26.1.15

--- Bah Gading yang Xtreme ---

23 Jan 2015, dalam jam 10 malam, aku mula bergerak menuju ke Gombak. Pick up Amin dulu. Then terus ke LRT Gombak, meeting point. Teruja dapat jumpa Kak Sha. Lama tak jumpa kan. Hihihihi….. Then jumpa Awe, Abg Man, Muza dan Amy. Yang sebut tu yang kenal la. Yang baru nak kenal pun jumpa dan bersalaman. Ops!, terlupa, Nenek Kebayan. Then, gerak ke kedai makan sebab lapar.

Jangan lama-lama sangat sebab jauh lagi nak jalan. Lebih kurang jam 12 tengah malam lebih, kami mula gerak ke Bidor. Carpool jer.

24 Jan 2015, around jam 2 pagi, kami bertemu semula di Tol Bidor. Tidur di situ. Pelan asal nak kumpul di masjid Bidor, tapi tutup.

Subuh menjelang, kami telah berada di masjid untuk bersama-sama menunaikan solat Subuh berjemaah. Pengagihan ration. Ini merupakan ration group paling ringan dan sikit pernah aku dapat sepanjang aktif dalam mendaki ni. Hahahahaha….. Aku hanya dapat sebungkus mee jer. Hahahahaha……

Bersarapan…

Kembali semula ke masjid untuk buat pengurusan diri dan packing. Line up trip ni seramai 38 orang. Hampir 40 orang. Wow…!!! *aku kehilangan list nama-nama tu…….arghhhhhhhh

Personally, aku kureng sikit jika line up terlalu ramai. Satu hal ialah aku akan lambat kenal sebab terlalu ramai. Bila tak akrab, kita akan susah ada memory. Lagi satu bila nak buat blog, bahannya juga akan kurang mantap. Isi kurang sebab no story. Ye la kita tak mengenali sangat. Kebaikkannya adalah trek meriah. Meriah tak meriah, kita tengok la nanti. Hihihihihi…….rasanya akan banyak yang terpisah jadi group kecil-kecil. Hope kat campsite nanti ada la ice-breaking.

Ada 3 buah 4x4 dah sedia menunggu untuk membawa kami masuk ke pintu rimba atau starting point. Katanya untuk 4x4 jer dah 2 jam. Hmmmm…telan air liur.

Sedang keadaan kacau bilau nak naik 4x4 tu, aku terperasan seseorang. Eh! Macam Abg Ayein @ Ayen Carlos. Dia bawa 4x4 rupanya. Mungkin juga dia guider trip ni. Yang pasti, hutan di Perak ni, dialah pegawainya. Abg Ayein ni boleh dikatakan guide tetap bagi Universiti Teknikal Malaysia Melaka dulu. Zaman aku study la. Siap nak buat lantikan lagi di HEP. Kisah dulu dulu. Tapi aku tak tegur sangat sebab kompom dia tak ingat punya. Hahahaha…..tak per. 2 trip yang masih fresh diingatan bersama beliau ialah Eksplorasi Hutan Royal Belum dan Trans TT. Beliau akan tanya, “biasa dengar penampar jarak jauh”. Hahahahahahaha…….

DSC01074

DSC01075

DSC01076

DSC01077

DSC01079

3.1.15

--- Bantuan di Kemaman 2 ---

Hari seterusnya, kami kembali ke Kemaman. Sampai di Kemaman dah malam dan kami tidur di opis Tuan Haji. Masa kami sampai tu, terdapat sebuah lori yang sarat dengan barang bantuan yang bakal diedarkan. Katanya ada 3 truck tapi 2 truck dah menuju ke Kelantan.

03 Jan 2015, jam 8.00 pagi kami dah mula ke base. Hujan renyai-renyai. Kami mula memunggahkan barang turun dari lori untuk proses agihan. Berkotal-kotak air minuman. Selain itu terdapat juga banyak pakaian yang disumbangkan.

DSC00457

DSC00459

DSC00467

DSC00470

DSC00473

Selain dari makanan, terdapat juga bantuan berupa pakaian terpakai. Haaaaaaaaaaa….bab ni macam nak shared sikit la. Masa dok kemas-kemas dan mengelas pakaian, macam-macam jenis pakaian yang dapat. Itu takper tapi cuba korang bayangkan, boxer terpakai pun orang derma.

