28.5.13

--- uNiversal sTudio siNgapore ---

27 Mei 2013

Aku bergerak dari Putrajaya with Padil. Actually ada story that day. OMG....... Sepatutnya pagi tu aku shoot outdoor Shahril di Melaka. Namun ketentuan Allah, kunci kereta aku 'hilang' pagi tu. So cancel. Kebetulan Padil datang ke Imegresen Putrajaya sebab baru nak wat passport. So aku jumpe Padil dan kami sama2 bergerak dari sana.

Sebenarnya kunci keta dah jumpe time tu. Tergantung kat hanger rupanya. Haishhhh....... Tinggalkan keta Padil di Senawang and kami pergi dengan satu keta jer. Tiba di Aman Sari Hotel sekitar jam 7.00 mlm lebih. Selang 10-15 minit, Ustaz Amir, kawan Ustaz Amir, Kerul dan Fizri pun sampai. Sebentar kemudian, kami punya mastermind, Encik Haikal pun datang. Kami check in dan buat pengurusan diri.

Malamnya kami jalan2 sekitar Pasar Karat dan makan malam sekali. 







Tengah fikir nak beli atau tidak



Tengok jer. Tak jual katanya








28 Mei 2013

Ok, hari ni kami akan ke Universal Studio Singapore yang dikatakan best sangat oleh Fizri. Hihihihihi...... teruja ker...?

Bekpast dulu kot sebelom bergerak. Sarapan ni termasuk dalam pakej ok. So, makan jerrr......





Yang tak faham, time bekpest pun nak posing2 gaya potrait. Tak jurnal travel langsung. Gi tuuuuuu..... Selesai bekpest, kami menunggu bas yang akan membawa kami terus masuk ke Singapore.









Menunggu bas katanya...



Di sini aku teringat satu kejadian di mana aku dikejar oleh pihak berkuasa Singapore kerna aku snap pic masa on the way ke Imegresen Singapore. Aku pun sebenarnya xperasan yang ada signboard tak boleh snap pic. Aku siap angkat lagi camera tu tuk snap. Mmg nampak la dari jauh. Pihak berkuasa minta aku delete gambar tersebut. Fuuuuuuhhhhh.....

Seingat aku dulu masa datang jalan2, ok jer aku snap. Huhuhuhuhuhu......



Sedang menuju ke masa depan

Ok, this is my first time aku datang USS. Rasa teruja tu biasa2 jer. Jom kita jalan2 dalam USS k. Dulu datang just snap2 kat globe tu jer. Tak mampu nak masuk.




Tempat pertama yang dilawati ialah Sesame Street. Haaaaaa......di sini terdapat watak2 rancangan kanak-kanak Sesame Street. Dulu masa kecik2 sellau tgk citer ni walaupun xfaham sgt. Untuk yang ini dia buat macam rumah hantu gi tu. Kita akan naik satu benda bergerak ala2 Petrosains cenggitu la.


Gambar blur sbb low light

Dengan adanya jurupandu Fizri, pergerakan kami menjadi lebih lancar. Fizri ni dah 8x kali masuk USS ni. So no hal la kan.

Next is CAMERA LIGHT ACTION.... Masa menunggu agak lama. Untuk dalam ni, ia menunjukkan bagaimana sesuatu action atau keadaan filem dilakukan. Lebih kepada trik2 yang digunakan. Contohnya, keadaan cuaca. Setelah masuk baru aku faham. Cuaca seperti angin, ombak kilat dan lain2 dengan latar belakang Bandaraya New York, rupanya2 trik. TAPI, seriusly nampak real ok. Hihihihihi...... ada banyak lagi seperti letupan, kapal langgar dan macam2. Nak citer, mungkin tahun depan habis.






Seterusnya kami nak pergi Transformer. Ramai yang kata, 'dont miss' Transformer. Best katanya. On the way nak ke sana tu, sepanjang jalan tu ada macam2. Watak2 yg sering kita tgk dalam tv. Joker la, batman la, semualah. Malas nak taip semua. Hihihihi...... Dalam pada tu di selekoh berdekatan dengan replika mahkamah, tu ada pertunjukan street dance. So cuci mata dulu la kaaannnn.......




Setibanya kami di Transformer, waiting timing nya around 1 hour. Maka kami ambil keputusan untuk ke tempat lain dulu. Kami ke MONTERS.....

Apa yang menarik tentang Monters ialah ia merupakan sebuah theatre musical. Ini merupakan pertama kali aku masuk tgk theatre2 musical nih. Kagum dari segi sound dan lighting. Memberi kesan yang menarik. Lagu2 yang dipersembahkan juga antara yg lates. So best la kan.

