25.11.14

--- XPDC Tambuyukon Hari 1 ---

Hari 2   Hari 3   Hari 4   Hari 5

Penat kaki mendaki Gunung Hitam dan Bukit Tabur masih terasa. Kenangan Trusmadi, Sabah bulan September yang lalu, masih segar. Hari ni nak fly lagi ke Sabah. Macam dekat jer Sabah tu kan. Takper, kita layan jer. Kali ni nak mendaki Gunung Tambuyukon pula. Best ke Tambuyukon tu? Haaaaaa….nak tau best atau tak, sila cuba sendiri ok. Aku pun baru nak daki.

Memulakan entry trip kali ini, aku mulakan dengan sejarah Gunung Tambuyukon. Boleh? Boleh atau tak, tak kisahlah. Baca jer k. Hihihihihi…… Open-mouthed smile

Sepertimana ramai yang tahu, Gunung Kinabalu merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara. Ada yang kata Gunung Jaya di Pulau Papua merupakan gunung tertinggi sekali. Di atasnya terdapat puncak gletser Carstensz. Di Malaysia, Tambuyukon merupakan gunung ke tiga tertinggi.

Nama Tambuyukon bukanlah nama asal. Tambuyukon adalah nama asal bagi Gunung Nambuyukon sekarang. Semasa proses pemetaan, orang kampung tersalah memberi maklumat. Akibatnya nama Gunung Tambuyukon pada masa tu tiada nama. Maka mereka satu nama perlu dicari.

Nambuyukon dipilih dan kekallah nama Gunung Nambuyukon tersebut hingga sekarang. Kenapa Nambuyukon? Nambuyukon merupakan satu taktik yang digunakan oleh Gunting semasa menghadapi tentera British. ‘Nambuyuk’ bermakna muslihat.

Boleh faham tak apa yang aku cerita kat atas tu? Ringkasnya, Tambuyukon adalah nama asal bagi Nambuyukon sekarang. Haaaaaaaaa…..mudah kan. Hihihihi….. Winking smile

Betoi ka cerita ni? Betoi la. Takkan nak tipu plak. How I get this story, kena la baca sampai bawah… Hot smile

25 November 2014, flight jam 6.45 pagi. Macam biasa, check-in dan drop bag. Sebelum tu, kami berkumpul dulu bersama gogo sebab nak bahagi barang-barang camping. Bila airport terlalu besar, susah juga nak mencari. Tapi usaha gak la ke tempat gogo lepak. Ikut hati dah malas nak mencari. Dah la kaki injured. Nasib baik jumpa Azizah dan Ady. Maka sama-sama mencari.

Tadi aku makan Marry Brown. Tak sedap… Masak tak ikhlas la tu. Haish….!!!

Ok….masa untuk berjumpa dan bersuaikenal dengan member-member yang bakal mendaki Tambuyukon;

Abg Jept ( gogo dan ex Kelab Kembara UUM )

Huda ( guide )

Etong

Ady ( radio klasik fm dan ex Kelab Kembara UUM )

Semirul ( ustaz )

Ben ( jurufoto )

Azizah ( chef )

Aminah ( chef )

Shafri ( ustaz bacaan doa )

Shafri, Ady dan Semirul adalah teman pendaki baru. Tapi mereka ni ada latarbelakang pendakian yang hebat. Harus pelajari sesuatu dari mereka. Hihihihihi….

6.30 pagi, kami dah mula bergerak menaiki kapal terbang. Penerbangan memakan masa 2 jam lebih. Alhamdulillah….penerbangan lancar.

DSC08444 copy

PB250002

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Setibanya di Kota Kinabalu International Airport, pengangkutan kami telah pun ada. Transport di sini, diuruskan oleh Azizah. Pertama sekali, kami pergi cari barang dan ration di Giant berdekatan dengan Taman Putera Jaya. Reason beli di sini ialah mudah dan kurangkan berat luggage. Kemudian kami pergi makan di kedai berdekatan juga. Di sinilah, Shafri menyertai kami. Beliau memang menetap di Sabah.

Abang driver van tu cakap yang dia remember aku dan Azizah masa kami pergi Trusmadi aritu. Dia yang bawa van masa tu. Waaaaaa……..hihihihi….sorry bang sebab kami tak ingat. Tq pada abang sebab ingat. Love you. Hihihihi…. Embarrassed smile

Beli barang dah, makan pun dah. Kami meneruskan perjalanan menuju ke Kinabalu Park, Kundasang. Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam.