This is not about condemn bantuan tapi agak-agak la kan. Ada yang bagi baju kebaya sendad, tight terkoyak, seluar budak yang getah dah longgar dan macam-macam lagi. Termasuk pakaian dalam wanita. Korang sendiri rasa macam mana? Nak hulurkan bantuan pun molek-molek la. Kan Nabi bagitau, kalu nak bagi hadiah tu, bagi sesuatu yang kita sendiri suka dan sayang. Bukannya bagi kain buruk. Sabor je lah.

DSC00477

IMAG2005

IMAG2010

IMAG2015

DSC00481

2.1.15

--- Kampung Cina, Kuala Terengganu ---

Sebelum meneruskan entry, sedikit penjelasan atau pencerahan. Selain dari gambar wedding, mungkin ada yang tertanya, kenapa aku banyak post gambar lelaki berbanding wanita? Contohnya dalam entry ni, gambar Amin lebih banyak. Gambar Siti tak ada pun. Selalunya photographer kan suka snap gambar perempuan.

Ok……aku boleh kalau nak snap-snap pic gugurl tapi mohon tutup aurat je lah. Tu jer. Aurat lelaki lebih sedikit so mudah nak shoot. Selain dari itu, wanita ni ada tuannya. Bagi yang belum kahwin, tuannya adalah Bapa. Kalau dah kawin, suaminya. Itu batasannya k.

Jawapan lain, apa yang menarik mata aku tuk snap, aku snap je lah. Judgment by me…!

Ok…!!! Hari ni kita libur di Kuala Terengganu. Dari Kemaman, kami terus ke Batu Rakit, rumahnya Amin. Kami bermalam di rumahnya. Hajat di hati masa on the way tu nak singgah Kampung Jambu Bongkok sebab nak menikmati keindahan pantainya. Tapi kami terlepas. Hihihihihi….. Nyah-Nyah

Dalam lawatan singkat ke Kuala Terengganu kali ni, aku teringin sangat nak ke satu tempat. Nama tempat tu Kampung Cina. Kenapa nak pergi situ? Ada apa? Haaaaaaaaaaa…..sebenarnya aku pernah lihat seorang member IG aku, @leecopper092 berphotoshot di situ. Gambar-gambarnya begitu cantik. Rasa jeles plak. Hihihihi……. Open-mouthed smile

So, bila dah ada peluang, this is the time nak ke sana. Malam masa kami sampai tu, Amin bawa kami pusing-pusing sambil mencari lokasi tersebut. Jumpa tapi gelap. Huhuhuhu……Balik tidur……. zzzzz

02 Jan 2015, awal pagi tu kami keluar menuju ke pantai area UMT. Katanya itu lokasi popular bagi student-student. Katanyaaaaaa……!!!

IMAG1842

IMAG1844

IMAG1845 Terdapat 19 lokasi menarik telah disediakan kepada para pengunjung yang melawat di Kampung Cina ini. Setiap lokasi diselia oleh organisasi yang telah dipersetujui. Ok…..sembang banyak tak mau, jom layan beberapa keping gambar sepanjang aku bersama rakan-rakan di sana. Hihihihi…..

DSC00330

DSC00332

DSC00334

31.12.14

--- Dah 2015 rupanya…!!! ---

Ok…….kompom kat fesbuk, twitter, friendster, myspace, blog, whatsapp, wechat, bee talk, kakou talk dan seangkatannya akan bersepah dengan ucapan tahun baru.

Macam ucapan yang kreatif dibuat.

Tidak ketinggalan azam tahun baru. Hmmmm……streotaip punya perlakuan. Sekarang pula popular dengan hashtag. Ramailah yang akan #azam.

But…its ok. Normal…

Untuk aku, malas nak pikio azam-azam nih. Bosan…. Time ni aku ada kat Kemaman. Tolong orang agihkan bantuan untuk mangsa banjir. Tapi tetap ada juga azamkan. Hihihihi….. Tahun ni, berazam nak ada sixpack jer… Pastu nak jadi model….kbai…!!!

Semoga kita semua mensyukuri nikmat yang Allah berikan ini……amin…..

--- Menyertai Aktiviti Bantuan Banjir di Kemaman ---

Dalam pesbuk, twitter, instagram, berita televisyen……apa lagi media sosial yang tak sebut? Memaparkan banyak gambar-gambar banjir yang melanda Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak dan Johor Timur. Paling teruk ialah Kelantan dengan mencatatkan bilangan mangsa banjir paling tinggi. Rasanya puluh ribu la mangsa banjir. Seriusly….dahsyat sangat.

