21.10.22

--- Percutian Singkat Ke Sabah, Hari 2 ---

Tentatif hari ini berubah daripada tentatif asal yang diberikan. Asalnya island hoping pada hari Sabtu. Oleh kerana ada isu baju basah yang perlu dibawa naik ke flight maka dia orang ubah ke pagi ini.

Semalam semasa makan malam, ada ditaklimatkan. Taklimat dalam van yang satu lagi. Geng dalam van aku tak tahu. Hmmmmmm.....

Semalam seharian hujan. Untuk aktiviti ke pulau hari ini, aku putuskan untuk tidak join. Susah bawa camera untuk aktiviti air ni. Air garam plak tu. Bahaya. Lepak bilik hotel jer sambil proses gambar-gambar. Lagi pun aku mabuk laut. Ingatkan tak join, boleh lepak sorang-sorang. Haish......hihihihi.....tak per. Positif-positif.

Jam 11.30 pagi, bos ajak makan Halimah Nasi Kandar Royal. Kedai ni berdekatan jer dengan Sutera Habour. So kami terus check out. Sejam lebih lepak di sini sementara menunggu mereka pulang. Jam 12 van datang pick-up dan masuk ke Sutera Habour.




Kepulangan mereka yang berisland hoping dinantikan. Banyak cerita gembira yang mereka ceritakan kepada kami bertiga yang tidak pergi. Layan jer cerita mereka. Hahahahahaha.....

Beri masa untuk mereka buat pengurusan diri. Mesti laparkan? Ok jom lunch. Kami di bawa makan tengah hari di D'Lengkuas.

Destinasi hari ini adalah Kundasang. Paling ditunggu-tunggu.

Dalam perjalanan, kami singgah di Rumah Terbalik.












Kami lanjutkan perjalanan. Singgah pula di Jambatan Gantung Tamparuli. Ada persembahan tarian. Aku cuma petik sedikit kisah pembinaan jambatan ini. Ia dikatakan memerluan korban seorang anak gadis.Hihihihihi..... Ada unsur-unsur mistik sedikit.





















Di town Tamparuli ini kami solat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Kundasang. Ada sebuah masjid di hujung jambatan.

Driver kata nak kejar ke Nabalu untuk view Gunung Kinabalu. So dia bawa laju sikit walaupun jem. Aksi potong memotong membuatkan En Azmi dan rakan-rakan lain di belakang beristigfar. Namun, perancangan Allah mendahului segalanya. Kabus tebal menutupi Gunung Kinabalu ketika kami tiba di Nabalu.

Kami hanya sempat lihat puncak masa on the way tu sahaja. Ok la kan.

Hujan masih renyai-renyai.



Tak nampak apa pun











Kami tiba di Inilah Kundasang apabila malam menjelang. So tak nampak apa-apa view. Terus ke restoran untuk makan malam.

Sejuk tak suhu? Hmmmm......tak berapa sejuk sangat. Tapi lebih sejuk daripada Cameron Highland.


Proses check-in di Cottage Hotel dan pengurusan diri. Plan bersama Pn. Hawa dan Pn. Azian untuk kopi-kopi terbantut apabila kedai tutup awal dari jangkaan. Belum jam 9 dah tutup. Maka kami hanya kopi-kopi di restoran hotel sahaja.

Bersama kami adalah En. Azmi dan _____________ (tak ingat sorang lagi) berborak lebih kurang sejam. Kemudian kami pun naik ke bilik masing-masing untuk berehat. Menunggu hari siang.

Satu jer nak komen tentang bilik hotel adalah tak ada aircon. Mohon tambah baik yer. Hihihihihi.......

2 comments:

  1. wah.... dh cantik jambatan tamparuli... masa saya pergi dulu.... tiangnya x da corak punn... kenapa x ambil gambar di tengah2 jambatan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebaaaaabbbbbbbbbbbbbbbbbb........hihihihihihihi

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...