12.6.21

Join Sukarelawan Vaksin

Nak buat story atau tak? Nak buat atau tak? Buat atau tak?.........Ok buatlah. Dah lama blog ni tak der story atau entry sejak aktiviti travel atau outdoor terputus dek kerana #pkp yang pelbagai versi. Tapi thats not a issue. PKP ni dibuat untuk kebaikan manusia sejagat. So why bother...why bother... #divaaa.

Sehari awal dapat mesej dari seorang rakan kerja tentang aktiviti sukarelawan ini. Was-was juga nak join sebab aku agak paranoid. You know la why kan kenapa. Aku cuba brain wash rakan aku tu. Tapi gagal.

Ok....settle isi form dan bagi detail diri pada PIC.

Sabtu, jam 8.00 pagi, dah berkumpul di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Tenggaroh. Breakfast disediakan. Makan dulu. Sejam kemudian sedikit taklimat berkaitan perjalanan program hari ini. Paling penting ialah taklimat dari doktor berkaitan SOP dan pemahaman vaksinasi agar kami boleh menyakinkan masyarakat. Walaupun ada di kalangan sukarelawan ini masih ragu-ragu dengan vaksin. Hummmm...aku la tu. #agen #konspirasi #cip #dajjal

Antara intipati taklimat adalah mewujudkan imunisasi kelompok. Sama seperti penyakit cacar, rubela, polio dan lain-lain yang kini jarang-jarang berjangkit. Itu adalah salah satu contoh proses vaksinasi yang telah kita lalui sejak lahir dan di zaman sekolah. Cuma kita dewasa ini tak perasan apabila netizen atau sosial media lebih menggembar-gemburkan informasi palsu lebih dari yang sebenar. Walhal netizen dapat hidup sampai sekarang ni sebab ambil vaksin masa kecil.

Seterusnya vaksin ini adalah untuk meransang sistem imunisasi badan agar kenal akan virus covid-19 sekiranya terkena pada masa depan. Ini menjadikan seseorang itu kurang mendapat gejala yang lebih serius seperti sesak nafas. Mungkin hanya sekadar demam. Itu reaksi normal sistem badan.

Pendek kata, apa yang doktor terangkan adalah seperti dalam TV. Dia ulang balik jer skrip tu.

Sebelum mengakhiri taklimat, ada sesi Q n A. Sesi ini tidak dilepaskan peluang oleh En. Ijoi dengan bertanya 2 soalan penting.

Soalan 1 : Ok doktor.. Kita keluar untuk rumah ke rumah, then maklumat perlukan IC. Walaupun saya dah complete dua dos vaksin, tapi keraguan tu tetap ada. Macam mana dengan SOP sekiranya kita pegang IC orang yang nak kita daftarkan?

Jawapan : Guna sanitizer selepas tu. Kalau ada ruang, boleh letak atas meja atau tempat yang sesuai mengelakkan jangkitan sekiranya ada orang dalam rumah sedang kuarantin atau ada virus.

Pendek kata contactless. #ijoidahduados #contactless

Soalan 2 : Macam mana kita nak fahamkan pada masyarakat tentang suntikan vaksin. Kebanyakan fahaman mengatakan kebimbangan sekiranya ada pnyakit, contohnya penyakit darah tinggi, kencing manis mungkin ada kesan selepas tu. Apa pendapat doktor?

Jawapan 2 : Daftar sahaja dulu pada My Sejahtera cumanya yang ada penyakit, mungkin kena kawal dulu. Tapi kalau suntik tak ada apa sebenarnya. Sebab vaksin yg dibekalkan ditempat kita buat masa ini ialah Sinovac dan Pfizer yang bersesuaian dengan kondisi tubuh dan environment tempat kita. Di bandar-bandar besar, Astrazeneca dah ada digunakan.






Ok...tanpa membuang masa semua sukarelawan bergerak dengan 2 buah kenderaan JKM menuju ke Jemaluang.

Setiba di Jemaluang, uncle-uncle dah sedia menunggu. Kami terus dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Satu kumpulan 2 orang. Diketuai oleh seorang uncle yang akan menjadi pemudahcara. Maka bertebaranlah kami di sekitar Jemaluang pergi ke rumah-rumah untuk membuat pendaftaran vaksin. 

Aku cerita site aku jer lah k sebab yang lain aku tak tahu. Untuk team aku bersama Ijoi, alhamdulillah, kami mendapat kerjasama yang baik dari masyarakat. Uncle tu sangat memainkan peranan dalam memudahkan kefahaman kepada masyarakat Lorong Hussar, Batu dan Jalan Mersing dalam kepentingan mendaftar vaksin.



Tidak dinafikan macam-macam kerenah tapi dapat diatasi dengan baik. Antara tugas kami adalah mendaftarkan masyarakat di situ ke dalam program vaksinasi. Semak samada MySejahtera mereka sentiasa dikemaskini. Bagi yang tiada atau belum atau tidak tahu mendaftar, kami bantu daftarkan. Dalam banyak-banyak tu, ada seorang dua yang menolak untuk mendaftar. Dalam pada itu kami menyebarluaskan kefahaman tentang kepentingan vaksinasi ini.

Dengan sifat Ijoi yang ramah mesra memudahkan lagi proses pendaftaran. Terima kasih En Ijoi. You are wonderful.

Dalalm jam 1 tengah hari, kami sudah berjaya mencapai target. Kami berjalan kembali ke lokasi berkumpul tadi. Makan tengah hari. Bersiap-siap untuk pulang dan bersurai.

Sultan lalu
 
 







Komen sikit tentang sistem pendaftaran vaksin melalui laman sesawang https://www.vaksincovid.gov.my/daftar/ ini, kita tak tahu samada pendaftaran berjaya atau tidak kerana tidak ada notifikasi samada berjaya dihantar/daftar atau gagal. Sepanjang pendaftaran kami buat tak ada notifikasi. Tak tahu la samada kami yang tidak pandai. Bagi pendaftaran melalui web ini, kami backup dengan catatan di dalam borang menandakan bahawa kami dah cuba daftarkan.

#southernvolunteer #sukarelawanjohor #sukarelawanmersing

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...