27.8.11

--- sOksek...sOksek---

Pejam celik, pejam celik, dah 21 hari umat Islam menunaikan perintah Allah iaitu Berpuasa di bulan Ramadhan.  Ibadah wajib ini merupakan ibadah ketiga dalam Rukun Islam dan dilaksanakan selama 30 hari, setahun sekali dalam Kalendar Islam. Haaaaa.....ayat aku seolah2 yang baca ni orang bukan Islam.  Hahaha...

Sedar atau tidak juga, dah lama juga aku tidak naik darat.  Last naik darat masa majlis perkahwinan Lyn di Masjid Tanah pada 2 Julai lalu. Haaa...sampailah sekarang dah tak naik.  Kursus pun tak der.  Dalam tempoh itu juga muvie kegemaran aku, H A R R Y P O T T E R tidak dapat aku tengok.  Tapi apa boleh buat.  Takder rejeki.


Kerja-kerja pejabat makin hari makin banyak plak terasa. SAPS la, SSQS la, SMM la dan macam2 lagi. Tapi xder la merungut yang bukan2.  Hahahaha...nama pun kijerkan. So dont soksek...soksek...

19 hingga 21 Julai merupakan antara minggu paling bz dengan keramaian. Kemeriahan Pulau Aur dimulai dengan majlis kesyukuran anjuran PIBG SK Pulau Aur. Besoknya disambung pula dengan majlis makan2 anjuran JKK Pulau Aur. Berpesta makan jer. Tidak tamat di situ, rezeki datang lagi dengan Program Komuniti anjuran RTM Johor. Diaorg berkampung di sini 3 hari 2 malam. Ada ceramah, pertandigan kareoke, mewarna bagi kanak2, sukaneka dan macam2 lagi. Kira xsunyi la minggu tu.

24 Julai, Pulau Aur didatangi oleh selebriti lawak terkenal, Mamat Sepah. Haaa...jangan tak tahu, kedatangannya bukan nak kembungkan perut jer (makan angin), tetapi beliau dan krew-krew produksi sedang membuat dokumentari mengenai pulau-pulau di Mersing ini. Nanti tajuk dokumentarinya 'Xplorasi Pulau-Pulau Mersing'.  Lebih kurang la.

26 Julai.  Haaaa...tahu tak hari apa tu? Heeee....THAT MY BESDAY. I'm 29 year old now. Rasa dah tua sangat. Hahahaha... Malam tu aku belanja kawan2 makan kebab jer. Itu jer yang mampu dan ader kat sini. Terima kasih pada kawan F A C E B  O O K yang tak putus2 wish to me.  Terasa diri ini begitu berharga. Perasan la tu. Haaaa...sentap mak nox.

Esok petang, kami bekerjasama membantu Ustaz Zamri untuk membuat garisan bagi gelanggang bola tampar (klik di sini). Siap buat garisan, terus cat. Xnak tunggu2 dah. Hahaha... Bukannya apa, ada 4 hari ja la gi nak masuk bulan posa. Nanti tak terbuat.

1 Ogos, penyimpan mohor besar Raja-raja Melayu mengumumkan tarikh berpuasa bagi seluruh negeri2 dalam Malaysia. Dengan pengumuman tersebut, maka bermulalah 1 Ramadhan dan terawih pertama. Macam tahun sebelum ini, berbuka dan sahur disediakan oleh Kak Ngah untuk GB dan cikgu-cikgu bujang yang ensem2 dan cute2 ni. Baget la tu...

Puasa tetap puasa, aktiviti riadah still ON. Puasa ketiga, gelanggang bola tampar di rasmi dengan game pertama bersama-sama penduduk kampung. Bukan men seronok lagi haaa...

Bulan Ramadhan, cabaran dan dugaan ditempuhi dengan penuh tabah. Kekurangan taburan hujan di kepulauan Mersing ini menyebabkan bekalan air bersih berkurangan.  Air di hulu makin kurang dan keruh. Hari-hari masak air dan minum air keruh. Nasib baik rumah ader tangki besar di atas sana yang berkongsi dengan sekolah.  Kedai Kak Ngah, sering sahaja putus bekalan air. Namun lately ini, tangki air sekolah di atas juga dah mula kekeringan. Dugaan-dugaan.

11 Ogos, GB menganjurkan majlis berbuka puasa di sekolah. Baget from him too. Tq my GB (dgn nada baget manja...kahkahkah). Majlis dihadiri murid-murid terutamanya guru-guru, ibubapa, Imam dan semualah yang dok Pulau Aur. Haaa...susah sangat nak ingat sorang2 kan. Zasss...

Setiap malam bila ke Masjid Jamek Pulau Aur, aku mesti tengok ke langit. Nak tengok bentuk Bulan samada bentuknya sama dengan kalender Qamari. Ternyata meleset. Bentuknya lebih cepat berbanding kalender Qamari. Mmmm...

Oklah, sebenarnya dalam hati ni dah berkobar2 nak belayar mahu pulang beraya...Hihihihi....zassss.....