Di Kinabalu Park, gogo nak uruskan hal berkaitan payment, permit, butiran peribadi dan sebagainya. Hal-hal dokumentasi. Dari sini boleh lihat Laban Rata dan Puncak Kinabalu. Tapi tak ada rezeki sebab kabus tebal. Last aku datang sini pada tahun 2006, XGuKilu.

PB250041

DSC08447

DSC08450

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

DSC08451

DSC08455

PB250022

DSC08457 copy

DSC08459

DSC08461

DSC08463

DSC08466

PB250044

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

DSC08468

PB250056

PB250057

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ok….dari Kinabalu Park, kami menuju pula ke Poring. Masa sekitar 1 jam. Van disewa hingga sini jer. Dari sini, van lain akan datang pick up untuk di bawa masuk ke Monggis Stesen. Dalam perjalanan tu, kami singgah di Balai Polis dan Balai Bomba & Penyelamat Daerah Ranau. Ini penting dari segi keselamatan dan pemantauan pihak berwajib. Lately ni macam-macam kejadian dilaporkan berkaitan aktiviti pendakian ni. Budak hilang la, sesat la dan macam-macam lagi. Ujian Allah s.w.t bagi menguji tahap keimanan seseorang.

Dalam perjalanan dapat dilihat pemandangan bukit-bukit di Kundasang ini. Hawa suhunya sejuk. Rumah-rumah dilereng bukit. Ada bukit-bukit yang dijadikan kawasan penanaman sayur. Terdetik difikiran aku, adakah kisah tragedi di Cameron Highkand bakal berulang. Takper lah. Pandai-pandailah nak hidup. Nyah-Nyah

Menurut maklumat dari staf Kinabalu Park, tiada talian telefon di Monggis Stesen. Maka keadaan agak sukar jika mereka tidak tahu samada ada pendaki yang akan masuk. Jika kita masuk, time mereka tak ada, masalah lah nanti. Selalunya pihak Monggis Stesen akan dapat maklumat apabila mereka keluar ke bandar dan mesej diterima di telefon. Masa itu, kami berharap, pihak Monggis sudah menerima maklumat kerana gogo dah buat tempahan sejak Jun lalu.

Huda demam plak time-time cenggini….!!! Confused smile

Penantian kami tidak lama. Lebih kurang 15 minit, van datang ambil dan membawa kami masuk ke Stesen Monggis. Perjalanan ambil masa 2 jam. Owh…!!! Harus diingat bahwa matahari di Sabah lebih awal dari Semenanjung Malaysia. Ini bermakna, sini akan gelap awal sejam. Kami tiba di Stesen Monggis sekitar jam 6.11 petang. Dah malam dan maghrib pun. Tunggu Isyak ja.

Perjalanan dari Poring ke Monggis ni berbukit-bukit jalan rayanya. Sekejap-sekejap, akan melalui jalan tidak berturap. No telephone line here…!

Alhamdulillah….kami selamat tiba. Agak letih sebab sepanjang hari di dalam van. Tapi gembira sebab dengan kawan-kawan dan lawak dari Abg Jept dan Huda. Ketibaan kami pula tidak disangka-sangka oleh Pegawai Stesen Monggis. Mujur dia ada time kami sampai. Kalau tak ada, memang tak lepas naik la. Dengan surat dan permit dari Kinabalu Park, En. Suani Selimon menguruskan dokumen dan guide.

DSC08470 copy

DSC08472

Sebelum itu, beliau mengadakan terus taklimat memandangkan masa semakin lewat. Beliau nak pergi cari guide lagi. So masa taklimat ni la En. Suani cerita tentang sejarah nama Tambuyukon yang aku tulis mula-mula tadi. So, bukan aku sesajer reka cerita ok…. Smile with tongue out

Jarak trek atau trail Tambuyukon ini adalah 14 km. Dalam taklimat ini, beliau turut mencadangkan porter kerana, menurut beliau, Gunung Tambuyukon adalah sukar. Kalau dalam istilah orang-orang gunung, depa kata ‘hakkur’ (terma by Areb MONeL). So dengan adanya porter, dapat meringankan beban kami. Gaya story telling nya memang menggambarkan yang Tambuyukon hardcore giler dalam banyak-banyak gunung. Selain itu, trail Tambuyukon juga merupakan trail paling bersih.

Beliau menceritakan nanti jenuh nak mengeluh, nak maki. Terutama yang tinggi sebab terpaksa nak membongkok. Beliau juga turut menceritakan pengalaman dengan mat salleh – mat salleh yang datang mendaki. Macam-macam dia cakap. Banyak lagi. Tapi aku pun tak ingat sebab dah cuak dengan ceritanya.

