22.12.12

--- 1 Hari jerrrr Bersama KeReX Kali Ke ____ ---

Baru2 ni ader la skit kelapangan masa. So atas ajakan Bino n Salam, aku pun join la mereka ke SBK 2012. Apa tu SBK ? Hmmm....ok, cheq habaq k. SBK tu membawa maksud SEHARI BERSAMA KEREX. Ok dapat? Bagus. Buat kat mana? Yup, mana lagi kalu bukan di Kampus Induk UTeM. Diaorg memang itu jer tempat yang sesuai. Kalu nak keluar, baget xder. Maklum la student. I was student too long2 time ago. So I can fell. Mmmm...omputih sangat.

Ni penganjuran kali ke berapa? Entah la. Tak hinggat. Kalu ikut AMT, rasanya kali ker 3 kot. First masa Chaer. Then masa Bino. Now Komeng. So kali ke 3 lah kan. Aku join kali ni just mengisi masa lapang jer. Sambil2 tu leh la shoot skit nak di uploadkan dalam blog ni haaaa...

Sape aku dalam KeReX ? Owh, KeReX ni kelab hiking yang aku selalu join. Dulu2 la. Selepas Komeng take over, dah xjoin sbb....... mmmm.....entah la tak hinggat sebab apa. Abaikan. Kebetulan Salam nak datang Melaka ni, aku follow sbb nak print album customer sekali.

Bertolak dari Kota Damansara sekitar jam 7 pagi. Selain aku, Salam n Bino, Salam bawa bersama anak buahnya. Katanya nak kasi berkawan ngan orang. Bagus sungguh Salam ni. Sampai di Melaka around 9 pagi. Masa tu diaorg dah mula pun. Tunggu Salam nak rasmi, lambat sangat. Berikut aku upload pix2 spjg program berjalan dari pagi sampailah tengah malam.



Nak pandai main fressby, belajar ngan dia ni. Otai nih






Never forget about u, FRESSBY


Master Yoda aka Chepul berborak pasal masa depan




Niat nak terbang tinggi, tapi apakan daya tak tinggi2


Gigih memberi tunjuk ajar



Apabila Penasihat berkata-kata



Kegagalan seorang pendaki adalah gagal menjaga sleeping bag nya dari basah






Abang2 AMT yang mesra pelanggan









Gelagat junior







Mencabar diri sendiri ke EVEREST. Semoga berjaga


Barisan AMT walaupun ader yg xder. Yang pasti baju baru. Curlazzzz...





Penyampaian hadiah oleh senior KEReX, saudara Kabil










Junior2 nak bergambar ngan senior


Ok, setakat ini jer pic yg aku ader. So terima kasih pada junior2 yang menerima kehadiran kami dengan seadanya. Yang pasti KeReX sentiasa di hati. Antara pengalaman yang menarik dan tidak mampu dilupakan.


Untuk rekod, berikut adalah mereka yang pernah menjadi presiden KeReX :

Abd Salam Adam, founder of KeReX

Ahmad Shahir, First President of KeReX

Ahmad Soufi @ Bino, Second President of KeReX

Hafizi Zubel @ Komeng, Third President of KeReX

10.12.12

--- Outdoor Session with Azam at UPM ---

Ok2....ni 4th time aku follow Azam berphotoshoot. Kapel yang sama actually cuma kali ni nak wat post wedding gitu. Last aritu kat Singapore. Tapi kali ni berkonsepkan picnic dan UPM telah terpilih sebagai lokasi pilihan. Kami pergi ke area padang ragut UPM. Mencari kawasan yang ader sepohon pokok yang rendang dan cantek. Berikut beberapa keping yang sempat aku snap.

Sesi bermula dengan adegan berjalan dan berlari menuju ke pokok.  Pastu picnic dengan baca novel dan main gitar.  Lakonan diteruskan lagi dengan main cat warna, belon2 dan kapal terbang kertas.  Fun2.....  Akhir sekali sebelum pulang, kami snap skit kat bawah.













Gambar2 yang elok disnap using camera Azam kot sbb dia OP. Aku hanya sekadar pembantu belakang tabir. Aku snap2 sekitar sesi tersebut sahaja. Apapun aku banyak menimba ilmu sepanjang berphoto bersama2 beliau. Tq 1 again.... Jumpe lagi nextime........




9.12.12

--- Persandingan Fazrul dan Azlina ---

Majlis bersambung di sebelah pihak lelaki pula di Felda Gelanggi, Jerantut, Pahanng. Kali ni Golok join sebagai pembantu. Katanya nak belajar dan mengisi masa lapang. Kami bergerak dari Putrajaya menuju ke Jengka 20. Naper Jengka 20 plak? Sebab kami bermalam di umah Amir, member aku. Tq Amir.

Shoot sama mcm resepsi belah perempuan. Cuma untuk belah lelaki ni, kami berpeluang buat outdoor sikit di Felda Residence. Namun tak lama kerana hujan turun. Apapun, yg pasti saya dah melengkapkan sesi seperti yang ditawarkan di dalam pakej aku tu.

Seterusnya tunggu album siap je lah k.












Di sini saya ingin ucapkan TAHNIAH kepada pasangan, Fazrul dan Azlina. Disamping itu saya juga mengucapkan terima kaseh kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk merakamkan detik2 bahagia anda berdua. Harap anda berpuas hati dengan service yang diberikan. tq......

2.12.12

--- Persandingan Azlina dan Fazrul ---

Ok, sambungan yang semalam punya k. Hari ni majlis resepsi di sebelah pihak perempuan, iaitu Azlina. Hari ni shoot ketibaan pengantin lelaki, santapan, pelamin wit family n friends, potong kek dan kamar pengantin. Settle. Outdoor xbuat sebab petang tu hujan turun dengan lebatnya. Seb bek dah buat semalam kan. Hihihihihihi...







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...