Tak tahu la kalu Malaysia punya theatre musical macam ni gak kan. Tak pe, nnt nak try masuk Malaysia punya. Hihihihihi......


Selepas Monters, kami patah balik ke Transformer, masih around 40 minit waiting time. Perghhhhh...... kami skip dulu dengan mencuba roller coaster. Bab roller coaster ni malas nak story benarnya. Tapi, cerita jugaklah. Terdapat dua kategori roller coaster yg korang nampak dalam gambar ni. Yang biru namanya CYLON di mana ianya jenis buai atau gantung jer roller coasternya. Manakala yang merah, namanya HUMAN. Pair 4 tp ia jenis duduk. Like always yang kita tengok.

Mulanya aku mmg teruja nih nak naik kan. Fizri dah memang cakap awal2 xnak sbb dia dah naik. So dia tahu macam mana feel. Aku, Amir and Kerul ambil keputusan tuk naik CYRON. Beratur la kan. Bila dah sampai turn kami tu, aku dah duduk, sekali rasa nak muntah. Aku tahan tapi xboleh. Aku bangun and duduk tepi. Aku cuba naik semula tapi sama. Memandangkan benda tu dah nak jalan, aku pun surrender n turun. Arghhhhhhhhhh...........

Dah habis Amir n Kerol, kami kumpul semula. Aku rasa macam xpuas hati. Aku ajak Kerul naik HUMAN. Kerul macam xnak dah. Tapi aku pujuk juga. Hahahahahahahahaha..... Beratur la kami kan. Jadi gak benda yang sama. Arghhhhhhhhh....... frust giler. Kerul sorang jer naik. hahahahahahhahaha....... Apapun, rasanya nyesal gak sbb tidak dapat mengatasi kegayatan aku. Maybe nextime. Datang ngan wife ker kan..... gi tuuuuu......




Lepas roller coaster, straight to the Transformer. Tak kira, terus masuk walaupun kena beratur panjang. Dalam Transf ni, akan naik benda ala tu jugak. Then benda tu bergerak. Apa yang menarik, animasinya sangat menarik. Dia buat kita seoalah2 dalam suasana perang robot2 dengan benda yang kita naiki tu pun gerak bersama. Serius best. PALING BEST........

All Spark. So Singapore akan kena serang dulu oleh Megatron sbb di sini tersimpannya All Spark

Lapo tak? Haaaaaaaaaaa....... jom makan. Makan guna kupon yg diberikan di kedai yang telah ditetapkan. Mulanya, kami pergi ke Hollywood China Bistro. Konfiden Fizri bawa. Sekali TAK HALAL ok. Seb bek Fizri tanya. Kami cari lagi di kedai yang sepatutnya, dan kami pun jumpeeeeeeeeeeeeeeeee.......



Makan sudah. Jom jalan lagi. Banyak lagi lokasi2 menarik yg belom dilawati. Seterusnya kami ke tempat yang penuh dengan watak2 MADAGASCAR. Haaaaaaaa......mesti ramai yg meminati watak-watak dalam tu kan. Tempat tersebut di bawa menerusi sungai dan masuk tunnel. Nanti dalam tu ada la macam2. Dengan lagu dan muzik bagai2.

Jom ke alam pari-pari plak. Siapa tak kenal dengan watak Sherk kan? Haaaaaaaaa........ Tempat ni plak ala2 tengok muvie 3D. Tapi apa yang menarik ialah 3D nya lebih best. Dekat dengan penonton. DAN, kerusinya boleh bergerak mengikut situasi muvie. Contoh, kereta kuda yang bergerak laju. Kerusi yang kita duduk pun akan bergerak2. Apabila Sherk bersin, kita juga akan terkena bersin tersebut. Haaaaaa.....sebab  ader percikan renjisan air. Konon2 real la. Hihihihihi......


Dari dunia pari-pari yang penuh dengan awan-awangan, kita ke dunia UNDER WORLD plak. Not bad gak dia punya entertainment. Ada stunt2, letop, drama dan sebagainya. Peringatan, ada 3 jenis warna kerusi. So berhati2. Bagi mereka yang tidak mahu dibasahi, pilih la warna yang sepatutnya. Ada sign kat entrance.