22.8.11

--- mAjlis bErbuka pOse kEdai kNgah ---

Malam ke 22 berpuasa, K.Ngah aka Puan Norlila mengadakan majlis berbuka puasa di kedainya. Semua masyarakat dijemput hadir. Tak yah bayar. Makan free... Hihihi... Jom layan pic sepanjang majlis yang serba sederhana tapi meriah... Amin...

Time berbuka dah masuk. Kanak-kanak apa lagi, bukan men laju lagi makan. Takpe2, makanlah sepuas2nya. Hehehe....

Bukan geng bas sekolah, bukan geng surau, tapi geng ketuk2 kuali di bahagian dapur. Hahaha....kaum-kaum hawa yg dari petang td dok bertungkuslumus memasak, sedang makan di bahagian dapur.

Haaa...ini dia org kuat majlis. Kira tulang belakang la. Xder K.Ngah ni memang xjalan la majlis cenggini. Beliau dok kat kaunter memantau mana2 bahagian yang tidak cukup.  Nanti beliau akan cukupkan k. Beliau juga merupakan Ketua Wanita UMNO Pulau Aur ini. Gigih gi tu...

Masyarakat kampung sedang menjamu selera. Tua, muda, besar, kecil semua datang. Musuh atau tidak, datang juga. Bulan2 baik ni kan. Jangan dok dengki2. Kira 0-0 tau. Yang penting M A K A N....sentap mak nox...!!!

Meriahnya kedai K.Ngah... nnt nak dtg lagi lah ke sini. Terasa xnak keluar jer dari pulau.

Pemuda kampung, tonggak masa depan Pulau Aur ini.

Eh...!!! Ni pemuda kampung gak ker? Kacak-kacak jer tengok ni. Hehehe..... Makan jangan xmakan. Kalu xmakan, nnt K.Ngah marah.

I M R A N, permata Pulau Aur yang bakal menyinar kelak. Amin... Nama glamornya Bujang. Kat sekolah pun bijak. Anak sapa la ni kan....hihihi....

Geng dapur dan Tok Jarah. Haaa...Tok Jarah ni merupakan ibu kepada Bos Bluewater. Bos Bluewater tu boleh dikatakan anak jati pulau yang dah berjaya sekarang dan terkaya di kawasan ini. Kalu u all nak pergi Tioman, ferri yang korang naik tu, ferri anak Tok Jarah ni la. Hehehe.... Paling best, Tok Jarah xsegan-segan nak berposing di depan kamera.

Haaaaa...nampak tak, betapa multitasking wanita-wanita pulau. Petang jadi team masak, masa berbuka jd team dapur. Sekarang jadi team basuh pinggan. Teringat pepatah Melayu, Ibu sorang boleh jaga 10 orang anak tapi 10 orang anak itu, belum tentu dapat jaga sorang I B U. Huuu....senday la plak. Touching sangat. Hahaha....

Last sekali, tuan rumah kedarung gak la yang kena habiskan sisa-sisa pinggang mangkuk yang belum di cuci. Standard la kan. Dah la time2 ceng gi tu masalah air. Sabar je lah nox.

Akhir sekali, ucapan TERIMA KASIH kepada tuan rumah kerna menjemput kami anak beranak, sahabat handai ke maslis berbuka ini. Terharu sangat. Nanti kalu ader lagi, jemput la. Haaaa...jgn lupa jemput masa OPEN HOUSE k....zasss.....

13.6.11

--- Semeru Tengger Bromo, Syurga d atas Awan ---

Untitled-1 copy
Anjuran : Alumni Universiti Teknikal Malaysia Melaka, AUTeM
Masa : 04 ~ 12 Jun 2011
Lokasi : Surabaya, Indonesia
Tagline : Kepayahan dalam Kebahagiaan

*Semua waktu tercatat adalah waktu Malaysia sbb ikut jam kamera. Untuk info, jam Kepulauan Jawa Timur adalah awal 1 jam dari Semenanjung Malaysia.

Trip tahunan AUTeM datang lagi. Dah macam ALAM RIA CUTI SEKOLAH plak. Xpdc kali ke tiga ini masih menjadikan Indonesia sebagai negara untuk berekreasi. Bukannya apa, mudah dari segi sosio budayanya yang tidak jauh berbeza dengan Malaysia. Disamping itu, Indonesia masih menawarkan banyak tempat yang menarik yang boleh dilawati setaraf dengan negara2 lain.

Jika trip pertama, AUTeM pergi ke Sumatera Utara, trip kedua ke Sumatera Barat, kali ini Surabaya adalah destinasi untuk berekreasi. Ikuti log perjalanan Biro Rekreasi, AUTeM 2011...



Hari Pertama, 4 Jun 2011, Sabtu

Aku tiba di LCCT, Kuala Lumpur dari Melaka Central pada jam 1.30 pagi. Teman2 yang lain belum tiba rasanya. Mean aku org pertama yg sampai. Sms Yan, bas dia jam 3 pagi dari Ipoh. Mmmm..... Aku lepak2 dulu area KFC. Tidur bangun...tidur bangun...

Subuh menjelang, baru la jumpa dengan Leader Program iaitu saudara Abdul Salam Adam. Katanya dia lepak2 dulu area sana tadi ngan kawan2 dia yang nak gi Fansifan, Vietnam.

