"Kenapa dikatakan singkat? Sebab tak puas berjalan-jalan di Kundasang. Hmmmm....... Hanya satu malam jer. Selepas breakfast, gerak balik ke Kota Kinabalu iaitu airport...."
Ok, jom kita mula dari awal pergerakkan. Hahahahaha.....
Percutian ini merupakan percutian yang dikendalikan oleh kelab di pejabat aku.
Hari Rabu petang kami dah bergerak ke Zamsaham Hotel berdekatan dengan Senai Airport. Sangat dekat. Flight kami jam 6.40 pagi jika tak salah aku. So kena berada di sana 3 jam awal untuk proses luggage.
21 Oktober...... Pagi itu hujan renyai-renyai. Semua orang dah berkumpul di airport. Imran as tour guide minta kami susun bag ikut group mengikut nama yang dia dah setkan. Tujuan? Dia nak lekatkan bag tag. Dia dah print siap-siap tag tu.
Ok, then letak bag atas troli ikut kumpulan tadi juga sebab mudah nak drop. Sekarang ni dah kena self luggage drop. Dah lama. Maka Imran pun susun troli bag ikut group atau boarding past.
Aku terfikir, kenapa dia tak edarkan jer tag tu. Masing-masing buat. Kan...kan....kan..... Ok, tak per lah.
Kami Subuh dulu sebelum masuk ke gate.
Sejam sebelum fly, kami dah beratur untuk masuk ke dalam plane. Aku nerbes sikit tapi masih ok. Aku berbisik sesuatu pada pramugara. Hihihihi.....
Setelah 2 jam 30 minit berada di ruang udara, kami pun tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Alhamdulillah keadaan di udara baik-baik sahaja. Sebelum fly, pilot ada maklumkan yang kapal terbang sedang mengisi minyak. Aku dan member aku yang kat sebelah tersenyum secara spontan. Ye lah kan. Bagitau pun kami boleh buat apakan....Hahahahahahahaha
Masa tiba di Airport Kota Kinabalu plak, pilot macam acah-acah DJ. Mungkin sekarang dah macam trend.
Pada kerusi ada promote wifi. Tapi pilot cakap sila matikan semua telefon dan seumpamanya. Apoooooooo........
Ok.....ketibaan kami disambut oleh driver yang telah diuruskan oleh pihak agen, Lim dan (tak ingat). Dua buah van. Pagi ini kami ke pejabat dulu sebab hari ni kan Khamis. Kami bergerak ke pejabat untuk lawatan penanda aras. Sharing amalan terbaik antara dua agensi.
Menara Tun Mustapha |
Semasa aku angkat beg, aku perasan yang dalam beg hiking aku ni ada parang. Parang masa Lata Cermin. Perghhhhh.......macam mana boleh lepas scanning?
Selesai sesi perkongsian pintar, kami menuju ke Masjid Bandaraya Kota Kinabalu untuk Zohor dan buat pengurusan diri. Itu pertama kali aku makan rumpai laut yang dibuat acar. Acar la kot rasanya. Untuk aku, baunya macam kurang menyenangkan. Rasa plak tak sedap. Hahahahaha....ye lah. Pertama kali kan. Aku rasa jika bau dia ok, mungkin boleh makan kot. So aku ambil sikit buat gasho-ghaso jer.
Driver van membawa kami pusing di sekitar Menara Tun Mustapha atau komtar Sabah. Akibat hujan, kami hanya mampu melihat dari dalam van sahaja. Keluar sekejap pastu lari masuk van semula.
Dalam rintik-rintik hujan kami menuju ke lokasi shopping. Kasi kaum hawa bershopping. Dua lokasi kami pergi. Pertama di Jamilah Jewellery. Sambil dia orang shopping, kami lepak makan dan minum. Tapi aku cuma tak faham kenapa ada dua kedai cenderahati ni jer yang buka kat sini? Ke dua is Pasar Filipina. Di pasar Filipina selain produk mutiara, boleh beli barang-barang kering seperti ikan kering, t-shirt dan cenderahati. Sambil
2 jam di Pasar Filipina, kami dah capek dan check-in Hotel Shangri-La. Buat pengurusan diri. Jam 8 malam, semua orang turun untuk makan malam. Makan malam bukan di hotel tapi di Anjung Senja. Berdekatan dengan Pasar Filipina juga.
Balik untuk rehat. Zzzzz...
No comments:
Post a Comment