Sebelum memulakan catatan, saya mengucapkan ribuan terima kaseh kepada Malaysian Outdoor and Nature Lover (MONeL) klik untuk fb, kerana sudi mengajak saya tuk join trip ini.
Kenapa kita suka buat nama sesuatu pertubuhan atau kumpulan dengan menggunakan nama omputih? Hmmmm…..
Balik dari Gunung Hitam yang hakkur kelmarin, pagi ni, ke Bukit Tabur pula. Training Tambuyukon ni. Gigih… Tempat berkumpul ialah stesen petrol BHP Taman Melawati. Kenapa join this trip? Sebab dia orang nak daki ikut jalan lain.
Katanya nak daki ikut West. Dulu aku ikut East, trek normal. Klik sini. Maka untuk mencari kelaian, aku pun join je lah.
Jam 6.30 kami menuju ke parking. Packing-packing dan mula gerak. Ada guard tak kasi kami melalui kawasan perumahan tersebut. Dengan selamba, kami pun masuk juga. Huhuhuhuhu….
Katanya nak ikut West tapi tak pun. Pagi tu kami daki ikut trek yang selalu orang turun jer. Kira kami buat reverse la. Reverse la sangat. Untuk trek ni anda akan melalui trek pacak lebih kurang 200 meter lebih. Pastu, di atas sana ada sebuah batu besar. Jika ke kiri, menuju ke laluan East yang selalu orang naik. Kami ke kanan untuk menuju ke penghujung trail. Gayat? Itu pasti. Jom layan gambar2 yang sempat aku snap.
No comments:
Post a Comment