah biasa.

By the way, untuk pengetahuan rakan-rakan yang sedia maklum bahawa penggunaan matawang utama di sini ialah Dollar Amerika. Sebab? Itu tak pasti. Nanti kita cuba siasat. Maka dengan itu kami hanya menukar nilai dollar sahaja. Tak tahu rupa duit Cambodia.

Dalam percaya dan tidak percaya ketika melalui jalan-jalan dan lorong berdebu ini, kami pun tiba di hadapan hotel (13°21'8.12"N, 103°51'2.93"E). Wow..!!! Cantiknya hotel. Hotel ni telah ditempah secara online melalui Agoda oleh Norc. Harga RM 781 untuk 3 bilik selama 4 hari. Harga ini termasuk sarapan dan pengangkutan ke airport. Muraaahhhhhh.....Mana nak cari guys.....





Sebelum naik ke bilik, sedikit perbincangan dengan pihak hotel berkaitan tour hari ini. Bincang dari segi harga dan tempat-tempat yang menarik untuk dilawati. Antara info yang dapat aku catat ialah sewaan basikal. Bagi basikal biasa, USD 3 dengan jarak perjalanan yang dekat. USD 6 pula bagi mountain bike dengan jarak yang lebih jauh. Boleh sampai ke Angkor Wat katanya.





Done dapatkan quotation dari pihak hotel. Maka, kami pun naik ke bilik untuk buat pengurusan diri. Selang beberapa minit, Rais datang ke bilik untuk berbincang dengan Daus lagi. Dak-dak oversea memang penuh dengan perancangan. Hahahahahaha....

Rais cadangkan solat Jumaat. On..... Kemudian Rais dan daus turun dapatkan lagi more info di kaunter. Masih ada perkara-perkara yang menjadi tanda tanya.

Ok, tahukah anda bahawa kami dikejar anjing ketika dalam perjalanan ke kedai makan. Hurmmmm....

Sebelum solat jumaat, kami makan tengah hari dulu. Kedai berdekatan dengan masjid. Nama kedai makan itu Backpackers Halal Food (13°21'12.15"N, 103°50'56.64"E). Akak ni pandai berbahasa Melayu. Rata-rata harga makanan bernilai USD 2 - USD 4. Muraaahhhhhh.....


Jalan yang salah



Time makan masih lagi bincang tentang tentatif samada naik motor eletrik atau tut-tut. Antara yang menjadi pertimbangan ialah scammer. Andai naik motor, takut pelbagai caj atau parking caj. Sama juga kalau basikal. So, kaedah mudah dan selamat ialah tut-tut.

Sedang enak menjamu selera, kami didatangi seseorang. Dalam umur 40-an begitu. Aku tak ingat nama. Dia bertanya itu ini secara mesra. Kemudian mencadangkan beberapa lokasi pelancongan dengan harga. Dengan yakin beliau memberitahu bahawa harga hotel sangat-sangat mahal.

Dengan baik, kami menolak kerana sudah confirm dengan pihak hotel. Tapi beliau seakan-akan tidak berputus asa dengan menyatakan bahawa benda boleh tukar. Hurmmmm......

Cara dia macam tak push kerana memberi maklumat. Tapi sebenarnya memang push. A little bit annoying. Kemudian dia pun beredar dengan ayat, "....takper, tak paksa. Saja la nak bagi peluang kepada orang Islam kita.".

Apapun, awek kedai ni lawa. Cantik dan sopan.

Azan dah mula berkumandang. Kami pun bergegas menuju ke masjid. NorC lepak sini sambil menjaga barang. Total makan tengah hari di sini ialah USD 16.50.





Berjalan pulang kembali ke hotel. Buat sedikit pengurusan diri. Ada yang nak masuk toilet. Maklum la baru lepas makan. Tut-tut dah sedia menunggu di hadapan hotel. Seperti yang dipersetujui, pakej hari ni berharga USD 105.

Kami dibekalkan mask.

Destinasi petang ini ialah Tasik Tonsle Sap. Jarak dari hotel ke sana lebih kurang 12 km. Patut la dibekalkan dengan mask. Rupa-rupanya jalan menuju ke sana sangat berdebu. Menurut Sarak, sekarang musim kering.








Kiri kanan sungai. Aku susah sikit nak story part Tonsle Sap Lake ni kerana agak bosan. Ditambah dengan cuaca yang agak panas dan berdebu teruk. Aku beberapa kali terlena atas tut-tut. Enjoy tu enjoy tapi tak sampai. Hahahahahahaha...

Mungkin ia tidak ada sesuatu yang wow seperti tempat-tempat yang pernah kami kunjungi sebelum ini.





Kami tiba di jeti yang menempatkan banyak bot-bot dan sampan. Sarak uruskan tiket dan kami di bawa naik ke bot. Bot pun bergerak menyusuri sungai yang airnya coklat. Sepanjang sungai tak tahu nak layan apa. Arghhhhhhhhhhhhhh....aku buntu.

Menurut Sarak, pada musim hujan, paras air sungai ini akan meningkat sama paras dengan jalan sekarang. Sebab itu jika dilihat pada ketinggian tiang rumah-rumah sini sangat tinggi.



















Kami berhenti seketika di sebuah port. Aku tak tahu nak panggil apa. So aku panggil jer port. Like a persinggahan. Ada restoran. Dari sini, pelancong boleh menaiki sampai kecil untuk menyusuri hutan paya. Nak story lebih-lebih pun tak tahu sangat sebab kami pun tak melaluinya. Tapi boleh bayangkan suasananya. Antara faktor kami tak ambil that tour is cost.

15 minit kemudian, kami meneruskan sisi pelayaran yang...yang...yang.....




Kami akhinya tiba di penghujung perjalanan. Seakan-akan sebuah laut terbuka dengan angin yang kuat dan alunan air tasik yang mengumbang ambingkan bot. Ternyata tasik ini cukup luas. Tidak kelihatan penghujung tasik ini.

Kami hanya beberapa minit sahaja di sini dan berpatah balik menyusuri sungai dan kembali ke jeti.






Dalam perjalanan pulang kami sempat berborak pasal revolusi industti keempat. Kemudian tertidur di atas tut-tut. Tiba di hotel, kami buat pengurusan diri. Pergi warna oren, balik pun warna oren. Tahi hidung warna coklat dan hitam akibat debu.

Malam ni kami makan di sebuah kedai di jalan yang sama siang tadi cuma lain kedai. Kedai ni agak mahal sedikit berbanding siang tadi.

Pesan soda gembira tapi kena bancuh sendiri.

Satu hal yang menarik ialah dapurnya tidak kedengaran bunyi sudip bertembung dengan kuali atau belanga. Senyap jer. Tetiba dah siap. Hahahhaha.... Persoalan ini dah berlegar-legar di kepala sejak siang tadi. Makan malam bernilai USD 25.

Aktiviti seterusnya ialah berjalan menuju ke night market. Window shooping jer dulu malam ni kerana baget belum boleh ke arah tersebut. Waaaaaa.....ada makanan esotik guys....ada katak, ada kala jengking, ada ular dan macam-macam lagi.

Urut....yes...di mana-mana ada night market dalam dunia ni ada. Aku pun hairan apa yang best sangat urut.

Teng ada mesej aku untuk pesan belikan beliau selendang. Aku kata ok tapi bukan malam ni. He say ok too. Ada beberapa barangan menarik minat aku untuk membeli tapi apakan daya, duit tak cukup.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...