Kami menunaikan solat Subuh terlebih dahulu sebelum bergerak ke pintu masuk airport. Sambil2 itu menunggu ketibaan teman2 yang lain. Time tu Yan dah sampai tp dia pun gi surau. Seterusnya ketibaan Syed, Abe Mat dan Lin. Selang 15 minit gi tu, Emy dan Ana pun sampai. Aku kenal Emily sbb dah pernah trekking masa gi Tahan dulu. Lama sudah. Yang lain2 tu baru kenal gi tu. Lengkap sudah seramai 8 orang yang akan berlepas hari ini. Lagi 3 orang, pada hari Selasa.

Bersalaman, berbual2 perkenalan, kami pun check-in barang sebab dah ada panggilan. Selesai check-in, kami lepak dulu di KFC semula sementara menunggu waktu berlepas kira-kira jam 0920 waktu Malaysia. Tapi flight delay ke waktu 0950.

DSC08773 copy 2
LCCT

Seterusnya masuk ke bahagian menunggu. Sebaik pintu dibuka, kami terus beratur dan bergerak menuju ke kapal terbang. Cari tempat duduk. Suasana cam biasa la agak sesak sikit dengan warganegara Indonesia. Destinasi pun ke Indonesia kan... Hihihihi.... Prosedur seterusnya mendengar taklimat keselamatan. Muka pramugari dari mula2 kami masuk sampai ke sudah, masam mencuka. Markah untuk kategori Layanan Mesra, KOSONG. Mungkin pramugari Air Asia macam tu kot. Baget mahal. Takut make-up retak kalau senyum. Hmmm.... berbanding dengan pramugara dia yang sorang tu senyum jer. Haaaaa...kan manis gi tu. Tersentap mak...

20.5.11

--- bErsantai2 d'Batu Cina wit UTHM Stud ---

Trip kali ni bersama2 dengan UTHM student. Gadis2 telah telah meminta bantu kitaorg untuk membawa diorang ke atas sinun. Takkan nak kata xnak kan ...? Sian diaorg. Hihihihi......

Namun peringatan awal telah diberitahu bahwa pendakian tidak akan sampai ke bahagian tengah batu itu (area yang selalu pergi tu ) berikutan penghuni rimba (lebah) telah ambil port.

Namun dek kerna tidak mahu menghampakan u all semua, kami bawakan juga. Tapi separuh jalan je la sebab masa saya kat depan tu, sebaik tiba di hujung sana, saya terlihat sarang lebah tersebut dekat sangat. Maka, that y la saya suruh undur hari tu kan...Hihihihi.....

Berikutan itu, kami mengubah destinasi ke stage bawah jer. Bawah pun bawah lah..... Apa2 pun terpulang pada penilaian u all. Kami hanya memberi yang terbaik dan seadanya yg terdapat di Pulau Aur ini. Jom layan beberapa keping gambar sepnjang trip ke sana.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Dah sampai bawah sudah

Photobucket
Bergambar dengan masyarakat kampung

Photobucket
Yang hujung sinun, xtahulah apa yg nak dibuatnya

Photobucket
Lagi lompatan keriangan

Akhir kata, kami di Pulau Aur, mengalu2kan kedatangan anda semua. Semoga silaturrahim antara kita terus kekal. Waaaahhhh....nasihat gi tu....

~~~end~~~

17.5.11

--- oUting d Kg Air Nenek Pulau Aur ---

Hari minggu yang lepas, Ahad, bagi mengisi masa lapang yang SANGAT LUAS ini, aku dan beberapa teman telah merancang untuk berkelah. Kalu sebelum ni asyik mengadap pantai Kg Telok Berhala ini aja, kali ini kami hendak ke Pantai Kg. Air Nenek pula.

Di mana Air Nenek plak kan...??? Haaaaaaa....kan...... Air Nenek merupakan antara penempatan orang pada suatu masa dulu. Menurut Nordasila (penduduk pulau ini dan juga isteri kepada ustaz Zamri) bahwa kubur arwah atuknya terdapat di situ.

Lokasi Pantai Air Nenek ini berdekatan dengan Pulau Pinang. Lihat gambar di bawah.

Photobucket

Dengan tiket bot RM8, kami dibawa dengan bot laju berkuasa 200hp menuju ke Pantai Air Nenek. Perjalanan kurang 15minit gi tu. Tapi kalu naik sampan a.k.a lopek berkuasa dayung, mungkin 3 jam kot. Hahahaha.....

So layankan ajer lah gambar2 nya ok.....

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Antara aktiviti menarik yg boleh dilakukan di sini ialah mencari siput koyong dan siput cantek untuk perhiasan.


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Selain itu di situ terdapat satu mata air tawar di berhampiran pantainya. Ini bermakna semasa air pasang, air tawar ini akan bercantum dengan air masin. Airnya sejuk sangat dan nyaman.



Photobucket

Photobucket

Photobucket
Jasmin dan Khairunnisa

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Kegigihan anak jati pulau

Kembali ke Kg Telok Berhala sekitar jam 6.30 petang.

~~~end~~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...