Hari 2 Hari 3 Hari 4 Hari 5
Penat kaki mendaki Gunung Hitam dan Bukit Tabur masih terasa. Kenangan Trusmadi, Sabah bulan September yang lalu, masih segar. Hari ni nak fly lagi ke Sabah. Macam dekat jer Sabah tu kan. Takper, kita layan jer. Kali ni nak mendaki Gunung Tambuyukon pula. Best ke Tambuyukon tu? Haaaaaa….nak tau best atau tak, sila cuba sendiri ok. Aku pun baru nak daki.
Memulakan entry trip kali ini, aku mulakan dengan sejarah Gunung Tambuyukon. Boleh? Boleh atau tak, tak kisahlah. Baca jer k. Hihihihihi……
Sepertimana ramai yang tahu, Gunung Kinabalu merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara. Ada yang kata Gunung Jaya di Pulau Papua merupakan gunung tertinggi sekali. Di atasnya terdapat puncak gletser Carstensz. Di Malaysia, Tambuyukon merupakan gunung ke tiga tertinggi.
Nama Tambuyukon bukanlah nama asal. Tambuyukon adalah nama asal bagi Gunung Nambuyukon sekarang. Semasa proses pemetaan, orang kampung tersalah memberi maklumat. Akibatnya nama Gunung Tambuyukon pada masa tu tiada nama. Maka mereka satu nama perlu dicari.
Nambuyukon dipilih dan kekallah nama Gunung Nambuyukon tersebut hingga sekarang. Kenapa Nambuyukon? Nambuyukon merupakan satu taktik yang digunakan oleh Gunting semasa menghadapi tentera British. ‘Nambuyuk’ bermakna muslihat.
Boleh faham tak apa yang aku cerita kat atas tu? Ringkasnya, Tambuyukon adalah nama asal bagi Nambuyukon sekarang. Haaaaaaaaa…..mudah kan. Hihihihi…..
Betoi ka cerita ni? Betoi la. Takkan nak tipu plak. How I get this story, kena la baca sampai bawah…
25 November 2014, flight jam 6.45 pagi. Macam biasa, check-in dan drop bag. Sebelum tu, kami berkumpul dulu bersama gogo sebab nak bahagi barang-barang camping. Bila airport terlalu besar, susah juga nak mencari. Tapi usaha gak la ke tempat gogo lepak. Ikut hati dah malas nak mencari. Dah la kaki injured. Nasib baik jumpa Azizah dan Ady. Maka sama-sama mencari.
Tadi aku makan Marry Brown. Tak sedap… Masak tak ikhlas la tu. Haish….!!!
Ok….masa untuk berjumpa dan bersuaikenal dengan member-member yang bakal mendaki Tambuyukon;
Abg Jept ( gogo dan ex Kelab Kembara UUM )
Huda ( guide )
Etong
Ady ( radio klasik fm dan ex Kelab Kembara UUM )
Semirul ( ustaz )
Ben ( jurufoto )
Azizah ( chef )
Aminah ( chef )
Shafri ( ustaz bacaan doa )
Shafri, Ady dan Semirul adalah teman pendaki baru. Tapi mereka ni ada latarbelakang pendakian yang hebat. Harus pelajari sesuatu dari mereka. Hihihihihi….
6.30 pagi, kami dah mula bergerak menaiki kapal terbang. Penerbangan memakan masa 2 jam lebih. Alhamdulillah….penerbangan lancar.
Setibanya di Kota Kinabalu International Airport, pengangkutan kami telah pun ada. Transport di sini, diuruskan oleh Azizah. Pertama sekali, kami pergi cari barang dan ration di Giant berdekatan dengan Taman Putera Jaya. Reason beli di sini ialah mudah dan kurangkan berat luggage. Kemudian kami pergi makan di kedai berdekatan juga. Di sinilah, Shafri menyertai kami. Beliau memang menetap di Sabah.
Abang driver van tu cakap yang dia remember aku dan Azizah masa kami pergi Trusmadi aritu. Dia yang bawa van masa tu. Waaaaaa……..hihihihi….sorry bang sebab kami tak ingat. Tq pada abang sebab ingat. Love you. Hihihihi….
Beli barang dah, makan pun dah. Kami meneruskan perjalanan menuju ke Kinabalu Park, Kundasang. Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam.
Di Kinabalu Park, gogo nak uruskan hal berkaitan payment, permit, butiran peribadi dan sebagainya. Hal-hal dokumentasi. Dari sini boleh lihat Laban Rata dan Puncak Kinabalu. Tapi tak ada rezeki sebab kabus tebal. Last aku datang sini pada tahun 2006, XGuKilu.