3.5.15

--- Twin Peak, training for ABC ---

Starting point : Bukit Fraser

Ketinggian : 1505 meter

Trend yang selalu dilakukan ialah gerak jam 12 malam, then berhenti mana-mana tuk tidur. Atau sampai sana pagi tidur sekejap sebelum memulakan pendakian. Yup….aku pun dulu-dulu dengan rakan-rakan, memang cenggitu. Tapi sekarang bila dah tua ni, rasa dah malas nak follow that trend. Penumpang rileks, driver yang penat.

Just pendapat. Gerak lewat malam. Tak cukup tidur or rest. Esok pepagi nak cergas mendaki. Fuuuhhhhh…..!!!

Tapi aku tidak menyatakan trend tersebut tak bagus. Its depend pada sesiapa sahaja. Macam aku cakap atas tadi, sebab faktor usia sekarang ni, so aku dah kurang ikut trend tersebut. Trend ni selalunya terjadi pada mereka yang masih bekerja sehingga petang or malam pada hari Jumaat. Maka, terpaksalah gerak malam. Settle masalahkan. Hahahahahahaha…..

Aku dan Amin bergerak ke Kuala Kubu Baru pada 2hb Mei, petang. Sesampai sana, terus shoot ke Fraser Hill tuk check in. Tapi malangnya, full. Aku pun tak sangka ramai pula orang this weekend. Lepas 30 minit pusing-pusing, kami turun ke KKB untuk check in. Ada la jumpa 2 hotel. Hotel satu, feeling tak best. Go to next, ok la.

03 Mei 2015…   Awal pagi dapat mesej dari group yang diaorang dah sampai Fraser Hill. Aku sambung tidur.

Bangun Subuh. Cergas bersiap dan check out. Drive ke Fraser Hill. Alhamdulillah…selamat sampai sana sebelum jam 9.00 pagi.

Shake hand dan berkenalan dengan team mate ABC. Jumpa leader (Fadi) dan bergerak menuju starting point. Owh…klik di sini untuk lihat entry terdahulu masa aku mendaki sini.

DSC04480

IMAG2594 copy

DSC04493

DSC04497

4.4.15

--- Batu Nenek Buau, Pulau Pemanggil ---

Ke mana kita minggu ini? Ceeehhhhh!!! Macam la setiap minggu aku berjalan-jalankan. Hahahaha….

Dah lama rasanya tak update entry tentang aktiviti luar pintu. Alhamdulillah….minggu ni dapat juga ber luar pintu. Minggu ni, aku bersama member ke Pulau Pemanggil. Yeaaahhhh….!!!

Sedikit info tentang Pulau Pemanggil. Pulau ini terletak dalam Taman Laut Negeri Johor, daerah Mersing. Jarak? Hmmmmm……jaraknya secara tepat dalam kilometer, aku tak tahu. Laut kena la ukur dalam unit batu nautika kan. Itu korang boleh google atau dapatkan info dari Jabatan Laut ok. Masa perjalanan? Ok, dalam keadaan laut tenang, dalam sejam lebih dah boleh sampai. Korang boleh naik dari Jeti Mersing jer. Kos? Hmmmmm….banyak soalan kan korang. Hahahahaha….. Ada banyak bot yang boleh membawa korang ke pulau-pulau. Pilih sahaja. Yang penting, duit. Nak murah ada, nak mahal pun ada. Nanti aku akan shared kontek number kat bawah ok. Teruskan membaca. Hihihihi……

Owh….korang juga boleh google map untuk tengok Pulau Pemanggil… Red rose

Pada masa dan ketika ini, aku bergerak dari Pulau Aur. Dengan bantuan seorang kawan yang bekerja di Pulau Pemanggil, satu speedbot dengan enjin 40hp berjaya di adjust untuk datang ambil. Terima kasih sesangat pada Atiff dan Jimi (tekong bot).

Dari Pulau Aur ke Pulau Pemanggil, memakan masa kurang sejam dengan keadaan air laut yang lenang. Yup….lenang ok. Kalau air tak lenang, memang aku sendiri takkan pergi ke sana. Hahahaha… Thinking smile

Bergerak dari Pulau Aur sekitar jam 9.15 pagi dan tiba kurang jam 10.00 pagi. Kami tidak terus menuju ke Kampung Buau, tetapi kami mengelilingi pulau terlebih dahulu. Yup….under pakej katanya. Hahahahahaha…

Sepanjang perjalanan dari Atif banyak berkongsi cerita tentang Pulau Pemanggil. Kelihatan beliau begitu arif. Rasa beruntung sangat dapat tour guide yang sporting. Hihihihi….. Di samping cerita dari Atif ni, korang juga boleh baca tentang sejarah pulau ini di link, Sejarah Pulau Pemanggil.

DSC03259

DSC03262

DSC03264

DSC03266

DSC03271

DSC03275

20.2.15

--- Temerloh, selepas beberapa bulan kejadian banjir ---

Datang lagi rupanya aku ke Temerloh. Hari tu dah datang selepas beberapa hari kejadian banjir. Kali ni aku datang sebab ada ambil job wedding kat Kg. Awah. Majlis member, Nasrul.

DSC01500

DSC01501

DSC01503

DSC01504

DSC01505

DSC01507

DSC01510

DSC01511

DSC01512

DSC01514

13.2.15

--- Nik Abdul Aziz dipanggil Ilahi ---

AL-FATIHAH

nik aziz

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Dilahirkan pada 10 January 1931 di Kota Bharu.

Anak ke dua dari lima orang adik beradik.

Berpendidikan pondok di Kelantan dan Terengganu. Menyambung ilmu keagamaan di Tanah Arab dan India termasuklah Universiti Al-Azhar.

Berkecimpong dalam politik, 48 tahun.. Menjawat jawatan Menteri Besar Kelantan, 1990-2013. Menjadi Musyidul Am PAS, 1991-2015.

Menyertai PAS pada tahun 1967.

Tugas beliau sebagai Hamba Allah di muka Bumi telah tamat. Beliau telah dijemput kembali ke sisi Maha Pencipta.

12 Febuari 2015, 22 Rabiuakhir 1436, Khamis, jam 09.45 mlm. Jumaat pagi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka. Berdekatan dengan rumah beliau…

Semoga Allah merahmati beliau… Amin…

26.1.15

--- Puncak Bah Gading ---

ok….cheq nak sambung cerita Bha Gaing yang tak habis2 lagi nih……hihihihi…..

25 Jan 2015, alaaaaaaa…..terlepas Subuh. Buka mata, dah nampak cahaya matahari dari celahan dedaunan berguguran. Bunga-bunga cinta…

Letih tak korang mendaki semalam? Hihihihihi…… Ada lagi trip yang extreme rasanya yang korang pernah rasakan. So don’t worry. Ambil sebagai pengalaman indah. Nanti boleh citer kat anak cucu cicit bila dah tua. Turtle

Orang dapur dah mula mengetuk-ngetuk kuali. Kejap lagi sarapan, dia orang panggil. Sementara tu, masa untuk pengurusan diri dan lipat fly. Ada yang dok pergi cari port membuang. Aku masih bertahan. Air kecil je la aku buang.

DSC01201

DSC01202

DSC01203

DSC01205

DSC01209

DSC01211

DSC01213

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...