IMG-20141209-WA0000

Sebelum datang ke Sabah aritu, aku memang ada cadangkan pada gogo tentang porter. Al maklum la kaki injured masa training Gunung Hitam dan Tabur. Lagi pun dah berumur cenggini, tak larat. Hahahaha… Maka, kami pun tanya la harga. Maklumat yang Abg Jept dapat, RM 43 / 10kg, sehari. Tapi, En. Suani menjelaskan sebaliknya. Kadar porter ialah RM 5 / 1 kg. Itu untuk satu hari.

Kami ambil porter untuk 20kg.

Maka;

RM5 x 20kg = RM 100

RM 100 x 5hari = RM 500

RM 500 / 9 orang = RM 55.55555555555555…….

Setiap hari, porter akan bawa 20kg jer. Terkurang boleh, lebih kena caj. Hahahahaha…. Tapi menurut En. Ismadi, guide di sini dah di latih agar bertolak ansur. Jangan tamak. Itu jaminan dari beliau.

Untuk penginapan di Stesen Monggis, RM 20 / seorang . Penggunaan dapur, RM 5 / seorang. Menurut beliau, pihak Taman Kinabalu tidak menyediakan kemudahan tersebut selain dari rumah ini. Maka, atas kreativiti pentadbiran beliau bersama guide-guide di sini, mereka caj sedikit bagi menampung kos pembelian gas, pinggan mangkuk dan sebagainya.

Ops…!!! Maafkan saya. Lupa. Kos terpenting sekali ialah guide. Hihihihi….. Di sini, caj guide adalah RM 70 / seorang. Seorang guide, 3 orang pendaki. Kami ada 9 orang. Maka ;

3 orang guide x RM 70 = RM 210

RM 210 x 5 hari = RM 1050

En. Akukahtuah, saya ada soalan. Jika saya pergi mendaki hanya 2 orang jer. Guide kena 3 orang juga kah?

Hmmmmm……soalan yang bagus. Nama sapa? Takper, tak penting. Hihihihi…… Ok, jawapannya ialah seorang guide sahaja. Ringkasnya, 1 group = 1 guide. 1 group pendaki = 3 orang pendaki. Macam kes kami ni, ada 3 group pendaki maka haruslah 3 orang guide.

Andai kata, saya pernah mendaki Tambuyukon. Then saya nak bawa member saya. Saya dah tau treknya. Maka saya tak nak guide. Boleh tak?

Owh…!!! Guide ni wajib ye. Tak kira lah hang dah naik 19 kali pun. Atau hang memang guide level dewa kat Semenanjung Mesia sana. Dok bawa banyak group pergi V1, V2, V3, V4……eh! Bila mai sini, ikut sini ok. Maka, guide adalah wajib. Jangan nak buat pandai. Titik. Hahahahaha…….

Ok…..no more question….

Di pejabat Taman Kinabalu hanya berkaitan permit sahaja. Permit, RM 100 / seorang. Di Stesen Monggis, pembayaran berkaitan penginapan, guide, porter dan lain-lain yang berkaitan. Resit? Yup……don’t worry. Resit ada.

En. Suani menamatkan taklimat dengan segera kerana ingin memberi peluang kami berehat dan membuat persedian. Lagi pula, beliau nak keluar ke kampung depan mencari guide dan porter. Persetujuan dicapai bahwa, mula pendakian esok jam 9.30 pagi.

Info 1, elektrik di sini menggunkan generator. Tempoh penggunaan, 6.00 petang – 12.00 tengah malam sahaja. Sila take noted k.

Info 2, hanya satu group sahaja yang dibenarkan mendaki dalam satu-satu masa. Bermaksud, tidak akan group lain selama mana tempoh kami mendaki. That why kena booking. Hihihi….. 1 group, 9 orang sahaja.

Kami pun menuju ke bilik yang telah disediakan di tingkat atas. Ada 4 bilik. Ada 1 bilik yang ada 2 double dacker. 3 bilik lagi ada single dan queen.

Bilik air dan dapur di tingkat bawah. Ada 3 lagi bilik air di luar rumah.

Selesai pengurusan diri dan makan malam yang dimasak oleh gadis-gadis, kami pun berkumpul mendengar talimat gogo dan pecah ration. Jangan lupa 20kg untuk porter.

DSC08477 copy

DSC08478

DSC08484

Penginapan di sini amat selesa. Hanya kedengaran unggas hutan dan deruan air sungai. Bahagia sekali. Selamat malam….. zzzzzz…zzzzz….

bersambung…

Hari 2   Hari 3   Hari 4   Hari 5

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...