24.8.18

--- Kunming, episod akhir ---


Perjalanan 10 jam dengan keretapi dari Lijiang ke Kunming, selamat kami tempuhi. Kalau ada yang tanya tentang bosan, aku jawab tak bosan sebab kami lebih kepada tidur jer dalam train. Paling-paling pun berborak. Layankan Eda. Hihihihi.....

Beberapa kali terjaga sepanjang perjalanan. Akhirnya kedengaran Epy memperingatkan aku tentang Subuh. Aku pantas bangun. Kelihatan koridor lengang. Aku pun dengan pantas ke toilet untuk wuduk seterusnya solat.

Dalam train on the way dah berbincang-bincang what next destination or activity. Macam biasa, Daus akan lebih ke hadapan kerana beliau sangat informative person.



Ramainya orang keluar dari Kunming Railway Station

Kami selamat tiba di Kunming Railway Station sekitar jam 0930 lebih. Dengan muka tak mandi segala. Seperti yang telah dipersetujui, kami akan ke airport terlebih dahulu untuk pengurusan diri dan drop beg.

Untuk sampai ke airport dengan train mengambil masa yang agak lama juga. Hampir sejam dengan pertukaran lane. Dari stesen Kunming naik train menuju ke South Ring Road Station. Tukar train dari Lane 1 kepada Lane 2. Dari Lane 2 kepada Lane 3 di Dongfeng Square Station. Turun di East Coach Station untuk pertukaran terakhir iaitu dari Lane 3 kepada Lane 6 dan terus ke Airport Center Station. Rujuk map untuk mudah faham. Macam naik train kat Malaysia jer.




Di airport, sebelum drop beg, kami buat pengurusan diri terlebih dahulu. Bukan nak mandi tapi sekadar nak gosok gigi, basuh muka, berak, lap badan dan bla...bla.... Mandi jauh sekali la.

Kami drop beg di tingkat 3. 30 yuan seorang. Pick up before jam 1930.

Bagi menghabiskan masa sebelum menjelangnya malam, kami bercadang untuk ke Western Hill. Western Hill terkenal dengan satu monumen iaitu Dragon Gate. Mendengar namanya sahaja, aku membuat tafsiran bahawa itu adalah tempat atau pintu masuk bagi seekor naga. Macam tempat perjumpaan antara manusia dengan naga. Alaaaa.....mitos-mitos cenggitukan sinonim dengan cerita China.

Dari airport nak ke Western Hill hanya sekali jer pertukaran lane iaitu dari Lane 6 kepada Lane 3. Cuma mengambil masa lama sedikit kerana banyak station sebelum tiba di station paling hujung iaitu Western Hill Station.



Bayaran sebanyak 80 yuan dikenakan untuk memasuki taman ini. Nilai tersebut merangkumi  beberapa entrance seperti bus, gondola, mini bus dan Dragon Gate. Katanya 80 yuan adalah harga seson sekarang yang sedang school holiday.



Ok, kami akan naik bas untuk menuju ke gondola gate. Gondola ni memberi satu mimpi ngeri sejak kejadian di Snow Mountain tempoh hari. Tapi aku cuba juga. Rasanya boleh kot sebab tak ada yang jual oksigen tank. #psiko.

Alhamdulillah....gondola kali ni lebih tenang walaupun ianya gondola buaian. Tak gayat sangat sebab nampak tanah. Hahahahaha....







Dari gondola, di sebelah kiri boleh lihat sebuah tasik. Mulanya aku ingatkan laut. Tapi bukan. Ia merupakan sebuah tasik, Dianchi Pool. Di situ juga ada gondola.

Dari gondola, berjalan pula menyusuri tebing tinggi untuk menuju ke Dragon Gate. Selain Dragon Gate ada lagi monumen-monumen lain yang kebanyakkannya adalah tokong. Tentang Dragon Gate yang seakan-akan terkenal itu rasanya hanya biasa-biasa jer. Tak tahu apa yang wow nya. Hahahahaha.........



j
'



Dragon Gate

Takungan yang tidak pernah kering


Gambar di atas menunjukkan sebuah takungan air. Ada 2 ekor lembu. Sebelum baca information, aku dah boleh teka bahawa itu adalah sebuah takungan yang tidak pernah kering. Daus mengiakan apa yang aku teka sebab Daus membaca.

Selesai lawatan di Dragon Gate, kami berjalan menuju ke mini bus. Mini bus akan membawa kami ke gondola entrance tadi. Dari situ, beratur tunggu bas besar untuk bawa kami turun ke lokasi pertama tadi.

Lapar? Yes.....lapar sangat. Kami plan nak ke Masjid Yongning untuk makan dan solat. Teruja nak pergi makan situ kerana hari tu terlepas. So, kali ni dengan harapan yang tinggi.

Kami tidak lagi berjalan sejam lebih seperti tempoh hari. Kali ni kami naik train. Station paling dekat dengan masjid tersebut ialah Tangzixiang Station, Lane 2. Jarak, plus minus 1 km lebih.

Sampai sahaja kami di masjid, Daus mohon untuk makan dahulu sebelum solat sebab terlalu lapar. Namun ia tidak semudah yang disangka. Kami tak jadi makan kerana proses nak ordernya so complicated. Kedai sini tak ada menu. Lebih kepada makan berlauk style. So kena ambil pinggan dan ambil lauk. Mmmmm....

Daus dan Eda menggoogle kedai halal terdekat. Katanya ada nama Sulaiman restoran. Berhampiran dengan station train tadi. Jauh la nak patah balik. Akhirnya kami putuskan untuk solat terlebih dahulu.

Yongning Mosque

Jom cari Sulaiman Restoran. Pencarian kami telah menemukan kami kepada satu kawasan muslim. Terdapat sebuah pintu gerbang pada jalan masuk ke kawasan muslim tersebut. Kami terus ke restoran yang ingin kami tuju. Nampaknya, kami diuji lagi. Kebanyakkan menu makanannya sudah habis. Maka kami tinggalkan restoran tersebut dan berjalan lagi. Kami makan di sebuah restoran biasa sahaja. Hahahahahaha...... Makan sate.








Selesai makan, kami menuju ke masjid takkala mendengar suara azan Maghrib berkumandang. Kami bercadang untuk solat dulu sebelum menuju ke airport.

Sangkaan kami yang ianya Maghrib adalah salah sama sekali. Itu azan Asar rupanya. Jam menunjukkan 1855. Kalau tengok apps solat, time ni waktu Maghrib. Mmmmm....kami keliru. Memandangkan kami dah buat jamaq tadi, kami hanya singgah bergambar sahaja.

Suncheng Mosque



Sebelum ke airport, kami shopping cenderahati sikit. Nak habiskan saki baki duit yuan.


Semetara menunggu kaunter dibuka, kami buat pengurusan diri dan solat. Epy sedang menghabiskan data internet sebelum pulang ke tanah air.

Segalanya berjalan lancar. Kami selamat mendarat di Kuala Lumpur sekitar jam 0630. Alhamdulillah....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...