25.11.14

--- XPDC Tambuyukon Hari 1 ---

Hari 2   Hari 3   Hari 4   Hari 5

Penat kaki mendaki Gunung Hitam dan Bukit Tabur masih terasa. Kenangan Trusmadi, Sabah bulan September yang lalu, masih segar. Hari ni nak fly lagi ke Sabah. Macam dekat jer Sabah tu kan. Takper, kita layan jer. Kali ni nak mendaki Gunung Tambuyukon pula. Best ke Tambuyukon tu? Haaaaaa….nak tau best atau tak, sila cuba sendiri ok. Aku pun baru nak daki.

Memulakan entry trip kali ini, aku mulakan dengan sejarah Gunung Tambuyukon. Boleh? Boleh atau tak, tak kisahlah. Baca jer k. Hihihihihi…… Open-mouthed smile

Sepertimana ramai yang tahu, Gunung Kinabalu merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara. Ada yang kata Gunung Jaya di Pulau Papua merupakan gunung tertinggi sekali. Di atasnya terdapat puncak gletser Carstensz. Di Malaysia, Tambuyukon merupakan gunung ke tiga tertinggi.

Nama Tambuyukon bukanlah nama asal. Tambuyukon adalah nama asal bagi Gunung Nambuyukon sekarang. Semasa proses pemetaan, orang kampung tersalah memberi maklumat. Akibatnya nama Gunung Tambuyukon pada masa tu tiada nama. Maka mereka satu nama perlu dicari.

Nambuyukon dipilih dan kekallah nama Gunung Nambuyukon tersebut hingga sekarang. Kenapa Nambuyukon? Nambuyukon merupakan satu taktik yang digunakan oleh Gunting semasa menghadapi tentera British. ‘Nambuyuk’ bermakna muslihat.

Boleh faham tak apa yang aku cerita kat atas tu? Ringkasnya, Tambuyukon adalah nama asal bagi Nambuyukon sekarang. Haaaaaaaaa…..mudah kan. Hihihihi….. Winking smile

Betoi ka cerita ni? Betoi la. Takkan nak tipu plak. How I get this story, kena la baca sampai bawah… Hot smile

25 November 2014, flight jam 6.45 pagi. Macam biasa, check-in dan drop bag. Sebelum tu, kami berkumpul dulu bersama gogo sebab nak bahagi barang-barang camping. Bila airport terlalu besar, susah juga nak mencari. Tapi usaha gak la ke tempat gogo lepak. Ikut hati dah malas nak mencari. Dah la kaki injured. Nasib baik jumpa Azizah dan Ady. Maka sama-sama mencari.

Tadi aku makan Marry Brown. Tak sedap… Masak tak ikhlas la tu. Haish….!!!

Ok….masa untuk berjumpa dan bersuaikenal dengan member-member yang bakal mendaki Tambuyukon;

Abg Jept ( gogo dan ex Kelab Kembara UUM )

Huda ( guide )

Etong

Ady ( radio klasik fm dan ex Kelab Kembara UUM )

Semirul ( ustaz )

Ben ( jurufoto )

Azizah ( chef )

Aminah ( chef )

Shafri ( ustaz bacaan doa )

Shafri, Ady dan Semirul adalah teman pendaki baru. Tapi mereka ni ada latarbelakang pendakian yang hebat. Harus pelajari sesuatu dari mereka. Hihihihihi….

6.30 pagi, kami dah mula bergerak menaiki kapal terbang. Penerbangan memakan masa 2 jam lebih. Alhamdulillah….penerbangan lancar.

DSC08444 copy

PB250002

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Setibanya di Kota Kinabalu International Airport, pengangkutan kami telah pun ada. Transport di sini, diuruskan oleh Azizah. Pertama sekali, kami pergi cari barang dan ration di Giant berdekatan dengan Taman Putera Jaya. Reason beli di sini ialah mudah dan kurangkan berat luggage. Kemudian kami pergi makan di kedai berdekatan juga. Di sinilah, Shafri menyertai kami. Beliau memang menetap di Sabah.

Abang driver van tu cakap yang dia remember aku dan Azizah masa kami pergi Trusmadi aritu. Dia yang bawa van masa tu. Waaaaaa……..hihihihi….sorry bang sebab kami tak ingat. Tq pada abang sebab ingat. Love you. Hihihihi…. Embarrassed smile

Beli barang dah, makan pun dah. Kami meneruskan perjalanan menuju ke Kinabalu Park, Kundasang. Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam.

Di Kinabalu Park, gogo nak uruskan hal berkaitan payment, permit, butiran peribadi dan sebagainya. Hal-hal dokumentasi. Dari sini boleh lihat Laban Rata dan Puncak Kinabalu. Tapi tak ada rezeki sebab kabus tebal. Last aku datang sini pada tahun 2006, XGuKilu.

23.11.14

--- Tabur ---

Sebelum memulakan catatan, saya mengucapkan ribuan terima kaseh kepada Malaysian Outdoor and Nature Lover (MONeL) klik untuk fb, kerana sudi mengajak saya tuk join trip ini.

Kenapa kita suka buat nama sesuatu pertubuhan atau kumpulan dengan menggunakan nama omputih? Hmmmm….. Confused smile

Balik dari Gunung Hitam yang hakkur kelmarin, pagi ni, ke Bukit Tabur pula. Training Tambuyukon ni. Gigih… Tempat berkumpul ialah stesen petrol BHP Taman Melawati. Kenapa join this trip? Sebab dia orang nak daki ikut jalan lain.

Katanya nak daki ikut West. Dulu aku ikut East, trek normal. Klik sini. Maka untuk mencari kelaian, aku pun join je lah.

