19.6.21

Sukarelawan Vaksin di Seri Pantai

Jika semalam kami di Taman Sri Mersing yang dikatakan taman yang terbesar, hari ini, kami di kawasan Seri Pantai pula. Rasanya kawasan ini lebih besar berbanding semalam. Rumahnya berselerak menjangkau kawasan-kawasan yang belum pernah kami jejak bagi orang luar.

Berkumpul terlebih dahulu di port biasa. Sarapan. Bergerak menuju ke rumah Ketua Kampung Seri Pantai, Tok Padil. Betul ker? Alamak, dah lupa nama ketua kampung. Itu memang kelemahan aku untuk mengingati nama orang. Muka, in shaa Allah ingat. Hihihihihi....

Untuk ke Seri Pantai, kami dibenarkan untuk menaiki kenderaan sendiri.

Tiba di rumah Ketua Kampung, kami diberi taklimat terlebih dahulu dan bacaan doa sebelum memulakan misi. Setiap kumpulan ditemani oleh orang kampung itu sendiri sebagai penunjuk arah dan pemudah cara.

Maka berseleraklah kami di muka bumi Seri Pantai yang berbukit-bukit ini.....#mukabumi. Rumah-rumah boleh dikatakan agak jauh dan berselerak. Kena kerja keras hari ini guysssss.... Bancian hari ini membawa ke petang sebab ada kawasan yang tidak sempat diterokai.

Owh.....kami juga turut dingatkan agar berhati-hati kerana kawasan ini ada individu/keluarga yang bergelang pink.

Nasi lemak bawa sendiri
 



Jangan sedih sangat dik. Belum mula



Dengar taklimat jer dah sedih...



Berdoa dulu yuk...

















Kontak rapat...






Jika kita rasa kita dah susah dengan pelbagai masalah, ketahuilah, banyak lagi orang yang lebih susah dari kita. Itu antara pengajaran dan pengalaman yang aku dapat sepanjang aktiviti ini semasa berkunjung dari rumah ke rumah.

"Pakcik ni ada sakit macam-macam. Boleh ambil vaksin ker?"...... "Pakcik ni kena tanya pakar dulu sebab minggu lepas dah jumpa dengan pakar sebab ada masalah dengan buah pinggang"...... "Nanti akak daftar sendiri. Akak ada MySejahtera"..... "Waahhh...!!! Dari rumah ke rumah ek korang buat? Memang semua nak kena daftar ke?"......bla...bla...bla..... Antara ayat-ayat yang didengari.

"Pakcik....daftar wajib. Cucuk atau tak, itu masing-masing. Kami tolong bantu daftar dan mudahkan jer. Nanti jika KKM call, kalau tak nak cucuk pun takper. Pakcik sakit? Nanti KKM yang akan tolong pakcik buat pemeriksaan. Kalau ada komplikasi, doktor akan tentukan samada Pakcik boleh atau tak.....", jawab Ijoi dengan penuh sopan santun. Ijoi memang win.

#southernvolunteer #sukarelawanjohor #sukarelawanmersing
#savepalestine #freepalestine #koyak

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...