8.12.18

--- Trans Naning, Gunung Datuk, Rembau, Gagak, 701 dan Kem Ultra ---

Hari Jumaat pagi, perlahan-lahan kumpul barang hiking. Mula dengan ambil beg. Kemudian matress. Buat bentuk dalam beg. Ambil sleeping beg. Letak paling bawah. Ada satu frasa, "yang kemudian didahulukan, yang dahulu dikemudiankan". Haaaaaaaa..... Ok, next is pakaian trekking dan pakaian tidur. Pergi dapur ambil pula peralatan makanan. Siap...!!!

Owh...!!! Kasut hiking jangan lupa. Tapi kasut dah koyak teruk la. Load ke dalam kereta. Gerak selalu.

Tiba di Melaka, aku perasan yang sebuah beg tak ada dalam kereta. Perghhhhh....!!! Terbaik. Yang ada cuma haversack, sleeping bag dan pakaian hiking jer. So macam mana?

Dalam group whatsapp, dak-dak KereX dah set untuk bergerak dari Melaka pada jam 5.00 pagi. Ok, awal tu nak gerak. Harap-harap tidak ada yang tewas.

Zzzz....Zzzz...

08 Disember

Solat Subuh di RnR Jejantas Ayer Keroh. Exit tol Simpang Ampat. Ambil jam 3 di bulatan. Drive sehingga ke simpang tiga antara Tampin dan Rembau. Singgah breakfast di situ. RnR belum buka. Hmmmm....makan roti canai sahaja.

Dapat info dari Rul bahawa parkir dah penuh. So kena parkir bawah. No hal lah.

Dah jam 8. Pendaki-pendaki semakin ramai. Siap ada liputan media. RTM katanya. Tapi line up kita belum cukup. Mana yang lain? Yang kelihatan Rul, Is, Izzat, Fifi, Gadis 1 dan Gadis 2.

Rul ajak pergi hantar kereta di Bukit Tampin, ending point. Perjalanan pergi balik lebih 30 minit.

Jam 10 baru mula mendaki... Berikut adalah line up Trans Naning :

  • Shahrul (gogo)
  • Fifi (guide)
  • Melor
  • Kovin
  • Aishah
  • Izo
  • Firdaus
  • Dauz
  • Iiema
  • Mus
  • Harith
  • Farah
  • Fitri
  • Eis (sweeper)

Dalam dunia yang serba maju ini, masih ada lagi yang nama Melor ek? Terbaiklah. Orang kata 'rare'. Apapun, sebelum mendaki sedikit taklimat daripada gogo dan bacaan doa. Sebenarnya dah lama nak hiking dengan dak-dak KereX. Akhirnya tercapai.


Taklimat daripada gogo









Wajah-wajah suci sebelum menderita nak balik


Menuju ke puncak Gunung Datuk. Seperti yang diketahui ramai orang, fasa pertama trek Datuk ini memang pacak sehingga ke satu kawasan rehat pertama. Selepas dari itu, dah ok sikit. Pendakian berjalan lancar. Kami sempat menyaingi pendaki-pendaki yang dahulu dari kami. Dak-dak KereX dah laju ke depan sinun. Memang tak pandang dah orang belakang. Hihihihi...

Walaupun dah banyak kali mendaki gunung ini, penatnya memang terasa. Selain faktor umur, trek gunung ini juga sudah banyak berubah. Mungkin di sebabkan kekerapan pendakian yang tidak kira samada hujan atau tidak. Ini kalau hujan memang licin.








Tempat rehat

Terjumpa ular kapak


Tiba dipuncak Datuk kurang jam 12 tengah hari. Seperti yg dijangka oleh Rul. Benarlah orang kata,"diam-diam ubi berisi", "makin tua, makin menjadi" dan "otai masih berbisa". Sebelum tiba di puncak, sudah kedengaran suara para pendaki yang ramai. Bersorak-sorak kegembiraan.

Berasur-ansur pendaki awal ini mula mengosongkan puncak. Team belakang pun tiba setelah hampir 40 minit kami menunggu. Bukan kerana mereka lambat tapi kerana jem apabila pendaki yang ramai ini turun.

Ramai yang bertanya pada kami, "....training ker ni?".....dan....."....tidur atas ke?"..... Mungkin pertanyaan tersebut disebabkan kami menggalas haversack yang besar.












Persediaan makan tengah hari



Kalau ikut hati, macam malas nak ke puncak Datuk sebab dah banyak kali pergi. Tapi disebabkan ada struktur tangga besi, aku gagahi juga. Pujian patut diberikan kepada pihak yang bertanggungjawab menyediakan kemudahan ini. TERBAIK...!!!