Jam 6.30 kami menuju ke parking. Packing-packing dan mula gerak. Ada guard tak kasi kami melalui kawasan perumahan tersebut. Dengan selamba, kami pun masuk juga. Huhuhuhuhu….

Katanya nak ikut West tapi tak pun. Pagi tu kami daki ikut trek yang selalu orang turun jer. Kira kami buat reverse la. Reverse la sangat. Untuk trek ni anda akan melalui trek pacak lebih kurang 200 meter lebih. Pastu, di atas sana ada sebuah batu besar. Jika ke kiri, menuju ke laluan East yang selalu orang naik. Kami ke kanan untuk menuju ke penghujung trail. Gayat? Itu pasti. Jom layan gambar2 yang sempat aku snap. Open-mouthed smile

DSC08351 copy

DSC08352 copy

DSC08354

DSC08356

DSC08359

DSC08365

DSC08366

22.11.14

--- Gunung Hitam – prank for besday boy Arep ---

Trip kali ni takder gambar LOVE Broken heart…… Diaorg terlupa kot. Saja nak habaq awai-awai…..hihihi…..

Wow……. Gunung Hitam, seramnya nama gunung ni. Kalau nama dia Gunung Hijau ker, biru ker, oren ker…….takder la rasa gerun sangat. Tetiba jer, Gunung Hitam. Terasa seperti ada aura hitam yang menyelubungi gunung tersebut.

Arep ada post kat group BYYBTN…..memandangkan ada masa, rasanya nak joinlah. Macam tak elok kalau kita tolak jemputan orangkan. Seriusly, memang tak pernah dengar langsung nama gunung ni. Apa lagi, bantuan haji google lah kan.

Cun, ada blogger dah buat catatan. Nama blog tu kita tak bagitaulah yer. Biarlah rahsia. #kaurasa ? Nyah-Nyah Bulan Feb 2014 blogger tu pergi. Hasil pembacaan dari blog tersebut, nampak macam mudah jer. Dalam gambar tu, semua macam gembira jer. Fuuhhh……felling lega sebab tak hakkur. Kalu hakkur memang tak nak ikut. Maklum la, kita tak gagah sangat. Puuiii….!!!

Aku sampai Putrajaya sekitar jam 11.00 malam. Packing-packing……tidur. Arep kata, kumpul di Balai Polis Bt 18 jam 7.00 pagi. Mulanya ingat hanya gurauan. Jam 2 pagi, sebelum aku tidur, aku mesej group nak compomkan meeting point dan time. Ayat jawab, betul jam 7.00. Jangan lambat. Nanti gogo marah.

Mendengarkan penegasan dari Ayat, berderau darah ku. Terus set dalam otak, jangan bangun lewat. Mati la kalau lewat. Nanti gogo marah. Its not good ok.

*korang mesti bertanya, what the h*** aku cerita semua ni kan? Mana gambo? Jawapannya, aku memang sengaja cerita supaya nampak panjang entry ni. Kihkihkih….!!!

Dari Putrajaya, aku gerak jam 6.35 pagi. Bergegas jugaklah aku drive. Hulu Langat jauh kot dari Putrajaya. Aku tawakal jerlah. Kalu kena marah ngan gogo pun, aku balik jer. Tapi takkan la. Dengan bantuan Google Map, aku sampai di depan IKBN Dusun Tua. Call Ayam, nak tanya kat mana? Arep dan Ayat dah post lokasi di group. Makin pantas la aku drive. Alhamdulillah…..aku selamat sampai di Pekan Dusun Tua, 0745 pagi. Lewat 45 minit ok. Aku tengok Arep dok senyum-senyum. Fuhhhh…..!!! Mode dia ok la tu. Bersalam dengan Arep, Awi, Ayam, Zul, Ayat, Bad, Amad dan rakan-rakan pendaki yang lain. Kata Arep, ada yang belum sampai. Hihihihi….nasib baik tak jadi yang paling lewat.

Apabila semua dah siap, kami pun meninggalkan pekan, menuju ke pintu rimba. Last packing sebelum nak mendaki……. Then, dengar taklimat dari gogo Arep. Line-up seramai 26 orang termasuk yang belom sampai. Bacaan doa.

Line up:

1. ______, 2. ______, ……………………………………………………………… 26. Bad aka Rambo (sweeper)

Maaf, tak ingat siapa yang jadi shooter. Embarrassed smile

Jika sebelum ni, Bad di dalam group shooter, tapi this trip, Rambo kena jadi sweeper. Hahahahaha….. Kental. Dalam trip ni, aku kenal beberapa geng-geng BYYBTN jer. Yang lain tu kenalan baru. Hot smile

Dari pintu rimba, berjalan melalui trek 4x4 dan kawasan buluh sampai ke sebuah rumah orang asli. Perjalanan kurang dari 30 minit. Trek ala-ala sebuah dusun. Macam Gunung Bujang Melaka.

Then…….then……then…….. trek semakin pacak…dan pacak…dan pacak……dan pacak……. Diskaun? No….. no diskaun. Aku dah mula berpeluh dengan banyak. Arghhhh……. Berjalan dengan Ayam. Makin lama mendaki, aku terfikirkan yang gunung ini tidak semudah yang aku baca dalam blog. Gunungnya jarang didengar tapi penangannya, sangat-sangat meletihkan. Gunung ni agak hakkurrrrrrrrr……..huhuhuhuhu…….

DSC08195

DSC08198

DSC08199

DSC08200

DSC08201

DSC08202

DSC08203

DSC08204

DSC08206

DSC08208

DSC08209

DSC08210

DSC08211

DSC08212

DSC08214

DSC08215

DSC08216

DSC08218

DSC08223

DSC08225

DSC08226

DSC08228

DSC08229-2

DSC08230

DSC08231

DSC08235

DSC08236

DSC08240

DSC08244

DSC08245

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...