Di samping gambar, terdapat juga pelbagai status-status berkaitan dengan banjir tersebut. Salahkan pihak itu la….pihak ini la…… Rasanya korang faham la kot permainannyakan.

Paling….paling…paling…..tak tahu nak cakap adalah apabila gambar PM bermain goft bersama Obama dikala negara dilanda ujian banjir teruk. No komen about that sebab tidak tahu perkara sebenar. That isu memang makanan haters. Komen banyak-banyak nanti kena tangkap.Annoyed

Kemudian, dalam kejadian banjir tu ada trajedi bot penyelamat yang terbalik dan mengorbankan sepasang suami isteri seterusnya menjadikan 6 orang anak mereka yatim piatu. Si isteri merupakan seorang guru. Suaminya aku tak pasti. Maafkan saya.

Antara berita yang aku baca yang aku masih ingat ialah mangsa-mangsa banjir naik ke atas bukit untuk mencari tempat perlindungan. Kemudian ada pula yang post tentang rayuan mangsa banjir yang terputus bekalan makanan.

Actually, banyak lagi. Takkan la aku nak cerita semuanya kat sini kan. Search sendiri ok…

Dalam banyak-banyak mangsa banjir tu, ada juga sahabat-sahabat aku yang juga turut menerima ujian tersebut. Semoga mereka tabah menjalani ujian Allah.

Detik dari itu, berpusu-pasu team bantuan cuba try masuk ke lokasi mangsa untuk membantu memberi bantuan. Antaranya En. Abdul Salam Adam. Bagus orangnya. Banyak jasa beliau. Semoga mendapat balasan yang setimpal dari Allah.

That time aku kat Alor Setar. Terus pasang niat nak join team-team sukarelawan tuk hantar bantuan. Target aku masa tu nak ke Manek Urai. Lokasi yang paling teruk terjejas dalam ujian Allah ini. Banjir di situ digambarkan seakan-akan tsunami kecil. Banjirnya meranapkan hampir keseluruhan penempatan kawasan tersebut. Hmmmmmm… Sedih tengok derita kesusahan yang ditanggung oleh mereka.

Namun hasrat tersebut agak susah tercapai sebab terdapat beberapa kekangan dari aku sendiri. Laluan untuk masuk ke sana tutup untuk semua kenderaan. Bagi mereka yang ada 4x4, no problem. Redah jer. Aku kan kereta kecil jer. Mana mampu nak redah lautan. Laluan yang dibenarkan lalu ialah melalui Muadzam. Jauh tuuuuuuuu….

Ok, saja nak selit sikit kes kenapa aku deactivate my facebook. Terjadi selepas aku post satu status di wall. Aku post berkaitan dengan isu ekonomi 2015 yang bakal merudum. Orang dok shared benda-benda cenggitukan. Then aku terbaca satu status member fb aku yang seolah-olah respon berkaitan dengan post aku tu. Aku baca dan macam seolah-olah dituju pada aku. Seolah-olah aku ni jenis tak prihatin dengan masyarakat. Ibarat aku pro goment la. So, malas nak fikir, terus deactivated… Crying face. Pendek kata sentap la. Hahahahahahaha…….

Back to story nak join bantuan, aku tekad nak drive jer. Tengok boleh sampai mana kan. Tapi aku dapat satu mesej dari Siti bertanya hal tersebut dan beliau bagitau ada team kat Kemaman. Dia nak follow. Am pun tetiba nak join. Kami set tuk naik Alza Am. Besar la skit berbanding keta aku yang kecil ni. Hihihihi……

31 Disember, seawal pagi, aku pun bergerak ke rumah Am area Gombak. Parking. Naik kereta Am menuju pula ke Kampung Dato Harun untuk ambil sedikit barang bantuan yang ingin diberikan kepada mangsa. Sekitar jam 10 pagi, aku dan Am terus menuju ke Batu Kikir untuk pick up Siti. Kami melalui Muadzam Shah, dan terus ke Chukai, Kemaman. Kami singgah di Muadzam untuk beli barangan keperluan untuk disumbangkan.

Tiba di sana petang. Basecamp tu bertentangan dengan Hospital Kemaman jer. Merupakan sebuah kedai makan. Atas panduan Shamera, kami pun sampai. Shamera ni antara sukarelawan kat area Kemaman ni. Ada area Kemaman ni yang tenggelam agak dahsyat gak la. Bersama beliau adalah Nas.

Ada lagi sukarelawan kat situ. Yang tolong-tolong packing barang.

DSC00287

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...