Masa terus berjalan tanpa kami sedari. Kami kembali ke zaman purba di mana zaman dino. Hikhikhik....... Lagi sekali kami bermain dengan air. Sebelum ni dok elak2 xnak basah, kali ni memang basah. Hahahahaha.... dalam bot kami tu ader pelancong dari Bollywood. Nice......



Pari-pari dah, LOST WORD dah, CARTOON dah, now jom pergi ZAMAN MUMMY pula. Hahahahahaha...... Mummy ni best gak. Naik roller coaster tapi tidak la macam yg besar sana. Interesting sebb ada pergerakan-pergerakan roller coaster yang kita tak sangka. Hihihihi..... nak tahu, nnt datang dengan kawan-kawan k.







Gembira-gembira gak kan, solat belom lagi. Jom solat.


Ok, dah nak balik. Hari pun dah nak gelap. Bus kata, kena kumpul semula jam 7.30 mlm. Sebelum keluar, kami habiskan dulu voucher2 dengn shopping2 sikit. Dollar Sing tu pun xluak lagi. Habiskan jeeerrrrrr......










Naik bus, kemudian berjam-jam terperangkap dalam jem. OMG.................... Aku dan Padil meneruskan perjalanan pulang sebaik sahaja kami sampai di hotel manakala yang lain bermalam satu malam lagi.

Secara keseluruhannya, trip ni kira fun gak la. Just nak rileks-rileks. Pastu dapat mmber baru. USS? Personally, USS biasa2 jer. Sama je kalu kita g taman tema yg lain seperti Genting, Sunway dan lain-lain. Sebab objektif dia memang itu pun. Fun-fun. Cuma kelainannya dari segi teknologi dan suasana. Tu jer. WOW! Tu xder la sangat.

Itu pendapat aku jer. Maybe lain orang, lain perasaannya kan. Hihihihi....... Apapun, tq pada Amir dan En Haikal sbb memberi pakej pelancongan ini. Jumpe next trip.... Haikal kata nak ke KRABI lepas ni. Waaaaa............

3.5.13

--- tEman sEpergunungan dAlam mAjalah Santai Mei 2013 ---

Mmmmm....rasanya lama dah tak update blog ni kan.... ok2.....  Nak story ni la kan, sedang dok tengok tv sambil selak-selak majalah Travel Santai yang baru di beli ni tetiba terpandang satu gambar seorang perempuan pegang bendera Malaysia di atas sebuah gunung. "Eh! Macam biasa tengok gambar ni." Aku pun tengok lagi dekat dan sah, gambar ni gambar Lin. Pernah tengok dalam muka buku dia. Aku terus selak tengok yang lain, nampak plak Syed. Sah...!

Masa mula-mula baca tajuk tu, kust gitu2 jer. Sekali tengok gambar, rasa bangga plak kan. Walaupun bukan pic sendiri tapi member2 sepergunungan. Apapun tahniah korang semua....gi tuuuuuuu........

Ops....! Majalah Santai keluaran Mei 2013 ok...... Jangan lepaskan peluang.










24.3.13

--- sErvis Tak bAgus Di Satay Kajang Samuri, Taman Warisan, Putrajaya ---

Malam tadi pergi makan Satay Kajang Samuri cawangan Putrajaya di Taman Warisan. Kali ni bawa family yang datang dari jauh Kedah nun. Order la 25 ayam, 25 daging. Then pinggan n mangkuk tak cukup. Aku minta pinggan tambahan.

Ok dapat pinggan. Bila aku dapat pinggan tu, aku lihat masih ada sisa makanan, nasi himpit. Aku pandang jer pinggan tu. Kemudian pak cik sebelah kata, minta pinggan lain. Then aku cakap kat perempuan tu minta tukar. Dia ambil dan bagi yang lain. Tapi masih sama. Aku cakap pada dia. Dia ambil dan lap jer dengan tisu. Aku masih tak puas hati tapi aku ambil juga. Niat aku, xnak guna pinggan tu.

Sambil makan satay, mata aku memerhati pekerja2nya membuat kerja. Then aku nampak seorang pekerja perempuan mengambil pinggan dari bekas yang sama ke sebalik tiang kaunter (pinggan tu lebih dari 2 yg diambilnya). Dari jauh aku perhatikan dia memotong nasi himpit. Memang aku xnampak sbb belakang tiang tapi aku boleh agak. Tapi memang betul pun dia potong nasi himpit dan meletakkannya di dalam pinggan yang dia ambil tadi.

