Trip kali ni takder gambar LOVE …… Diaorg terlupa kot. Saja nak habaq awai-awai…..hihihi…..
Wow……. Gunung Hitam, seramnya nama gunung ni. Kalau nama dia Gunung Hijau ker, biru ker, oren ker…….takder la rasa gerun sangat. Tetiba jer, Gunung Hitam. Terasa seperti ada aura hitam yang menyelubungi gunung tersebut.
Arep ada post kat group BYYBTN…..memandangkan ada masa, rasanya nak joinlah. Macam tak elok kalau kita tolak jemputan orangkan. Seriusly, memang tak pernah dengar langsung nama gunung ni. Apa lagi, bantuan haji google lah kan.
Cun, ada blogger dah buat catatan. Nama blog tu kita tak bagitaulah yer. Biarlah rahsia. #kaurasa ? Bulan Feb 2014 blogger tu pergi. Hasil pembacaan dari blog tersebut, nampak macam mudah jer. Dalam gambar tu, semua macam gembira jer. Fuuhhh……felling lega sebab tak hakkur. Kalu hakkur memang tak nak ikut. Maklum la, kita tak gagah sangat. Puuiii….!!!
Aku sampai Putrajaya sekitar jam 11.00 malam. Packing-packing……tidur. Arep kata, kumpul di Balai Polis Bt 18 jam 7.00 pagi. Mulanya ingat hanya gurauan. Jam 2 pagi, sebelum aku tidur, aku mesej group nak compomkan meeting point dan time. Ayat jawab, betul jam 7.00. Jangan lambat. Nanti gogo marah.
Mendengarkan penegasan dari Ayat, berderau darah ku. Terus set dalam otak, jangan bangun lewat. Mati la kalau lewat. Nanti gogo marah. Its not good ok.
*korang mesti bertanya, what the h*** aku cerita semua ni kan? Mana gambo? Jawapannya, aku memang sengaja cerita supaya nampak panjang entry ni. Kihkihkih….!!!
Dari Putrajaya, aku gerak jam 6.35 pagi. Bergegas jugaklah aku drive. Hulu Langat jauh kot dari Putrajaya. Aku tawakal jerlah. Kalu kena marah ngan gogo pun, aku balik jer. Tapi takkan la. Dengan bantuan Google Map, aku sampai di depan IKBN Dusun Tua. Call Ayam, nak tanya kat mana? Arep dan Ayat dah post lokasi di group. Makin pantas la aku drive. Alhamdulillah…..aku selamat sampai di Pekan Dusun Tua, 0745 pagi. Lewat 45 minit ok. Aku tengok Arep dok senyum-senyum. Fuhhhh…..!!! Mode dia ok la tu. Bersalam dengan Arep, Awi, Ayam, Zul, Ayat, Bad, Amad dan rakan-rakan pendaki yang lain. Kata Arep, ada yang belum sampai. Hihihihi….nasib baik tak jadi yang paling lewat.
Apabila semua dah siap, kami pun meninggalkan pekan, menuju ke pintu rimba. Last packing sebelum nak mendaki……. Then, dengar taklimat dari gogo Arep. Line-up seramai 26 orang termasuk yang belom sampai. Bacaan doa.
Line up:
1. ______, 2. ______, ……………………………………………………………… 26. Bad aka Rambo (sweeper)
Maaf, tak ingat siapa yang jadi shooter.
Jika sebelum ni, Bad di dalam group shooter, tapi this trip, Rambo kena jadi sweeper. Hahahahaha….. Kental. Dalam trip ni, aku kenal beberapa geng-geng BYYBTN jer. Yang lain tu kenalan baru.
Dari pintu rimba, berjalan melalui trek 4x4 dan kawasan buluh sampai ke sebuah rumah orang asli. Perjalanan kurang dari 30 minit. Trek ala-ala sebuah dusun. Macam Gunung Bujang Melaka.
Then…….then……then…….. trek semakin pacak…dan pacak…dan pacak……dan pacak……. Diskaun? No….. no diskaun. Aku dah mula berpeluh dengan banyak. Arghhhh……. Berjalan dengan Ayam. Makin lama mendaki, aku terfikirkan yang gunung ini tidak semudah yang aku baca dalam blog. Gunungnya jarang didengar tapi penangannya, sangat-sangat meletihkan. Gunung ni agak hakkurrrrrrrrr……..huhuhuhuhu…….
Alhamdulillah…….. aku tiba di puncak sekitar jam 12.00 tengah hari. Berapa jam ek? 3 jam lebih kurang. Actually, bagi yang power tu, boleh jer sampai lebih awal. Macam group Awi, diaorang tiba di puncak, sejam awal dari group tengah. Sweeper tiba di puncak sekitar jam 1 petang.
Sampai jer puncak, air kopi dah tersedia. Ada sandwich dan macam-macam. Bentang ground, dan baring. Rehat-rehat. Tetiba riuh apabila ada party for Arep, besdayboy. Tepung + marker paintball. Awesome and sweet memory……. #kaurasa.
Puncak Gunung Hitam, 1220 ft, ini tidak ada view dan tidak ada beirut. Yang ada hanya tanda jer.
Agak lama kami rileks-rileks di puncak. Jam 2.00 petang, kami mula turun selepas selesai group foto. Tahu-tahu jer lah, bila turun ni, laju jer semua. Hilang terus dari pandangan mata.
Group sweeper agak slow selepas ada member yang injured. Tak serius sangat. Lututnya terkena tunggul. Takper. Pelan-pelan turun.
Ada orang minta aku bercakap on trek. Katanya, lain kali bawa mulut masa datang hiking. Hahahahahaha….. Aku hanya tersenyum jer. Saya suka mendengar jer. Dapat belajar sesuatu dari penceritaan awak dan lain-lain. Menimba pengalaman dari mereka yang banyak mendaki. Hihihihihi….. Lagi pun, memang tak banyak cakap bila trekking sebab penat. Banyak bercakap, letih. Banyak tenaga dialirkan pada mulut. So, mendengar lebih sesuai kot. Hahahahahahahahahahaha………..
Yang suka bercakap dan bercerita on trek tu, teruskan. Anda memeriahkan lagi suasana. Penyeri. Maka tak der la sunyi sangat nanti. Hihihihihi…….
Group terakhir tiba di bawah sekitar jam 4.30 petang. Pengurusan diri dan bergerak keluar menuju kedai makan.
Terima kasih pada semua line up yang sporting. In shaa Allah, ada rezeki, bertemu di lain acara. Amin…… Assalamualaikum….
Okaiy entry anda menarik. Good Job.
ReplyDelete