Masak lunch di puncak datuk. Menu trip kali ni, padu beb. Menu tengah hari ini Spaghetti Oglio Bersama Jejaka Korea. Haaaaaaaaaa........😲😲😲

Jam 2.00 petang start menuju ke Gunung Rembau. Trek sedikit mendaki. Penat beb. Sampai di Simpang Y, kami free body menuju ke puncak Gunung Rembau. Perasaan penat tadi terus hilang apabila Fifi menyatakan hanya 5 minit sahaja untuk sampai ke puncak dari sini.

Dalam pendakian satu jer perkara yang membuatkan aku mental iaitu membuat target atau dalam omputih, 'estimate time'. Seriusly..... bukan 5 minit tapi mencecah 15 minit lebih. Arghhhhhhhhh.......




Check pacat



Tak lama berada di puncak Rembau. Cergas ambil gambar kemudian kembali semula ke Simpang Y. Yes...! Masa balik boleh dapat 5 minit. Ambil beg dan berjalan ke puncak Gunung Gagak.

Tadi masa di Datuk, sebelum berjalan, Rul ada beritahu yang kita boleh sampai ke campsite dalam jam 6 petang. Now kat sini jer dah pukul berapa? Hmmmm.....

Trek menuju ke puncak Gunung Gagak tidak mudah yang disangka. Banyak menurun dan sliding. Jatuh? Itu sudah pasti. Beberapa rakan kita tergelincir.

Sampai juga setelah sejam berjalan.



Sedang berbicara tentang arah kiblat





Lagi berjalan menuju pula ke puncak 701. Mental... mental...mental.... Dalam fikiran berlegar-legar overtime. Katanya  mungkin tiba jam 9 mlm. Perghhhhhh. Ketibaan kami di puncak 701 dah menghampiri waktu Maghrib. Maka, kami berhenti rehat lama sedikit. Beri masa kepada rakan-rakan kita yang tidak boleh Jamaq. Sebelum bergerak, siap sediakan headlamp.

Kalau siang treknya teruk, apatah lagi berjalan pada waktu malam. Trek menuju ke Kem Ultra (campsite) adalah menurun sahaja dengan sliding. Gangguan daripada serangga yang tertarik pada cahaya headlamp, menambahkan lagi gangguan fokus ketika berjalan. Entah bagaimana, seorang teman (Fasha) kakinya terseliuh kerana termasuk lubang. Bagi mengurangkan beban, begnya perlu dibawa oleh orang lain. Elia, yes, anak muda yang menawarkan diri untuk menggalas beban tersebut.

Dalam fikiran, aku minta diaorang transfer jer barang tu. Tapi katanya tak perlu. So ok la.

Kejadian injured sehingga terpaksa beg di bawa oleh orang lain ni acap kali berlaku. Pendapat aku ialah tidak cantik kalau beg tersebut hanya dipikul oleh seorang walaupun berganti-ganti. Kita seboleh-bolehnya mahu seorang pendaki dalam keadaan terbaik ketika berjalan tanpa gangguan. Jika terpaksa galas satu lagi beg, ini memberi satu gangguan. So..is better jika barang-barang di masukkan dalam beg dan disusun dengan baik. Biar pendaki yang injured itu menggalas beg kosong. Ini hanya sekadar pendapat jer tau. Jangan nak serius sangat. Hahahahahahaha.....

Setelah berhempas pulas mengharungi trek menurun dengan sliding, terdengar Elia minta ganti bawa beg tersebut pada rakan di depan. Katanya berat. Tapi Elia terus menggalas beg tersebut sehingga ke point di mana dia nak buang air kecil. Memandangkan Elia dah turunkan beg, aku cadangkan sedikit barang dipindahkan kepada aku. Tapi sayang sekali, rupa-rupanya dah tak jauh kami dengan campsite tersebut. Bawah tu jer. Kami sampai di campsite pada jam 10 malam lebih...waaa...ada sungai...mandiiiiiii...

Banyak kali berehat



Tapi sebelum itu, kami bekerjasama mendirikan khemah. Kemudian baru buat pengurusan diri. Tapi tidak bagi Rul. Sebagai gogo dan chef, beliau sangat-sangat menjaga kebajikan line up. Rul terus setup dapur dan buat air kopi dan persediaan masak makan malam dengan di bantu oleh junior-junior.

Menu Roti Sejuta Rindu Kekasih Baru menjadi menu ringan-ringan sebelum menu berat. Menu roti ini dimakan bersama dengan durian.

Makan malam pun dah tak makan malam kerana dah jam 1 pagi lebih. Rul masih struggle memasak nasi. Ada sebilangan rakan-rakan dah terlelap.




Setelah beberapa jam berlalu, akhirnya Nasi Beriani Duka Lara Kerna Cinta pun siap. Nak makan atau nak tidur? Ok....jom makan. Kejut yang lain bangun.

Zzz...Zzzz....

5 comments:

  1. roti cicah kuah durian...sedappp tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap lidah merasa, sedap lagi bawa yg memikul haversack....kahkahkahkah....

      Delete
  2. Rebus spageti kat atas gunung atau bw yg dh siap rebus?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...