Darah aku menyirap dan aku terus ke kaunter tersebut. Aku terus bertanyakan naper dia guna pinggan yang kotor itu. Then pekerja perempuan tu dengan muka selamba sambil memotong nasi himpit tu berkata, tiadak semua pinggan tu kotor. Hanya beberapa sahaja. Aku kata lagi bahwa pinggan tadi yg aku dapat pun kotor. Dia jawab, dia dah lap. YES, memang dia lap. Lap dengan tisu!

Datang temannya berkata yg mereka lap terlebih dahulu dan tidak semua pinggan tu kotor. Aku terus suruh dia ambil semua. YESSSS..... semuanya ada bekas nasi himpit. Tapi dia kata lagi yg mereka telah lap. Padahal pekerja perempuan td xlap pun masa dia potong nasi himpit tu. Kemudia datang yg lain berkata bahwa set pinggan tu bukan mereka yang basuh, tapi cleaner perbadanan..... Dengan panas aku blah ke tempat duduk.

Kemudian mereka sibuk2 macam nak tutup kedai. mereka menurunkan pintu kedai sebelah kaunter masakan. Tapi xrapat. Aku nampak mereka basuh set pinggan yang aku kata kotor tu.

Di sini aku bukan niat nak memalukan pihak peniaga, tapi ini perlu dinyatakan. Aku dapati semua pinggan pelanggan yang ada waktu tu adalah sama. Kalau pekerja itu nak salahkan cleaner perbadanan sekali pun, takkan la mereka xleh basuhkan. Owh...! Dah tahu kotor, hidang juga pinggan tu? OMG....... Dari segi gaya bahasa, semua pekerja tu adalah Indonesia.

Pada aku, itu adalah salah dan menjadi tanggungjawab kita as customer menunjukkan bahwa pelanggan adalah benar. Yg benar perlu dipertahankan. Kalau dia minta maaf, aku xder la panas sgt sebenar. Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarghhhh........ !!!

Aku masih mencari Bahagian Pengguna Satay Kajang Samuri dan Perbadanan. Aku nak buat aduan. Sape2 yang tahu, boleh bgtau k.

16.3.13

--- Pulau Aur ver.2 ---

Assalamualaikum.... alhamdulillah masih diberi umur dan masih bernafas. Entry kali ini adalah atas permintaan seorang sahabat yang ingin mengetahui sedikit sebanyak tentang Pulau Aur. Beliau merupakan seorang juruphoto perkahwinan. Beliau ialah Tuan Azam.

Ok2......xnak panjang2kan ayat bunga nih, di sini aku akan story skit pengalaman aku yang pernah ke Pulau Aur. Sharing is caring. Ye ker? Actually dah ada story tentang pulau nih. Tapi dah lama la. Sekitar tahun 2010. So entry kali ni kira versi 2. Update gi tu. Untuk melihat versi terdahulu, boleh klik di sini.

PULAU AUR, salah satu pulau yang terletak di bawah jagaan Jabatan Laut Negeri Johor daerah Mersing. Selain Pulau Aur, terdapat beberapa lagi pulau lain seperti Pulau Pemanggil, Pulau Tinggi, Pulau Sibu, Pulau Babi Besar, Pulau Rawa dan lain-lain. Dari segi kedudukan, Pulau Aur merupakan pulau paling jauh dari daratan Semenanjung. Untuk ke sana, bolehlah menaiki bot daripada Jeti Mersing atau Jeti Tanjung Leman. Tidak lupa Jeti Tanjung Gemuk.

Jarak dalam kilometer antara Jeti Mersing dengan Pulau Aur adalah sukar diukur secara tepat kerna jalan laut ni xlurus. Namun begitu, antara jarak yang pernah ditulis adalah antara 60 - 70km. Ukuran paling tepat adalah dalam batu nautika lah kot. Tapi aku xtahu.


Macam mana nak pergi ke pulau nih ek? Haaaaaaa........... part ni yang selalu teman2 tanya bila kata nak p Pulau Aur. Sepengatahuan aku la kan, tidak ada pengangkutan khas untuk ke pulau ni. Maksudnya tidak ada kaunter tiket seperti kaunter tiket untuk ke Tioman. Oleh itu, untuk ke sana, u all kena la cari bot sendiri. Sewa bot la maknanya. Banyak bot di Mersing ni. Tinggal lagi duit jer. Kalu nak murah, dapat la bot slow. Nak selesa skit, kena la keluarkan duit banyak skit. Hahahahaha..... kaedah lain adalah tumpang bot diving dan bot barang.

Jika naik bot slow, masa yang di ambil adalah sekitar 4-8 jam, kebiasaanya. Bergantung kepada keadaan laut. Bot laju pula kurang 2 jam, juga bergantung kepada keadaan laut.

Ok dah sampai Aur. Di pulau ni terdapat 3 jeti utama. Jeti PALING utama ialah jeti Kg Telok Berhala. Sini kira port la. Jeti lain adalah seperti jeti Telok Meriam, Jeti Telok Sebukang dan akhir sekali Teluran. Teluran xder jeti, cuma ader pantai jer. Untuk pengetahuan, Teluran merupakan antara penempatan awal di pulau ini.

Dalam gugusan Kepulauan Aur ni, terdapat 3 lagi pulau kecil iaitu Pulau Dayang, Pulau Lang dan Pulau Pinang.

Jeti Telok Berhala

Jeti kayu Telok Berhala ni kira jeti paling lama. Namun begitu, dek kerna ombak besar, cuaca dan usia, jeti ini sudah beberapa dibaiki. Kali terakhir rosak teruk sekitar Nov - Disember 2010. Bahagian tengah jeti roboh dek pukulan ombak. Hujung2 tahun memang monsun di sini.





Tahun 2012, jeti batu Telok Berhala memulakan proses pembinaan. Ini bagi tujuan menggantikan jeti kayu lama. Jeti batu tersebut di bina bersebelahan dengan jeti lama ini. Sehingga masa blog ini ditulis, jeti itu belum siap. Secara peribadi, aku very up sad dgn jeti tersebut. Pertama sbb ia batu/simen. Tidak masuk langsung dengan suasana kepulauan. Kedua, mencemarkan pemandangan. Bukan menidakkan kemajuan tp bukan kemajuan yg sedemikian. Adakah bila sebut kemajuan, mesti bangunan simen? Itu silapnya kita. Ok2, yg tu bab lain. Now mode percutian k. Hihihihihi.......







Jeti Batu Telok Berhala


Persisiran pantai Pulau Aur tidaklah panjang seperti kebanyakkan pantai2 yang pernah korang pergi. Persisiran pantai utama pulau ini ialah di Kg. Telok Berhala. Pasir pantainya yang putih, menyerlahkan lagi keindahan pantainya. Di tambah pula dengan lautnya yang biru jernih, amat2 mengujakan. Boleh snorkelling ok. Di pesisiran pantai ni ada la batu2 karang. Tapi tak banyak sebb banyak dah mati. Ye la, semua tongkang datang, semua berlabuh sini. Habis semua. But dont worry, sbb banyak lagi kawasan yg masih selamat. Hihihihi......









Menceritakan detik pertama kali aku sampai di pulau ini (2010), mata aku tak berkelip2 melihat keindahan pulaunya, lautnya, pantainya dan semuanyalah. Nampak ikan2 di dalam airnya. Lagi menarik that time is, jeti pulaunya roboh. Yang tinggal hanya separuh jeti sahaja di laut. Hihihihihihihi......... wow.....

Masjid Jamek Pulau Aur

Keseluruhan penduduk di sini ialah Melayu dan beragama Islam ok. Mereka bukanlah orang asli walaupun berada jauh dari daratan. Mereka sama jer macam orang lain. Bilangan penduduk pula tidak ramai. Mengikut bancian yang pernah dibuat oleh Klinik Desa Pulau Aur, sekitar 150 orang. Itu jika ikut alamat k/p. Kalu nak ikut yang betul2 tinggal dan berada di sini, rasanya xsampai 50 orang. Selebihnya tu balik waktu musim cuti atau ada acara2 je la. Satu yang menarik ialah ada bahasa pulau tersendiri di sini. Ada bunyi seakan2 timur + sarawak. Hihihihihi.....

Menurut cerita dan pengalaman aku sendiri, pernah menjumpai makam di satu kawasan. Kawasan sekitar kebun durian, Payang. Dikatakan makam sebb seni batu nisannya agak berlainan dari kebiasaan yang kita lihat. So, tafsiran awal ialah di situ pernah wujud satu sosio budaya masyarakat yang bersistem.

Perkuburan lama





Kemudahan? Hmmmmm....... menarik di sini, bagi aku la, ialah kerna di pulau ini tidak ada apa2 kemudahan. No ATM, no jalanraya, no kereta, no bangunan, no motor dan banyak lagi noooo...... Its totally pulau n kampung. So jgn la mengharapkan yang mudah di sini. Lain orang lain dia punya kehendak. So bg aku, apa yg ada di sini skrg, cukup istimewa. Tak payah la nak gatai2 nak buat bangunan2 kat sini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...